Bab 8

Romance Series 103383

Muaz tak senang duduk. Sekejap ke hulu sekejap ke hilir. Dia asyik teringat pertemuannya dengan Ammara siang tadi. Begitu juga dengan bayi yang dikendong Ammara. Bukankah itu anaknya? Ini bermakna sekarang dia sudah pun menjadi ayah kepada dua orang anak. Ya, dua orang anak!

Anak Ammara hasil benihnya dia begitu juga dengan anak Yasmin. Anaknya dengan Ammara lelaki, manakala anaknya dengan Yasmin pula perempuan. Dia sudah pun mempunyai sepasang anak! Cumanya, bukan dari wanita yang sama. Seorang ni dari isteri, seorang lagi dari bekas isteri. Wah, bagaimana dia boleh membuntingkan dua wanita hampir pada masa yang sama waktu itu? Muaz tersenyum sendiri. Puas dengan hasil kerjanya! Saat ini, dia merasakan bahawa dialah lelaki paling hebat!

Namun senyumannya menghilang apabila wajah Luth muncul diingatan. Siapa lelaki itu lalu apa hubungan lelaki itu dengan Ammara dan bayinya? Apa mungkin lelaki itu pengganti dirinya? Eh, tak kanlah secepat itu! Dia yakin Ammara masih belum mencari pengganti untuk mengisi kekosongan yang dia tinggalkan. Ammara bukan jenis yang mudah move on. Dia kenal benar dengan Ammara. Tapi persoalan tentang siapa lelaki itu dan hubung kaitnya dengan Ammara masih tidak punya jawapan. Mungkin lebih baik dia bertanya sendiri dengan Ammara. Bolehlah juga dia menjenguk anaknya.

Tapi...di mana Ammara tinggal sekarang? Muaz tak pernah tahu dan tak pernah ambil tahu tentang kehidupan Ammara. Apa yang dia tahu hubungan dia dan Ammara benar-benar sudah berakhir sebaik saja bayi itu lahir. Ah, esok-esoklah fikirkan tentang anak lelakinya. Muaz mengerling jam dinding yang sudah pun menunjukan pukul 12 tengah malam. Sebaik saja dia memasuki bilik, kelihatan Yasmin sedang menyusukan bayi perempuannya yang diberi nama Ayeesha. Dia merenung dada Yasmin yang sedikit terdedah. Damn! Bergelora sedikit nafsu lelakinya. Ada anak memang menggembirakan, tapi menahan rasa selepas isteri bersalin itu agak menyesakkan jiwa.

"Baby, nak sikit." Muaz mencuba nasib.

"Nak sikit apa?"

"Tak tahanlah..." Balas Muaz sambil memuncungkan mulutnya ke arah dada Yasmin.

"You gila ke? I ni lepas bersalin, bukannya lepas kebah demam ke apa.."

"Alah, you bersalin through caesarean. Bawah tu tak kacau pun, kan?"

"You memang tak reti fikir ke? Darah nifas I pun tak habis lagi. You dah fikir tentang nak main? Dah kenapa pentingkan diri sangat? Sangap sangat ke tu?"

"Orang tanya pun marah. Dah kenapa nak marah-marah? Bukannya I terus terkam you pun. I tanya saja, kan?"

"I nak bergerak pun still sakit. You tak nampak ke? Memanglah you tak terkam terus tapi soalan you ni memang mengundang sangat, kan?"

"Kalau dah tahu tak boleh, tak payahlah belanja sangat! You sendiri yang sengaja nak mengundang."

"Apa? I yang mengundang? I tengah breastfeed anak pun you kata I mengundang? Tak ada niat langsung pun. Kalau dah kata sangap tu, mengaku sajalah. Dalam bilik air ada sabun, kan? Hah, pergi sana main sabun." selamba saja Yasmin menutur kata. Tak kuasa dia nak melayan kehendak Muaz buat masa ini. Perit luka di perut saja sudah cukup dihidapnya, inikan pula nak menghadap perangai tak matang Muaz.

Muaz mengetap bibirnya geram mendengarkan tutur kata Yasmin. Kurang asam punya isteri. Dulu sebelum kahwin semuanya boleh. Layanan semua tip top. Tak merasa pun dia menahan nafsu. Asal berjumpa tak pernah tak on. Cakap saja, mesti dapat. Sekarang tak boleh pula? Minta tolong pun tak boleh? Semua dia nak buat sendiri? Muaz keluar semula dari bilik dan beralih ke sofa di ruang tamu. Tak kuasa untuk berada sebilik dengan Yasmin. Bawah tak kacau pun tak kasi. Kalau ya pun darah nifas tak habis lagi, tolonglah cara yang lain. Itu pun tak boleh ke?

Muaz membetulkan baringnya. Dia cuba untuk melelapkan mata bagi menyingkirkan rasa yang ada. Kalau dulu, dia punya pilihan. Ammara atau Yasmin. Sewaktu Ammara datang bulan, dia boleh pergi cari Yasmin. Kalau giliran Yasmin pula yang datang bulan, dia ada Ammara. Ikut suka dia nak yang mana. Keinginannya tak pernah tertunggak. Muaz tersengih sendiri mengenangkan itu semua. Jahat betul dia waktu itu, kan? Tapi dia suka sebab kepentingannya terjaga. Ammara langsung tak tahu menahu tentang ketelanjurannya dengan Yasmin. Tapi Yasmin? Dah tahu dia punya isteri pun masih sanggup menyerahkan segalanya. Dah alang-alang ada yang memberi rezeki, tak mungkin dia menolaknya. Dia lelaki! Kelemahan dia sememangnya perempuan.

Sekarang situasi sudah berbeza. Dulu Ammara yang bergelar isteri, namun kini gelaran itu dimiliki oleh Yasmin. Agak-agaknya mahu tak Ammara menggantikan tempat Yasmin yang dulu ya? Muaz tertanya-tanya sendiri. Dia mula membayangkan tubuh Ammara yang pernah diterokanya dahulu kala. Walaupun sudah agak lama dia tidak menyentuh Ammara, namun dia masih ingat setiap lekuk tubuh bekas isterinya itu. Sekali lagi dia tersenyum. Ah, kalaulah dia boleh menikmati tubuh itu sekali lagi. Jika tadi dia cuba mengusir rasa teringin itu, namun sekarang rasa itu semakin kuat. Macam mana dia nak tidur kalau situasinya seperti sekarang? Sial betul! Dia bangun semula menuju ke bilik.

"Tolong puaskan I sekarang." Dia memberi arahan kepada Yasmin yang terpisat-pisat memandangnya. Eh, peduli apa Muaz. Yang penting keinginannya tertunai.

"You tak faham-faham lagi ke? I penat. I nak tidur. Nanti Ayeesha terjaga lagi. Tolonglah."

"You jangan nak banyak alasan. Sebelum I kerjakan You lebih baik You buat apa yang sepatutnya."

"I tengah sakit ni."

"Sakit lepas beranak. Bukan sakit nak mati. Dah, tak payah banyak alasan. Ada banyak cara lain untuk You puaskan I. Dulu sebelum kahwin bukan main lagi You. Khatam betul bab puaskan nafsu I. Sekarang I perlukan bakat You tu. Jangan simpan! Selagi mana I tak keluar, selagi tu I akan kacau You."

Yasmin bangun perlahan-lahan. Hatinya menggeledak. Celaka punya suami! Tak nampak ke pergerakkan dia pun masih terhad? Diarah pula untuk puaskan dia. Dalam diam Yasmin memberontak namun dia terpaksa akur. Tidak mahu Muaz terus mengganggunya sepanjang malam. Muaz tersenyum puas melihat Yasmin yang kini menurut perintahnya. Bayangan Ammara yang menjadikan dia kembali teringin, namun Yasmin pula yang menjadi tempatnya melampiaskan nafsu. Ah, tak kisahlah! Yang penting keinginannya terlaksana barulah dia boleh tidur dengan nyaman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience