"Ma, masak apa hari ni?" Muaz mengangkat tudung periuk di atas dapur. Nice! Aroma ikan bawal sweet sour menusuk masuk ke hidungnya. Segera dia mencedok nasi dan memulakan agenda makannya.
Puan Mariah memerhati gelagat anaknya. Masuk hari ni, sudah hampir dua minggu berturut-turut Muaz datang sendiri ke rumahnya dan terus ke dapur menjenguk periuk, kuali, tudung saji malah peti ais rumahnya pun tak ketinggalan.
"Datang seorang? Yasmin mana?" Sengaja dia bertanya tentang keberadaan Yasmin. Sejak bergelar isteri Muaz, jarang benar mampir ke rumah.
"Ada dekat rumah."
"Kenapa tak bawa ke mari?"
"Biarlah, ma. Tak naklah usung dia ke sana ke mari. Risau kalau dia penat. Nak bawa perut tu lagi."
"Bukannya besar mana pun perut yang diusungnya tu, Muaz. Baru nak masuk lima bulan."
"Dia selalu penat akhir-akhir ni, ma."
"Dah tu? Dia tak masak ke dekat rumah? Sampaikan kau menumpang makan dekat rumah mama dua minggu ni?"
"Alah, mama ni. Tak kan dengan Muaz pun mama nak berkira. Kalau Muaz tahu mama tak suka Muaz datang makan dekat rumah ni, esok Muaz tak datang dah."
Terdengar rajuk dalam ayat yang dituturkan Muaz namun suapan nasi ke mulutnya tidak juga semakin perlahan. Rentaknya masih sama. Ah, lepas ni boleh sambung merajuk. Lapar perutnya perlu diisi terlebih dahulu.
"Muaz, mama nak tanya sesuatu."
"Apa dia?"
"Ammara mengandung juga ke? Kenapa kamu tak cakap sebelum ni?" Puan Mariah mencuri peluang untuk bertanya tentang Ammara. Pagi tadi dia terserempak dengan Ammara. Kelihatan perut Ammara sedikit membuncit. Dia tidak menegur Ammara sebaliknya dia berselindung sedikit kerana tidak mahu bertentang mata dengan Ammara. Saat dia melihat perut Ammara, dia menjadi kaku. Bukankah Ammara mandul?
Dia tidak tahu langsung tentang kandungan Ammara kerana dia sendiri yang membuang Ammara sejak mengetahui bahawa Ammara tidak mampu mengurniakan zuriat untuk Muaz. Tapi andai kata Ammara benar-benar mandul seperti yang dikhabarkan oleh Muaz, dah kenapa perut Ammara membuncit seperti wanita hamil yang lainnya?
"Kenapa mama nak tanya tentang dia? Bukankah mama sendiri yang anti sangat dengan dia?" Kali ini suapan Muaz terhenti dengan segera. Langsung hilang seleranya.
"Lama betul mama tak jumpa dia. Tapi ditakdirkan tadi pagi mama ternampak dia. Lain betul gayanya. Macam...orang mengandung. Kau kata dia mandul tapi macam mana dia boleh membuncit macam orang mengandung?"
"Kalau dia mengandung pun bukannya ada kaitan dengan kita dah."
"Jadi betul dia mengandung? Anak kamu?"
"Boleh tak mama stop bercakap tentang dia?"
"Ya Allah, maknanya dia tak mandul? Kamu ceraikan dia walaupun dia mengandung?"
"So, apa salahnya? Mama juga yang lebih memilih Yasmin sebelum ni. Bila mama cakap macam ni, seolah-olah Muaz pula yang jahat."
"Mama tak tahu dia mengandung. Mama cuma tahu kamu buntingkan Yasmin."
"Habis tu? Kalau mama tahu dia mengandung, apa bezanya? Tetap juga Muaz kahwin dengan Yasmin. Mama sendiri yang minta Muaz untuk bertanggungjawab ke atas Yasmin."
"Tapi tanggungjawab Muaz dengan Ammara macam mana?"
"Dah kenapa tanya Muaz soalan tu? Sekarang ni Yasmin isteri Muaz yang sah. Dah tentulah Muaz akan lebihkan Yasmin. Ammara tu cuma masa lalu."
"Tapi anak dalam perut Ammara...."
"Dah kenapa dengan anak dalam perut dia? Kenapa sibuk sangat dengan bayi Ammara? Habis tu anak dalam perut Yasmin macam mana pula? Ma, dengar sini. Muaz dengan Ammara dah tak ada apa-apa kaitan. Anak dalam perut Ammara tu pun tak ada kaitan dengan Muaz. Yasmin isteri sah Muaz sejak few months ago dan Muaz akan bina keluarga yang Muaz impikan bersama Yasmin, bukannya Ammara. Jadi, Muaz harap mama jangan sibuk tentang Ammara. Sekarang ni menantu mama hanyalah Yasmin. So stop talking about Ammara."
Muaz segera membasuh tangannya. Tidak lagi berniat untuk menghabiskan nasi yang masih bersisa di pinggan. Seleranya menghilang. Dah kenapa nama Ammara juga yang disebut-sebut? Kenapa perlu sibuk nak tahu tentang Ammara? Bertanya itu ini seolah-olah dia yang jahat. Seolah-olah dialah lelaki yang paling tak guna sebab menceraikan isteri sewaktu isterinya sedang hamil anak pertama mereka. Bukankah mamanya juga yang meminta untuk bertanggungjawab ke atas kehamilan Yasmin dan meninggalkan Ammara? Katanya Ammara tak ada keperluan untum dijaga tetapi Yasmin yang lebih memerlukan.
"Muaz balik dulu." Ujar Muaz tanpa menoleh dan berlalu pergi meninggalkan mamanya yang masih lagi memanggil. Puan Mariah tahu anaknya itu sedang marah. Ya, dia mengaku dia bersalah. Dia yang membenci Ammara hanya kerana Ammara dikatakan mandul. Dia yang tawar hati saat mengetahui berita itu. Dia yang tidak dapat mengawal emosi. Ammara juga yang menjadi mangsa kebencian walaupun bukan dia yang bersalah.
Awalnya memang dia mengecam hubungan Muaz dan Yasmin. Selalu dia berpesan agar Muaz mengakhiri hubungan mereka dan berhenti mencurangi Ammara namun hatinya mencair saat Yasmin memberitahu tentang benih Muaz yang sedang membesar di dalam rahimnya. Puan Mariah tidak mampu menolak. Bayi itu memerlukan Muaz. Tapi dia tidak tahu Ammara juga mengandung kerana setahu dia Ammara mandul! Apa yang telah dia lakukan, ya tuhan...?
"You pergi mana? Kenapa sekarang baru balik?" Yasmin memuncungkan mulutnya sebaik saja wajah Muaz muncul di sebalik pintu.
"You ada masak tak?" Muaz bertanya seraya mengambil tempat duduk di sebelah Yasmin.
"I tak masak. I tak bolehlah cium bau tumis-tumis, bau masak-masak semua tu. You pun tahu keadaan I sejak mengandung ni macam mana, kan?"
"Haa, sebab tu I makan dekat rumah mama."
"Oh, you dah makan?"
Muaz mengangguk.
"Habis tu? I macam mana? I tak perlu makan? Kenapa you tak fikir perut I juga? Kenapa nak kenyangkan perut you sendiri saja?" Yasmin mula membebel. Tiada makanan yang Muaz bawakan untuk dia. Tiada plastik, tiada bekas makanan. Muaz balik dengan tangan kosong!
"Sebelum ni elok saja you order. Foodpanda kan ada? Grabfood pun ada... you tinggal pilih nak makan apa. Apa susah?"
"Sekali sekala I nak juga you yang tolong fikirkan menu I..." Yasmin memaut lengan Muaz dan melentokan kepalanya ke bahu Muaz.
"Bawa I makan dekat luar, boleh? I teringin nak makan shellout. Mengidam..."
"Eh, asyik-asyik mengidam you ni. Minggu lepas kata ngidam nak makan Lamb Chop. Minggu lagi satu ngidam nak makan steamboat. Minggu ni ngidam shellout pula dah? Ini bukan mengidam, ini memang nak melantak makan ni."
"Habis tu? You nak salahkan I sebab nak makan itu ini?"
"Dah tu? Baby yang nak makan?"
"You tahu apa? Bukan you yang bawa baby dalam perut. I yang berkorban. I korbankan diri I untuk baby you, tapi you merungut pula bila I minta itu ini. Bukannya benda mengarut pun yang I nak. I cuma nak makan. Itu pun salah?"
Ah, sudah. Silap cakap boleh tercetus perang kalau macam ni. Suara Yasmin sedikit meninggi. Kalau diteruskan, akibatnya mungkin sedikit parah.
"Okay, I minta maaf. Cepat pergi bersiap kita keluar makan." Muaz segera memohon maaf walaupun dia tahu tiada keperluan untuk dia memohon maaf bagi perkara seremeh itu. Kalau dulu sewaktu bersama Ammara, jarang benar dia makan di luar. Selalu saja Ammara memasak di rumah. Masakannya pula mesti sedap dan padu. Katanya tak pandai masak tapi setiap masakan semuanya menjadi. Eh, dah kenapa dia terfikirkan Ammara? Ish, ini semua salah mamanya sebab menyebut nama Ammara tadi. Tak pasal-pasal dia pula yang teringat.
Dia sekadar memerhatikan Yasmin mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas. Wajah Yasmin yang masam mencuka menjadi ceria semula saat dia memohon maaf sebentar tadi. Selepas itu barulah Yasmin berlalu untuk bersiap-siap keluar makan bersama Muaz.
Share this novel