Bab 41

Romance Series 103383

"You memang tak tahu diuntung eh? Dah kenapa you memandai pergi jumpa Ammara? You nak jadi hero? Eh, tak boleh ke kalau you tak payah masuk campur dalam urusan I?"

Herdik Muaz. Marah benar dia mendengarkan pengakuan Yasmin. Beraninya Yasmin mengaku dia berjumpa Ammara untuk memberikan amaran tentang rancangan yang sudah dirangka khas oleh dia dan Puan Maria. Kalaulah Yasmin tak menyibuk, mesti Ammara dah setuju untuk membawa anaknya bertemu dengan Puan Maria.

"Habis tu you nak I buat bodoh? Buat-buat tak tahu yang suami I sekarang ni tengah pasang plan nak balik semula dengan janda dia? Macam tu?"

"Bukan urusan you!"

"Apa pula bukan urusan I? You tu masih lagi suami I. Kalau you tergilakan janda you, dah tentu ini urusan I."

"You memang tak guna, Yasmin!"

"You lagilah tak guna! Kalau dulu you boleh tinggalkan Ammara mentah-mentah tapi dengan I jangan harap! You tak akan tinggalkan I melainkan I yang tinggalkan you. Biar you tahu macam mana rasanya dibuang."

"I bukan jenis manusia yang akan ditinggalkan. You memang nekad, eh? You tahu kuasa talak ada pada I, kan?"

"You nak ceraikan I? Go ahead, Muaz. Lepas tu barulah I tak akan kecoh masuk campur urusan you. Tapi you kena ingat yang you pun langsung tak boleh nak masuk campur urusan I termasuklah urusan Ayeesha. You nak kejarkan sangat anak you dengan Ammara, kan? So, pergilah. I tak kisah. Selama I dengan Ayeesha ada depan mata you pun tak pernah sekali you anggap kami ada. Orang macam you memang tak pandai nak hargai orang lain, kan?"

"You ugut I?"

"Terserah!" balas Yasmin seraya berpaling membelakangi Muaz. Tiba-tiba tubuhnya terdorong jatuh ke lantai apabila Muaz menerkam ke arahnya. Dengan penuh serakah Muaz membuka bajunya lalu mendedahkan tubuh Yasmin.

Yasmin meronta. Bingung dengan apa yang berlaku. Dia merintih kesakitan apabila ditindih begitu. Sudahlah terjatuh, ditindih pula dengan beban badan Muaz.

Muaz segera membalikkan tubuh Yasmin. Mata mereka bertentangan dan dia tersenyum sinis. Tangannya menggenggam teguh pergelangan tangan Yasmin menyebabkan dia terkunci di situ.

"Aku tak akan lepaskan kau dengan mudah. Tapi aku akan pastikan kau rasa terhina. Tadi bukan main lagi kau mengata aku." bisik Muaz.

"Lepaslah, bodoh!"

"Aku dah kata yang aku tak akan lepaskan kau!" Balas Muaz lalu menjilat bahagian tubuh Yasmin yang terdedah.

"Kau layak diperlakukan seperti bohsia sebab itulah watak yang paling sesuai untuk kau." ujar Muaz sambil tertawa. Semakin kuat Yasmin meronta semakin lebar senyum jahatnya.

"Lepaskan aku! Aku tak nak semua ni. Aku jijik dengan kau! Jangan sentuh aku!" Yasmin meraung.

"Kau nak buat report polis? Nak cakap apa? Suami kau rogol kau? Eh, bodoh! Aku ni suami. Aku ada hak buat kau macam ni."

Muaz meneruskan aktivitinya. Tangannya segera melonggarkan seluar yang dipakai Yasmin. Dah gila agaknya si Muaz. Hanya sedikit masa yang diambilnya untuk memastikan tubuh Yasmin tidak lagi dilindungi walau sehelai benang. Muaz tertawa puas apatah lagi melihat wajah Yasmin yang kebingungan. Dia cuba menjauh.

"Sini kau!" Jerkah Muaz lalu menarik kaki Yasmin seraya mengheretnya mendekat.

"Kau layak diperlakukan macam ni!" Berulang kali Muaz mengulangi ayat yang sama. Yasmin cuba membalas namun tak semena-mena wajahnya menerima satu tamparan yang membuatkan dia berpinar seketika. Yasmin terbaring lesu sambil cuba untuk mengembalikan kesedaran mindanya. Menghadam apa yang sedang berlaku.

Rasa sakit di celah kaki membuatkan dia kembali sedar. Ya, sakit! Yasmin menjerit. Diperlakukan secara paksa jauh bezanya daripada yang rela. Pedih yang dia rasakan tidak dihiraukan. Dia cuba untuk menolak tubuh Muaz yang sedang menggila sendiri. Namun Muaz semakin asyik menyakiti Yasmin. Setiap tolakan ditepis kasar. Sesekali wajahnya ditampar. Dadanya direntap sesuka hati. Yasmin semakin kehabisan tenaga namun Muaz semakin rancak.

"Tak sedap ke sayang?" Soal Muaz sambil tertawa. Dia mencapai telefon bimbitnya lalu merakam tubuh Yasmin yang sedang terdedah. Tujuannya hanyalah satu iaitu untuk menyedarkan Yasmin bahawa itulah selayaknya layanan yang dia dapat. Yasmin selayaknya dihina seperti itu. Sedaya upaya Yasmin cuba untuk merampas telefon bimbit itu. Usahanya sia-sia apabila sekali lagi dia dihadiahkan dengan tamparan yang bertalu. Yasmin menangis.

Selesai semua Muaz segera bangun dan memandang sekilas ke arah Yasmin yang mengerekot kesakitan. Tangannya memegang pada bahagian perut yang berparut akibat pembedahan sewaktu melahirkan Ayeesha. Wajahnya pula sedikit bengkak akibat tamparan yang dihadiahkan oleh Muaz. Rambut Yasmin kusut-masai.

"Ini baru sikit yang I buat. Kalau you berani hina I lagi, I akan pastikan video bogel you tersebar. I tak kisah kalau orang lain tengok you bogel. Biar you tahu malu dan tak keluar merata dah. Sibuk sangat nak jumpa orang. Bagi warning bagai. Huh!" ujar Muaz seraya menyarungkan semula tubuhnya dengan pakaian.

"Ahh..panas!" rungutnya sendiri dan berlalu pergi meninggalkan Yasmin begitu saja.

Yasmin menangis semahu-mahunya. Ya Allah, apa yang berlaku? Apa yang sedang dia hadapi?

Kalau beginilah nasib diri, lebih baik dia memilih untuk benar-benar pergi. Muaz sudah berubah menjadi binatang! Ayeesha pun tak akan selamat dengan Muaz kalau begini perangai Muaz. Perangai lelaki itu tak ubah seperti syaitan.

Yasmin perlahan bangun. Mengutip baju yang bersepah. Memandang pada koyakkan yang terdapat pada bajunya. Ya, dia harus pergi. Inilah petanda yang seharusnya dia akur. Tak ada gunanya untuk terus bertahan. Rumah tangga ini ibarat salah satu pintu neraka duniawi. Dia harus keluar.

Tiada apa yang menunggunya di situ. Tiada bahagia, tiada juga cinta. Hanya yang ada syaitan bernama Muaz.

Dia nekad. Dia harus pergi sebelum dia mati di tangan Muaz. Sudah tentu lelaki itu tidak akan teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang jauh lebih buruk dari apa yang baru terjadi tadi. Nyawanya tiada makna bagi Muaz. Jika nyawa menjadi taruhan, tidak mungkin dia akan terus bertahan. Mencuba pun dia tidak sanggup.

Ingatkan dah publish rupanya save draft je...tak perasan pulaa

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience