Yasmin menahan ngilu pada perutnya. Muaz memang tak penyabar! Dalam keadaan yang masih tak berapa nak sihat pun dilahapnya juga Yasmin.
"Alah, darah nifas dah kering. Apa lagi alasan you?"
Kata-kata Muaz terngiang-ngiang di telinganya. Dasar lelaki! Luka di perut masih terasa ngilu tapi sedikit pun tak diendahnya. Tak habis-habis dia juga yang dituduh sengaja mencari alasan. Dia juga yang dipersalahkan kerana tidak dapat memberikan layanan yang sepatutnya.
Luaran memanglah dia nampak sihat tapi dalaman hanya dia yang merasa. Ngilu perutnya selepas dibelah hanya dia yang tahu. Yasmin melepaskan satu keluhan berat. Suatu ketika dahulu, Muazlah lelaki yang paling sempurna di matanya.
"Yasmin, kenapa kau masih stay dengan Muaz? Kau tahu hubungan kau dengan Muaz tak akan ke mana pun, kan?" Ruby menegur Yasmin tatkala dia begitu asyik berbalas pesanan melalui aplikasi Whatapps. Yasmin sekadar menjeling. Ah, malaslah dia nak berbahas dengan Ruby. Bukannya Ruby tahu apa yang sedang dia dan Muaz kongsikan.
Dia dan Muaz saling mencintai antara satu sama lain. Bagi Muaz, Yasmin perempuan pertama yang memahami tentang kehendak hatinya. Muaz sendiri yang beritahu dia. Tak kan Muaz menipu?
"Aku pun hairan dengan kau ni, Yasmin. Kau perempuan yang bijak pandai pun boleh nampak bodoh bila mana kau terlalu turutkan sangat Muaz tu. Kau tak rasa dia permainkan kau ke? Dia tu dah ada isteri." Kali ini Haini pula yang bersuara.
"Aku pun tak fahamlah dengan kau berdua. Dah kenapa anti sangat dengan Muaz? Apa dia pernah tolak cinta salah seorang dari kau berdua ke atau macam mana? Sampaikan bila dia dengan aku ni pun kau berdua dah habis-habis nak suruh aku putuskan hubungan aku dengan dia?" Yasmin membalas kata-kata kedua-dua teman serumahnya itu.
"Kau tanya kenapa aku anti dengan Muaz? Eh, hello! Dah sah-sah dia tu bukan lelaki yang baik. Kalau dia lelaki yang baik, dia tak akan curang dengan isteri dia."
"Ha, betul tu. Kalau dengan isteri dia yang sah pun dia boleh curang macam ni, apatah lagi kalau setakat dengan kau. Perempuan simpanan." Ruby menyokong kata-kata Haini. Ya, memang benar bagi mereka berdua tiada yang baiknya tentang Muaz. Segala kebaikan yang ditonjolkan adalah sekadar lakonan.
"Baik-baik sikit cakap tu. Dia dengan isteri dia tak akan ke mana pun. Isteri dia tu mandul dan sebab tu Muaz datang dekat aku."
"Dah tu? Kau nak bagi anak dekat dia?"
"Why not? Kalau aku bagi apa yang dia nak, Muaz akan tinggalkan isteri dia demi aku dan dia akan jadi satu-satunya milik aku. Lagipun dia tak ada sebab yang kukuh untuk terus stay dengan bini dia tu. Bukannya boleh bagi apa yang dia nak pun."
"Amboi, boleh tahan betul pemikiran low class kau ni. Part ni aku memang akan kecam kau habis-habisan. Kau sedar tak apa yang sedang kau rancang ni? Kau merancang nak runtuhkan masjid yang dah dia bina dengan isteri dia!" Haini membangkang sekeras-kerasnya.
"Tapi masjid aku akan terbina." balas Yasmin acuh tak acuh.
"Ish, susah betul bercakap dengan orang tak betul macam kau ni." Ruby segera bangun dan masuk ke biliknya. Hilang selera untuk melepak bersama. Kalau diikutkan rasa hati mahu saja dia mendorong Yasmin. Biar tergolek gadis itu di atas lantai. Tapi dia sedang cuba menahan diri. Tak sangka Yasmin begitu pentingkan diri. Haini turut bangun meninggalkan Yasmin sendiri. Kerlingan mata Ruby saja sudah cukup sebagai syarat untuk dia membiarkan Yasmin. Ini bukanlah masa yang sesuai untuk bercakap dengan Yasmin. Gadis itu nampak gayanya benar-benar buta kerana cinta.
Yasmin sekadar memerhati rakan-rakannya berlalu pergi. Ah, biarlah. Ini tentang dia. Ini hidup dia. Ikut suka dialah nak bercinta dengan suami orang atau datuk orang sekali pun. Yang penting itu adalah apa yang dia mahu. Kalau sekali dia dah sayang, selamanya dia akan pertahankan. Bunyi ketukan di pintu membuatkan dia segera bangun. Buah hati sudah sampai!
Kelihatan Muaz sedang berdiri di muka pintu rumah bersama sejambak bunga. Aduh, mananya dia tak mencair kalau dilayan seperti ini. Muaz sangat romantik. Penuh dengan kejutan. Selalunya hanya heroin di dalam drama saja yang akan menerima jambakan bunga daripada hero. Tapi dia? Dalam kehidupan nyata ini pun dia dah dapat hero yang ada seperti di dalam drama akasia. Tak kanlah dia nak lepaskan?
"Aww, so sweet!" Yasmin memeluk Muaz sebagai tanda terima kasih.
"Kiss me first."
Laju saja Yasmin mengucup bibir Muaz. Benda senang! Tak jadi masalah untuk dia menunaikan permintaan Muaz itu. Dia mengajak Muaz masuk dan mempelawa lelaki itu untuk ke biliknya.
"Housemates ada dekat rumah. Jom, lepak bilik I."
Muaz sekadar membontoti langkah kaki Yasmin yang menghala ke biliknya. Alah, ini bukanlah kali pertama dia ke situ. Dah berkali-kali malah tak terkira dah pun. Kalau teman serumahnya ada, memang ke biliklah tempat dia dan Yasmin akan berdua. Nak privacy katakan.
"I miss you, sayang." Muaz memeluk Yasmin dari belakang. Dia mencium lembut leher Yasmin membuatkan gadis itu terlentok sedikit. Yasmin tersenyum. Memang itulah yang dia idamkan. Sentuhan dari buah hati yang disayang.
Dia berpaling menghadap Muaz. Mengucup lembut bibir Muaz. Yasmin tahu ke mana kesudahannya nanti. Dalam pesanan ringkas mereka tadi Muaz sudah pun memberikan bayangan tentang apa yang dia inginkan. Usikan-usikan nakal yang diberikan sudah cukup untuk membuatkan Yasmin faham.
"B, kalau I mengandung You akan tinggalkan wife you?"
Laju saja Muaz mengangguk. "I dah lama tak sentuh dia. Buang tenaga I saja sebab dia tak mampu pun bagi apa yang I nak. Kawan-kawan I tak habis-habis mengata I yang tak mampu buntingkan isteri padahal isteri I yang mandul."
"You nak apa?"
"You pun tahu apa yang I nak. Tapi kalau nak pastikan I dapat apa yang I nak, kita kena kerja keras sikit." bisik Muaz sambil tangannya merayap meraba pinggul Yasmin.
"Kerja keras?" Yasmin pura-pura tak faham. Dia sengaja menanti tindakan Muaz yang selanjutnya. Ah, Muaz memang mahukan dia! Buktinya Muaz dah lama tak menyentuh isterinya. Ini bermakna Muaz hanya mahukan dia! Ya, hanya dia.
Muaz meneruskan apa yang patut manakala Yasmin hanya merelakan. Segala bebenang yang menutupi tubuhnya dilepaskan dan dicampak ke lantai. Ya, teruskan Muaz! Dia sanggup. Demi cintanya yang menggunung, biarlah dia bergelumang dosa. Biarlah benih Muaz mengalir ke dalam tubuhnya lalu bercambah dan membesar sebagai bukti kasih dan sayangnya. Bersama dia Muaz akan mencapai apa yang diinginkan.
Tangisan si kecil Ayeesha mengembalikan Yasmin ke alam nyata. Segera dia mendapatkan anaknya. Hasil cintanya dengan Muaz. Ternyata dia mencapai apa yang dia idamkan tapi sayang tidak segalanya indah seperti yang disangka. Syurga yang dimiliki bagaikan semakin turun tingkatnya. Layanan Muaz sedikit berubah. Tiada lagi tingkah romantik yang penuh kejutan malah ada ketikanya Muaz benar-benar menguji tahap kesabarannya.
Apa yang menyebabkan lelaki seperti Muaz berubah? Dia sendiri pun tak tahu. Adakah ini karma untuknya kerana dengan sengaja hadir dalam hidup Muaz dan menjadi punca keruntuhan singgahsana Muaz dan isterinya satu ketika dahulu? Oh tidak! Muaz juga yang memilihnya. Dia tidak pernah memaksa Muaz untuk menerimanya. Dia juga tidak pernah cuba untuk mempengaruhi setiap keputusan yang Muaz ambil. Muaz yang memilih dia kerana dia yang berjaya membawa benih Muaz. Dia yang merealisasikan impian Muaz. Yasmin Yakin perubahan ini hanya sementara. Muaz akan kembali seperti sebelumnya. Ya, dia yakin. Muaz akan berubah kembali seperti dahulu.
Share this novel