"Hawa."
"Ya?"
"Macam mana nak buatkan seseorang tu jatuh cinta? Lebih spesifik apa yang buatkan perempuan untuk jatuh cinta?"
Soalan Luth membuatkan Hawa tercengang seketika. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Lain macam betul soalan Luth kali ni.
"Apa yang perempuan suka? Hawa kan perempuan so Hawa mesti tahu apa yang kaum perempuan suka. Betul tak?"
"Oh, ni mesti nak ambil hati wife, kan?" balas Hawa sambil tersenyum. Untungnya isteri Luth! Dapat suami yang sweet macam Luth.
"Tengah PJJ macam ni rasanya yang paling sesuai untuk Luth buat ialah bagi dia suprise. Hah, bagi bunga ke, coklat ke ... Selalu perempuan suka suprise macam tu."
"Boleh pakai ke idea ni?" soal Luth.
"Cubalah dulu baru kita tahu boleh pakai ke tak."
Perbualan mereka tempoh hari bermain-main di fikiran Luth. Hawa kata perempuan suka kejutan. Luth dah cuba dah. Tak ada sebarang respon dari Ammara. Tak mungkin kejutannya tak sampai di tangan Ammara. Dah dua hari berlalu namun Ammara tak pula bertanya tentang kiriman bunga dan gubahan coklat yang dihantarnya. Paling kurang pun cakaplah terima kasih kalau tak boleh nak cakap I love you. Buat penat saja Luth mencari florist yang berada berdekatan dengan alamat rumah maknya demi melaksanakan kejutan yang dirancang. Luth mengeluh lagi. Nampak gaya seperti usahanya pada kali ini juga tidak berhasil.
"Hei, Luth buat tak kejutan untuk wife hari tu?" Tiba-tiba Hawa muncul dan duduk di depan Luth.
"Dah buat dah."
"So? Dia suka tak?"
"Suka! Macam yang Hawa cakap hari tu. Perempuan memang suka kejutan. Nasib baik ada Hawa yang boleh bagi idea, buah fikiran yang bernas level A plus!" Luth berpura-pura. Dalam pada masa yang sama dia juga mahu menjaga hati Hawa yang empunya idea asal. Lagi pula kalau dia berterus-terang, tak pasal-pasal Hawa tahu tentang hubungannya dengan Ammara yang hanya bergelar suami dan isteri di atas kertas semata-mata.
"Oh, well. Flip my bawal." ujar Hawa dengan bangga. Tak dinafikan hatinya sedikit cemburu namun dalam pada masa yang sama dia senang kerana telah membantu. Dia lebih gembira melihat Luth tersenyum ceria. Tentang hatinya biarlah dia membalut luka sendiri. Lagi pula hubungan mereka dari dulu hingga kini sememangnya hanya berlandaskan pada teman sahaja. Silapnya sendiri yang tertangkap cinta.
"Luth, jom join aku." Cikgu Raziman menghampiri mereka berdua dengan senyuman. Ah, ni mesti ada udang di sebalik batu.
"Ke mana?" soal Luth.
"Mandi." Jawab Cikgu Raziman sepatah sambil ketawa.
"Hah, ni mesti ada rancangan nak pedajal budak-budak tu, kan?" Hawa menyampuk. Kenal benar dengan perangai Penolong Kanan Kokurikulum mereka itu.
"Syhh, jangan cakap kuat-kuat. Jom, Luth. Lagi ramai lagi seronok."
"Hah, baiklah kalau macam tu. Sekali sekala tak salah rasanya." Balas Luth lalu berdiri.
"Handphone tu tinggallah kejap, Luth. Kang basah kang kena air. "
"Nah, Hawa tolong jaga sat." pantas saja Cikgu Raziman menghulurkan telefon Luth kepada Hawa.
"Kalau ada orang call macam mana?" soal Hawa pula.
"Jawablah. Jadi operator Luth kejap ya tapi tak bergaji." balas Luth sambil melangkah pergi bersama Cikgu Raziman. Kelihatan mereka berdua berbual sejenak sebelum terkekek ketawa. Entah apalah yang lucu sangat.
"Hawa, nah untuk Hawa." Tiba-tiba Khairil muncul sambil menyerahkan jambangan coklat yang digubah indah.
"Eh, cantiknya. Untuk Hawa? Sempena apa?" Jelas Hawa teruja melihat jambangan coklat itu.
"Abang dengar Hawa berbual dengan Luth beberapa hari lepas. Hawa kata perempuan suka suprise. Abang ni teknik mengorat tak ada langsung jadi abang cubalah idea Hawa ni."
"Allahu, dia ni kan! Geram betul!" Hawa menjeling Khairil namun tangannya menyambut jambangan coklat yang diberikan. Ish, coklat kot! Mana boleh nak menolak.
"Hawa suka tak?"
"Tak."
"Alah, tak suka ke?"
"Ish, mestilah suka. Hawa memang suka coklat. Tak boleh nak menolak!"
"Kira jadilah ni?"
"Jadi apanya pula? Amboi, sekali bagi suprise terus nak jadi? Kira tak ikhlaslah ni?"
"Laa, belum lagi?"
"Tak kan semudah tu."
"Hmm, okay tak apa. Nanti abang try lagi. Goodbye for a while." ujar Khairil sambil berlalu pergi. Ah, ada kerjalah tu. Sempat pula nak mengorat.
Sekarang ni aktiviti perkhemahan sedang dijalankan di sekolah. Masing-masing ada tugas yang telah diagihkan. Mungkin sebab tu Khairil tak boleh nak berlama-lama. Hawa memandang pada jambangan coklat yang diterimanya. Siapa sangka Khairil dan Luth kedua-duanya mencuba idea yang diberikan oleh dirinya.
Khairil sedang dalam proses untuk mencuba memikat hati Hawa disaat hatinya masih terluka. Dalam diam dia terhibur juga dengan usaha Khairil. Nampak sangat usahanya tu. Terlalu jelas. Luth juga mesti sama, kan? Sedang cuba untuk membuatkan isterinya jatuh cinta agar hubungan mereka semakin kuat. Lagi-lagi bila PJJ seperti ini. Bukannya mudah apatah lagi untuk pasangan baru seperti mereka berdua. Hawa melepaskan satu keluhan. Kecewa cintanya kecundang namun ada pula yang lain mendatang. Di sana suami orang, di sini masih bujang. Namun di sana juga hatinya terpaut, yang di sini menunggu disambut.
Berkali-kali Hawa beristigfar. Sudah-sudahlah terfikirkan suami orang. Kalau sungguh pun tak terfikir nak cari jodoh, tak seharusnya dia memandang jodoh orang lain. Buruk padahnya nanti! Sedarlah Hawa!
Khairil? Sabarlah ya. Hawa tidak memilih cuma di hati masih ada nama lelaki lain yang tersisa. Dia tidak terdesak untuk memiliki pasangan maka dia tidak akan menerima Khairil semata-mata mahu menyingkirkan Luth di hati. Biarlah proses penerimaan itu berjalan sendiri. Biarlah lambat asalkan dia pasti dengan pilihannya nanti.
Tiba-tiba telefon Luth bergegar menandakan adanya panggilan yang masuk. Tertera nama Ammara pada skrin telefon. Selaku operator yang baru dilantik, Hawa menjawab panggilan tersebut tanpa rasa bersalah.
"Assalammualaikum."
"Waalaikumsalam. Siapa ni? Luth mana?"
"Oh, saya Hawa, Luth tengah mandi..." belum sempat Hawa menghabiskan ayatnya. Panggilan telefon dimatikan begitu saja. Lah, dah kenapa?
Baru saja dia mahu mengatakan bahawa Luth tengah mandi dengan student lain bersama dengan Cikgu Raziman sebentar tadi. Alih-alih terputus pula panggilan. Tak apalah. Nantilah Luth menghubungi semula pemanggil tadi tu.
"Tengah mandi? Apa laki aku buat?" Ammara mendengus kasar. Inilah lelaki! Pantang menghilang dari mata pasangan, terus nak buat onar.
Ammara memandang pada jambangan bunga dan gubahan coklat yang diterimanya dari Luth. Apa makna pemberian ini kalau Luth bersama perempuan lain? Siapa Hawa?
Apa mungkin Luth juga sama seperti Muaz? Pasang dua dalam diam? Makan luar bila tak bersama isteri? Ammara mengetap bibirnya geram. Biarlah! Malas dia nak peduli!
Uie...ramai ya yang backup Luth? Haha kemunculan Hawa masih misteri ni... adakah untuk menyondol atau sekadar membuatkan jiwa Ammara menjadi kacau? hehe
Share this novel