"Ammara, tadi tu kali kedua saya nampak Ammara macam terkejut bila terserempak dengan lelaki yang sama. Ammara kenal dia ke?"
Perlahan saja suara Luth bertanya. Tidak mahu Lisa di belakang turut mendengar soalannya. Tambahan lagi baru 10 minit berangkat Lisa sudah dilanda rasa mengantuk yang amat. Barangkali kepenatan atau tidak cukup tidur di kolej memandangkan ada tugasan yang perlu disiapkan sebelum tarikh akhir.
"Lelaki? Lelaki mana?" Ammara cuba berdalih. Berpura-pura tidak tahu siapa yang Luth maksudkan.
"Lelaki yang kita jumpa di hospital dulu. Tu for the first time and tadi pula dah second time saya tengok awak macam lari dari sesuatu bila terpandang orang yang sama. Kenapa? Dia ada kacau awak ke?"
Ammara sekadar menggelengkan kepalanya.
"Dah tu? Kenapa macam tak selesa?"
"Tak ada apa-apalah, Luth."
"Jangan simpan semua benda seorang diri, Ammara. Saya boleh jadi pendengar yang baik malah ada waktu saya boleh jadi penasihat yang baik."
"Saya tak simpan apa-apa."
"Ya? Hmm, entahlah. Saya rasa macam ada sesuatu di antara awak dengan lelaki tadi tu. Tak apa, nanti saya tanya direct dekat dia."
"Luth, tak payah!"
Luth terkejut apabila Ammara meninggikan sedikit suaranya. Sah ada sesuatu yang berlaku. Luth semakin yakin bahawa Ammara mengenali lelaki itu.
"Tapi saya pula yang rasa tak tenang bila awak macam ni. Awak tahu tak? Tadi tu reaksi awak dah macam orang tengok hantu. Awak sedar tak yang reaksi awak agak berlebihan? Mananya saya tak risau. Nanti bila saya dah balik Sarawak, mesti tak tenang dibuatnya. Macam mana kalau betul lelaki tu ada ganggu awak? Saya pula jauh dekat sana. Macam mana saya nak tolong?"
"Saya boleh jaga diri sendiri."
"Ammara, awak tu perempuan. Duduk seorang diri pula tu dekat rumah. Apa-apa jadi awak tak risau ke? Bayangkan kalau lelaki tu datang ke rumah. Dia kacau awak ke, kacau Hud ke...apa awak nak buat?"
"Dia tak akan berani datang."
"So, betullah awak memang kenal dia?"
Ammara diam. Terjerat dengan soalan Luth. Akhir-akhir ini hidupnya memang tidak tenang sejak Muaz menyatakan hasrat untuk memiliki Hud. Dia sentiasa ketakutan. Risau kalau-kalau Muaz muncul semula dan merampas Hud dari tangannya. Macam mana kalau benar apa yang Luth katakan? Macam mana kalau betul satu masa nanti Muaz tahu di mana tempat tinggal mereka berdua? Dah tentu Muaz akan datang tanpa perlu diundang. Memikirkan situasi itu saja sudah cukup membuatkan Ammara menggigil ketakutan.
"Ammara, awak okay tak ni?" Luth mengembalikan Ammara ke dunia nyata. Ammara sedikit tersentak. Tanpa sedar matanya sudah pun berkaca.
"Kenapa ni? Cuba cakap betul-betul. Siapa lelaki tu? Apa kaitan awak dengan dia? Sekarang ni awak tak boleh nak menipu dah. Saya nampak dengan jelas yang awak ketakutan sekarang. Apa sebenarnya yang berlaku?" Kali ini suara Luth lebih lembut. Terkandung kerisauan lebih-lebih lagi melihat mata Ammara yang berkaca.
"Janganlah tanya. Saya tak sedia nak kongsi masalah saya."
"Ammara, jangan macam ni. Kenapa awak nak telan semua perit seorang diri sedangkan saya ada?"
"Stop it, Luth. Kalau awak tanya lagi, saya tak nak bercakap dengan awak langsung lepas ni."
Luth melepaskan satu keluhan berat. Dia dapat mengesan sesuatu namun dia tidak tahu apakah sesuatu itu. Keadaan sunyi tanpa sebarang perbualan sehinggalah mereka tiba di rumah Ammara. Tanpa mengucapkan sepatah kata, Ammara turun dari kereta. Hanya matanya menatap Luth sejenak sebelum dia menutup pintu kereta dan masuk ke dalam rumah.
Luth diselebungi persoalan. Sepanjang perjalanannya pulang ke rumah, dia asyik memikirkan tentang Ammara dan lelaki itu. Beberapa kali dia cuba untuk membuat kesimpulan namun tak pula tersimpul rapi. Segalanya semakin kusut. Sedar tak sedar dia sudah pun tiba di rumahnya sendiri. Lisa menggosok matanya yang agak degil untuk dibuka. Terpisat-pisat gadis itu. Perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam rumah.
"Eh, bang. Tak sangka kita jumpa lagi." Tiba-tiba satu suara menegurnya dari belakang. Ah, jackpot!
"Ah, tinggal sini juga ke?" Luth berpaling dan menghulurkan salam kepada Muaz.
"A'ah, baru lagi. Adalah dalam setahun macam tu. Kenapa sebelum ni macam tak pernah nampak pun?"
"Oh, jarang-jarang ada di rumah. Maklumlah tuntutan kerja. Hmm, siapa nama? Haritu tak sempat pula berkenalan." sengaja Luth bertanyakan nama.
"Betul juga. Saya Muaz. Abang nama apa?"
"Luth Anaqi tapi boleh panggil Luth saja."
"Bang, nak tanya... Tadi saya nampak ada seseorang yang macam saya kenal naik kereta abang."
"Seseorang? Siapa tu?" Luth tidak terus menjawab.
"Ammara..."
"Laaa, kenal Ammara ke? Macam mana boleh kenal?" Nada suara Luth berubah lebih mesra. Seolah-olah teruja apabila Muaz mengakui dia mengenali Ammara.
"Macam mana abang boleh kenal dia? Apa hubungan abang dengan dia?"
"Uish, lain macam soalan kamu ni. Kenapa? Apa kaitan dengan kamu?" Sekali lagi Luth cuba memancing jawapan.
"Saja nak tahu."
"Hmm, lain macam. Jarang-jarang kaum lelaki nak ambil tahu hal orang macam ni." Balas Luth disulami tawa yang dibuat-buat. Haih, Ammara berahsia dengannya tak kan Muaz pun nak berahsia juga? Nampak jelas Muaz sedikit berdalih setiap kali dia bertanya. Sesuatu sangat!
"Tak apalah. Saya balik dulu bang. Risau orang rumah panggil." Ujar Muaz lalu mengundur diri. Dalam diam hatinya sedikit geram. Bukan main lama dia menunggu Luth kembali, alih-alih persoalan tentang hubungan Luth dan Ammara masih lagi samar. Tiada jawapannya.
Tapi kalau dah sampai tahap Ammara berkunjung ke rumah, besar kemungkinan ada sesuatu yang berlaku di antara mereka berdua. Muaz mengetap bibirnya. Entah mengapa hatinya sedikit terbakar. Api cemburu dirasakan hadir saat dia memikirkan tentang hubungan Ammara dan Luth.
Ah, persetankan semua! Dah kenapa dia cemburu? Bukankah mereka sudah lama berpisah? Dia juga yang memilih untuk meninggalkan Ammara lalu kenapa dia juga yang terasa sakit saat memikirkan kemungkinan hubungan Ammara dengan Luth? Apa yang menyesakkan jiwanya?
Muaz memandang kelibat Yasmin yang berlalu ke ruangan dapur. Segera dia membontoti langkah isterinya itu. Dia sedar tak seharusnya dia membiarkan api cemburu semakin marak. Dia harus memadamkannya segera jika tidak mahu dia terus terbakar!
"Ayeesha mana?"
"Tidur dah. Kenapa?" Yasmin memandang Muaz sebentar sebelum meneruskan kerjanya membersihkan botol susu Ayeesha.
"Layan I." Balas Muaz lalu segera menerkam Yasmin. Dia memeluk Yasmin erat. Mencium leher Yasmin dengan sepenuh hati. Tangannya pula menjalar ke sana dan ke mari.
"Sabarlah! Tengah ada kerja ni." Yasmin cuba menepis. Terkejut apabila dia diterkam sebegitu rupa.
"I tak kisah. You kena layan I sekarang juga!" Muaz merentap baju yang menutupi tubuh Yasmin. Butang baju mula meluruh mendedahkan sebahagian besar tubuh Yasmin.
"Sakitlah!" rintih Yasmin apabila bajunya direntap begitu.
Muaz langsung tak peduli. Yasmin sakit? Ya, dia juga tengah sakit sekarang ni! Sakit hati. Muaz menolak Yasmin ke meja makan dan tanpa menghiraukan air sinki yang masih mengalir, dia meneruskan keinginannya sehinggalah dia benar-benar puas. Sebaik saja mencapai kepuasan yang dicari, dia terus berlalu meninggalkan Yasmin sendiri di dapur. Seolah-olah tiada apa yang berlaku sebentar tadi. Mujurlah tiada lagi api cemburu yang dirasakannya kerana sejujurnya dia membayangkan bahawa dia sedang berhubungan dengan Ammara dan bukannya Yasmin.
Yasmin terduduk sendiri. Selalu sangat begini! Jarang benar Muaz melayannya elok setiap kali mereka bersama. Yasmin merasakan bahawa dia cumalah alat pemuas nafsu. Tiada langsung kasih sayang dalam setiap sentuhan itu. Hanya nafsu yang menguasai. Bukan ini yang dia cari. Yasmin merindui sentuhan lelaki romantis yang pernah mencuri hatinya sebelum ini. Di manakah hilangnya Muaz yang dulu? Yasmin rindu!
Share this novel
nak lagi