BAB 14

Drama Completed 4781

MALAYSIA

"TERSENGIH - SENGIH... Tahulah yang bos beruang dia takde dekat sini!" Perli Zira bila melihat sengihan lebar Delinta ini.

Delinta langsung tidak mengendahkan perlian Zira sebaliknya jus oren yang berada di dalam gelas di hadapan nya di sedut laju.

Tersengih lah dia!

Mana tak happy nya! Si anak beruang tu takde dekat office selama seminggu! Mungkin lebih dari seminggu!Yuhuu!!

Gembiranya! Terlepas seketika beban dia dari si anak beruang itu! Boleh lah dia tenang kan dirinya sedikit!

"Bos beruang? Siapa tu?" Soal Liku sebaik saja selesai order makanan.

Mereka sekarang berada di sebuah cafe. Dan kebetulan mereka bercuti pada hari yang sama, jadi mereka set masa untuk keluar makan bersama.

Ini pun kali ke berapa tertangguh sebab Liku tak boleh cuti sesuka hati. Maklum lah, si Liku ini pekerjaan nya adalah sebagai seorang pelaut. Asyik berlayar sahaja di lautan. Itu yang payah sangat dapat cuti!

"Siapa lagi? Bos kitorang lah!" Jawab Zira dengan mulut kepoh nya.

"Apsal panggil dia korang panggil beruang? Dia ada bela beruang ke?" Soal Liku dengan muka blur. Aduh mamat ni! Boleh dia fikir macam tu!

"Kalau bab gelaran tu.. Kau tanya si Dhia ni ya.. Aku tak tahu menahu!" Pantas Zira menunjuk laju ke arah Dhia yang duduk di sebelahnya.

"Haa... Kenapa pulak bos kau tu kau panggil macam tu?" Giliran Dhia pula Liku soal.

"Pemalas yang amat.. Lepas tu mengarah orang dengan perangai beruang dia tu... Eeee... Tak berkenan langsung tau aku!" Dengan sepenuh hati dia Dhia mengutuk V. Di sini kita lihat, sifat dan sikapnya yang seperti minah batu dulu sudah lerai sedikit demi sedikit. Adakah disebabkan kedatangan si V anak beruang itu yang menghuru harakan hidupnya membuatkan sikap batu si Delinta cair perlahan - lahan.

"Kau jangan nak cakap tak berkenan sangat... Karang terus jadi pakwe kau... Haaa... Padan muka!" Sindir Zira. Jus tembikai miliknya di hirup perlahan.

"Hishh... Tak ingin aku! Aku rela bujang sampai ke tua dari jadi makwe dia!" Jawab Delinta dengan laju sekali. Ada nada angkuh di percakapan nya itu. Nak jadikan si anak beruang tu kekasih dia? Oh no! Mahu dia masuk hospital mental nanti di sebabkan perangai si anak beruang itu!

" Kalau aku kau berkenan tak? " Tiba - tiba Liku menyoal. Wajah comel nya sengaja di pamer ke arah Delinta.

Zira yang mendengar soalan Liku itu sudah memandang lelaki itu atas bawah.

"Si Dhia ni nak berkenankan kau? Dalam mimpi ajelah! Kau tengok dengan rambut botak kau tu! Tak handsome langsung!" Sindir Zira habis - habisan pada Liku bersama ketawa jahatnya. Terus berubah wajah Liku saat di perli oleh Zira sedemikian. Dijeling tajam wajah perempuan mulut celupar itu sebelum kepala si gadis mulut kepoh itu di ketuk kuat.

"Aduh! Sakit lah gila!" Marah Zira sambil menggosok kepala yang di ketuk oleh Liku.

Liku hanya menjelir kan lidah nya pada Zira! Zira tidak tinggal diam! Dia ingin membalas perbuatan Liku sebelum terhenti dan sempat di tahan oleh Delinta.

"Dah... Dah... Jangan bergaduh dekat sini! Ada juga kau kahwin kan korang berdua ni karang!"

"Tak ingin aku!" Jawab Zira dan Liku serentak!

Delinta yang mendengar ayat kedua - duanya sudah terburai ketawa.

"Cute lah korang berdua ni... Ada jodoh ni nanti!" Sakat Delinta pada kedua - duanya.

Zira yang mendengar ayat Delinta sudah membuat muka toya! Tidak kurang juga si Liku ini! Hanya jelingan tajam yang dia hadiahkan menandakan dia tidak inginkan di satukan dengan si mulut kepoh ini!

"Dah stop bergaduh! Lepas makan ni, kita pergi tengok wayang, Okay?"

Wajah toya Zira sudah bertukar ke wajah ceria bila ayat wayang yang keluar dari rakannya ini! Terus makanan di hadapan di lahap laju!.

"Childish!" Perli Liku perlahan sebelum dia juga turut menyuap makanan ke dalam mulutnya.

KEGEMBIRAAN MEREKA TIDAK berpanjangan bila Delinta mendapat panggilan yang tak terduga dari orang yang menyebalkan! Siapa lagi kalau bukan si anak beruang itu!

"Tapi saya tengah dalam cuti lagi ni.. Kalau dah habis cuti nanti... Baru saya naik kerja!" Sedaya upaya Delinta mahu mengelak dari berjumpa dengan V. Malas sebenarnya bila hari cutinya di ganggu sebegini!

"I don't care... I nak you ada dekat office I sekarang..." Tegas V tanpa berkompromi.

"Tapi Encik.."

"You nak I datang ke sana ke atau you datang sendiri ke sini?" V sudah mula memberi kata dua.

"Yelah... Yelah... Saya datang ke sana sekarang..." Terus panggilan di tamatkan.

"Hish... Memang dia tak bagi aku hidup aman dan tenteram ke apa si anak beruang ni?" Rungut Delinta sendirian.

Dia terus berjalan menuju ke arah Zira dan Liku yang sedang menunggu dirinya.

"Weh, korang... Aku minta maaf tau sebab tak dapat join korang tengok wayang... Aku ada hal nak di settle kan..." Ujar Delinta dengan wajah yang sedih.

"Hah? Hal apanya? Kau kan tengah cuti!"

"Alah... Si anak beruang tu dah balik sini... Tu yang dia suruh datang office dia sekarang..." Keluh Delinta.

"Aik? Bukan ke dia ada urusan seminggu dekat luar kawasan? Apsal dia dah ada pulak ni?" Soal Zira kembali dengan dahi berkerut.

Delinta hanya menjungkit bahunya tanda tidak tahu!

"Okaylah! Aku blah dulu! Liku... Kalau dah habis tengok wayang tu nanti... Tolong hantar Zira balik rumah ya..." Sebelum berpamitan, sempat Delinta memberi pesan kepada Liku sebelum dia terus berlalu dari situ.

"Hmm... Tak jadi lah nak spent time dengan dia kali ni jugak!" Rungut Zira sendirian. Liku tidak menyedari rungutan Zira sebalik nya mata nya masih lagi menatap kelibat Delinta yang sudah menghilang.

Entah kenapa, hatinya mula tidak senang dengan kedekatan antara Delinta dengan V itu.

"HAH?Pindah masuk rumah Encik? Encik dah gila ke apa?" Hampir naik seoktaf suara Delinta saat telinga nya mendengar saranan dari V ini.

Dah hilang akal ke si V ini menyuruhnya untuk pindah masuk ke vila mewah lelaki ini! Memang tak lah dia nak ikut!

Berdesing telinga V saat dirinya di label gila oleh Delinta! Sesuka hati aje si budak pendek ni label dia si gila?

"Banyak kerja yang you kena buat dalam rumah tu! Jadi I tak nak you Penat ulang alik dari rumah you tu ke vila I... Jadi I nak mudahkan kerja you aje!" Jawab V.

"Hah? Nak mudahkan kerja saya sampai suruh saya pindah masuk ke rumah Encik? Dengar sini ya Encik Varyan Soku! Saya rela ulang alik dari rumah saya dari pindah masuk ke rumah encik tahu!" Delinta tetap dengan pendirian nya.

Selama dia hidup 23 tahun ini, belum pernah dia menetap di rumah lelaki! Arwah babah dia pun tak pernah mengajar cara begitu pada dirinya! Tapi V ini sesenang itu sahaja untuk menyuruh dia pindah masuk ke vila lelaki itu! Ingat ini negara luar ke apa?

"Apsal you payah sangat nak dengar cakap I ni? Kalau I suruh pindah masuk tu... Pindah masuk ajelah! Tak payah banyak songeh!" Suara husky lelaki ini mula berubah nada. Dari reaksi cool sudah pun berubah kepada dingin dan serius.

"Tak! Saya takkan pindah! Titik!" Delinta masih lagi dengan pendirian nya.

"Okay... You tak nak dengar cakap I kan!"

Telefon pintar yang berada di meja kerjanya di capai sebelum nombor Reki di dail. Gajet itu itu terus di lekap pada telinganya.

"Helo, Reki... Kau kosong kan rumah sewa budak ni sekarang! Duit rumah sewa untuk bulan ni kau bayarkan terus kepada tuan rumah!" Usai memberi arahan pada Reki, terus talian dimatikan. Dengan satu panggilan sahaja, Reki terus melakukan pekerjaannya.

Bulat matanya Delinta mendengar arahan lelaki ini kepada orang kanannya.

"Apa yang Encik buat ni? Siapa suruh encik untuk kosong rumah sewa saya?" Marah Delinta.

Eeeii... Si anak beruang ni! Suka hati dia aje nak kosong kan rumah sewa dia!

"Pindah masuk rumah I sekarang atau..." Dia menayang kan satu fail berwarna biru di hadapan Delinta. Ugutan kedua mula menyusul!

Delinta tidak bodoh dan tidak rabun! Itu adalah fail yang tersimpan nya segala maklumat berkaitan cuti para staf hotel.

"You pilih yang mana? Pindah masuk ke rumah I atau I bekukan semua cuti staf hotel?"

"Eeeeiii... Yelah... Yelah .. Saya akan ikut cakap encik!" Akhirnya Delinta menyerah kalah dalam pertempuran dengan si anak beruang ini! Bukan dia tidak mahu mengikuti ajaran arwah babahnya dulu... Dia tahu batasnya! Tapi bila lelaki ini mula mengugutnya dengan menggunakan segala kemudahan berkaitan staf hotel ini, terpaksa juga dia mengikut. Dia tidak mahu staf hotel mendapat masalah gara - gara dirinya ini. Nampak tak, Si Delinta ini sungguh prihatin dengan kebajikan setiap para staf hotel ini. Kalau tak, jangan harap dia nak ikut! Dahlah rumah lelaki! Bujang pulak tu!

"I nak you pindah masuk malam ni nanti!"

"Hah? Malam ni?"

"Yelah... Malam ni... Ada masalah ke?" Soal V semula.

Delinta hanya menggeleng lemah.

Malam ni dia dah kena pindah masuk vila lelaki ini! Aduhai! Apalah malang nya nasib dia!

Apa ya motif si V ni suruh Delinta pindah masuk ke vilanya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience