"Ammara, masih ingat saya tak?"
Segera Ammara berpaling ke arah suara itu. Ah, masakan tidak! Itulah wanita yang berjaya merenggut bahagia yang sekian lama tercipta suatu ketika dahulu.
"Saya tahu awak masih ingat saya. Riak wajah awak sudah cukup jelas untuk menjawab soalan saya tadi tu." Yasmin berjalan mendekati Ammara.
"Ada apa muncul depan saya tiba-tiba ni?"
"We need to talk."
"Tentang apa? Setahu saya tak ada apa yang nak dibincangkan."
"Ammara, please."
"Ada apa lagi? Kenapa awak dengan suami awak tak habis-habis nak ganggu hidup saya? Tak boleh ke kalau kali ni awak lepaskan saya? Tak puas lagi ke awak dah hancurkan hidup saya sebelum ni? Sekarang pun awak masih nak sibuk muncul depan mata saya? Awak tak segan ke? Dah tak ada darah malu ke?"
"Fine! Awak boleh marah Ammara dan awak berhak untuk marah. Awak boleh hamburkan segala macam kata cacian atau hinaan untuk saya. Yes, that was my fault. Saya sedar apa yang berlaku sebelum ni memang salah saya. I am sorry for everything that had happened. Saya dah rosakkan rumah tangga awak tapi semua tu pun sebab silap awak juga. Awak yang lambat tunaikan apa yang Muaz nak. Masa yang awak ambil untuk mengandung terlalu lama. Dah tu, boleh pula mengandung pada masa yang sama dengan saya. Memanglah saya akan rebutkan Muaz. Saya nak anak saya ada ayah."
"Eh, sebab ni lah aku ni malas nak bercakap dengan orang macam kau. Otak kau dengan Muaz sama-sama bodoh. Tak berkembang pesat. Itulah lain kali minum susu banyak-banyak. Haa, susu tu ada DHA yang boleh kembangkan lagi kepala otak kau orang dua laki bini supaya jadi lebih bijak."
"Kurang asam punya perempuan. Hei, aku datang ni nak berbincang elok-elok. Yang kau sesedap mulut mengata aku bodoh dah kenapa?"
Bertukar sudah kata ganti nama yang digunakan. Tiada lagi nada sopan seperti awalnya tadi. Kini mereka bagaikan kucing yang boleh bercakaran pada bila-bila masa.
"Dah memang itu kenyataannya. Kenapa? Perit sangat ke nak telan? Oh, biasalah tu. Kebenaran memang pahit untuk diterima."
Yasmin mengetap bibirnya. Berubahnya Ammara yang berada di depannya sekarang. Seingat Yasmin, Ammara yang dia kenal adalah seorang yang lemah dan tidak berdaya. Hanya tahu menangis saat Muaz menghalaunya keluar dari rumah. Merayu dan meminta untuk dikasihani. Tapi Ammara yang ini...
"Macam mana aku tak kata kau bodoh? Kau cakap aku yang salah sebab lambat mengandung dan sebab tu Muaz tinggalkan aku? Huh, kau ingat rezeki anak ni aku yang adjust sendiri? Kalau aku boleh adjust, tak kuasanya aku nak mengandung sama dengan kau. Tak kannya aku sengaja nak makan masa lama-lama sebelum bergelar seorang ibu. Kalau boleh hari ni kahwin esok dah positif mengandung! Tak payah tunggu lama-lama. Buang masa. Hah, padanlah sangat kau dengan Muaz. Sama-sama pentingkan diri. Kau rebut Muaz sebab nak anak kau ada ayah. Habis tu anak aku tak ada bapa tak kisahlah, kan? But it's okay. Aku still boleh berdiri sendiri. Lagi pun orang macam Muaz tu mana sesuai jadi bapa kepada anak aku. Nasib baiklah kau kutip Muaz. Kalau tak mesti aku pening kepala nak layan karenah Muaz."
Bagaikan tersedak air liur Yasmin dibuatnya. Lancar benar Ammara menjawab. Sungguh perempuan itu bukanlah perempuan yang pernah dia kenal.
"Ya, aku akui aku bodoh sebab terjebak dengan cinta Muaz. Aku khayal dengan segala janji palsu dia. Kau pun pernah dijanjikan bulan dan bintang. Kau pun pernah hanyut dengan cinta yang Muaz berikan. Itu jugalah apa yang berlaku pada aku. Kau lebih tahu macam mana rasanya terbuai dengan manisnya asrama. Aku sedar status dia tapi aku abaikan sebab hubungan kau dengan Muaz dah memang nampak jelas tak ada harapan. Aku hanya menunggu tuah. Sama ada kau atau aku."
"Apa tujuan kau berdepan dengan aku hari ni sebenarnya? Kau mengendap aku ke apa?"
"Tak, aku kebetulan nampak kau jadi aku terfikir untuk jumpa kau."
"Apa kau nak? Bincang pasal apa pula? Satu keperluan ke perbincangan ini? Huh, tak ada benda yang kita nak bincang. Apa kata kau teruskan hidup kau dengan tenggiling tu dan aku teruskan hidup aku macam biasa."
"Ammara, Muaz akan rampas anak kau. Hari-hari dia fikirkan cara untuk rampas anak kau."
Ammara diam. Memberi ruang untuk Yasmin meneruskan dialog yang seterusnya.
"Tiga hari yang lepas mama ada jumpa kau, kan?"
Ammara mengangguk. "Jadi?"
"Itu semua sudah dirancang. Aku pun tertipu. Kononnya nak makan malam bersama tapi agenda sebenar adalah kau dan anak kau. Mama bukannya terserempak secara tak sengaja dengan kau malam tu tapi dari awal lagi mereka dua beranak memang dah terhendap-hendap dari tingkap rumah semata-mata nak tunggu kau sampai depan rumah mertua kau. Aku rasa ada baiknya kalau kau bawa saja mertua kau stay rumah kau sendiri. Sekurang-kurangnya ada juga halangan tambahan untuk menyukarkan Muaz memenuhi keinginan dia untuk merampas anak kau."
Ammara diam. Adakah dia harus akur pada pendapat Yasmin? Haruskah dia lari dari semua masalah ini? Ah, lambat-laun mesti Muaz akan berjaya menjejaki dia lagi. Tanah yang dipijak masih di bumi yang sama.
"Aku tak rasa itu cadangan yang bernas. Aku takut kalau dia berjaya jejak lokasi rumah aku pula nanti."
"Habis tu? Apa kau nak buat? Aku tahu Muaz tak akan berhenti."
"Tak malunya dia masih terhegeh-hegeh nak rampas Hud."
"No, Ammara. Kau silap."
"Apanya yang silap?"
"Aku tak rasa dia nekad kerana anak kau semata-mata tapi aku yakin dia juga nak kan kau kembali ke pangkuan dia."
Ammara terdiam lagi. Ya, Muaz pernah mengajaknya untuk berkahwin semula dan alasan Muaz adalah untuk membaiki kesilapan yang lalu. Membina semula apa yang telah runtuh. Namun serik Ammara untuk bersamanya lagi. Tak pasal-pasal Luth yang dipilihnya untuk menjadi pendamping.
"Kau jangan risau. Dia nak aku bagai nak rak sekali pun dia tak kan dapat sebab aku dah bersuami. Kau tak payah bimbang. Dia tak akan tinggalkan kau dan aku pun tak kuasa nak rampas dia."
"Aku tak risau dia tinggalkan aku Ammara tapi aku risau apa yang boleh dia buat untuk dapatkan kau. Suami kau jauh di seberang sana. Dia tak boleh nak sentiasa ada untuk jadi hero kau. Aku cuma berpesan. Hati-hati Ammara." Ujar Yasmin seraya berlalu pergi.
Ammara terdiam sendiri. Kata-kata Yasmin yang terakhir tadi bagaikan satu pita rakaman.
"Risau apa yang dia boleh buat untuk dapatkan kau."
Ammara bingung. Apa yang mungkin Muaz lakukan? Apa yang Muaz akan buat?
Share this novel
bagus jugk si jasmin ni..kau pergi tinggal dengan luth la ammara