"Ammara!" Muaz tiba-tiba muncul dari belakang dan mencapai lengan Ammara.
"Ish, kau dah kenapa? Dah gila ke?" Ammara menepis segera. Naya kalau mak mertuanya melihat. Nasib baik mak mertuanya sudah masuk ke dalam bersama Hud.
"Ya, gila sebab perangai awak!"
"Kau nak apa?"
"Ammara, saya tahu awak sengaja kahwin sebab nak mengelak dari saya, kan?"
"Kalau dah tahu kenapa masih nak mengganggu?"
"Saya tak akan berhenti, Ammara. Awak tetap akan bersama saya kelak."
"Kau dah tak betul ni, Muaz. Aku ni perempuan, bukannya lelaki yang boleh kahwin lebih dari satu. Selagi mana aku ada suami, selagi tu kau tak boleh dapatkan aku dah. Cerita kita dah berakhir."
"Saya akan terus berusaha, Ammara. Saya akan pastikan awak kembali ke pangkuan saya. Awak dan anak kita. Kita akan jadi satu keluarga seperti yang pernah kita impikan dulu."
"Impian yang kau sendiri musnahkan, betul tak?"
"Ya, saya mengaku saya punca kepada kejatuhan rumah tangga kita dan atas sebab tu saya akan terus berusaha untuk membinanya semula."
"Kau sepatutnya berhenti, Muaz. Tak payah buang masa kau. Kita teruskan saja hidup kita."
"No, saya tak boleh hidup tanpa awak."
"Eh, sebelum ni aku tengok elok saja kau hidup tanpa aku. Tak ada pula kau terputus nafas tengah-tengah jalan ke apa. Hmm, kau baliklah, Muaz. Kang keluar pula mak mertua aku tu. Pergilah balik. Tak payah tambah beban masalah aku. Sekarang ni kau balik dan tenung muka anak bini kau yang ada dekat rumah tu. Haa, itulah orang yang kau nak kan sangat dulu. Orang yang kau beria-ria sangat sampaikan aku terbuang."
Muaz melepaskan satu keluhan. Keras betul hati Ammara sekarang. Langsung tidak sama dengan Ammara yang pernah dia kenal. Diakah punca semua perubahan itu?
"Ammara, kenapa kita jadi macam ni? Dulu kita saling sayang..."
Ammara tersenyum sinis. Bodoh punya soalan. Dah tahu bertanya pula?
"Serius kau tanya aku kenapa kita jadi macam ni? Kau hilang ingatan ke?"
"Saya ingatkan awak akan gembira bila saya ajak untuk bersama semula. Bukankah awak sayangkan hubungan kita?"
"Dulu memang ya, aku sayangkan hubungan kita. Bercinta bertahun-tahun, jadi suami isteri baru tiga tahun. Kalau ditambah tolak tu dalam berbelas tahun juga hubungan kita. Tapi semua tu berakhir saat anak aku lahir. Sah cerai, aku terlepas dan waktu tu dah terlambat untuk kau berpatah semula. Mungkin aku masih setuju untuk bersama kalau kau datang sewaktu aku masih mengandung, tapi sayang kau datang bukan pada waktu yang tepat dah. Kau dah terlambat. Sangat lambat!"
"Bagilah saya peluang. Saya rasa bersalah sangat, Ammara. Lagi-lagi bila tengok awak yang sekarang ni. Bukan saja keadaan kita yang berubah, malah diri awak pun dah berubah. Dulu, awak lemah-lembut orangnya. Tak pernah kasar, tak pernah keras kepala. This is not you! Awak bukan macam ni. Saya kenal awak."
"Then I guess this is a new me."
"I miss the old you. Your smiled, your laughed, the way you looked at me... I miss those, Ammara."
"No, semua tu dah tak ada untuk kau. Dah lah, pergi balik. Aku nak masuk." ujar Ammara lalu segera menapak masuk ke dalam rumah. Muaz tidak sempat mencapai tangan Ammara untuk menghalang wanita itu pergi meninggalkan dia sendiri di luar rumah. Ammara menghilang di sebalik pintu tanpa menoleh lagi ke arahnya. Tiada apa lagi yang boleh Muaz lakukan buat masa sekarang. Dia akhirnya turut menapak pergi. Kembali ke rumah yang dirasakan tiada sinar kebahagiaan kerana bahagianya adalah Ammara. Semuanya kembali semula kepada Ammara. Ah, sakitnya jika terus begini.
"Apa tujuan you ke sana?" Tiba-tiba Yasmin muncul dengan wajah yang masam mencuka. Ah, mahunya tidak! Dari tadi dia memerhati tingkah suaminya. Sakit pula rasa hati melihat suaminya sengaja pergi berjumpa dengan Ammara.
"Tak ada kaitan dengan you."
"Hei, mana boleh tak ada kaitan. You tu suami I. Itu yang mengaitkan I dengan apa yang you buat tadi tu."
"I cuma bercakap dengan dia. Itu pun salah ke?"
"Sebab tu I tanya apa tujuan you berjumpa dengan dia. Barulah I boleh tahu salah ke tak apa yang you buat."
"You tak payah nak kawal hidup I sangat boleh tak?"
"I bukan nak kawal you. I cuma nak jaga laki I."
"Ah, diamlah! Tak payah nak sibuk jaga I sangat. Tahulah I jaga diri."
"Muaz, dulu pun dia jaga you elok tapi you pergi juga pada I. So, untuk memastikan you tak balik semula pada dia, I kena jaga you extra."
"Oh, habis dulu tu I yang terhegeh-hegeh nak kan you? You sendiri macam mana? You pun melayan, kan? You pun angaukan I, kan? Tak ada bezanya pun!"
"Ya, tak ada beza! Both of us memang sama-sama nak tapi itu dulu... Sekarang lain, Muaz! I boleh rasa yang you lain. I rasa I seorang saja yang still nak kan you. I rasa jauh dari you, Muaz."
"Ya, memang! I nak kan Ammara dan anak I. So boleh tak you stop asking about this?"
Padu tamparan yang dihadiahkan oleh Yasmin di pipi Muaz. Kurang asam punya jantan!
"You jangan nak macam-macam dengan I. Sibuk sangat dengan anak you dengan Ammara sampaikan anak you yang depan mata boleh pula you buat-buat tak nampak! Hey, you dengar sini elok-elok. I akan buat apa saja untuk anak I. You tak boleh abaikan dia atau pun I. You tak akan boleh tinggalkan kami berdua sama macam you tinggalkan Ammara dulu. Kalau you buat juga, I akan pastikan you menyesal!" Yasmin menyinga.
"You pasti nak tinggalkan I dengan Ayeesha? Lebih baik you fikir masak-masak sebab sebelum you yang pergi, I akan pastikan I dengan Ayeesha yang akan tinggalkan you terlebih dahulu. Kalau you nekad nak buat macam-macam anggap saja you dah hilang I dan Ayeesha. I tak akan ditinggalkan, Muaz. Tapi I yang akan meninggalkan you. Biar you tahu macam mana rasa kena tinggal."
Terkejut Muaz menerima tamparan yang disertakan dengan ugutan dari Yasmin. Eh, dah kenapa semua perempuan yang dia kenal naik gila semua ni? Ammara pun sama gila, kali ni Yasmin pun turut serta. Semua pakat nak menggila. Serabut betul!
"Habis tu apa yang you nak?!"
"Dah jelas apa yang I nak, kan? Fokus pada keluarga kita! Berhenti kejar Ammara. Dia dah berkahwin dah pun yang you masih nak sibuk tentang dia dah kenapa? Berani eh you mengaku yang you nak kan Ammara dengan anak you tu? Hey, I bukan patung yang akan berdiam diri. I bukan Ammara yang redha dengan setiap perbuatan you. I tak sebaik Ammara dan itulah yang akan buat you menyesal kalau you buat benda yang sama."
"I tak boleh nak menipu diri I sendiri Yasmin. I rindukan dia. I tak boleh nak terus macam ni." Ikhlas Muaz menyatakan rindu. Sayu suaranya melafazkan kerinduan yang menggunung namun silapnya bukan di hadapan orang yang betul. Berdesing telinga Yasmin mendengar kata-kata rindu yang diluahkan oleh suaminya itu terhadap bekas isteri.
"Lupakan dia dan fokus pada kita! Tak faham lagi ke? Tak payah nak jadi bodoh sangat pergi jilat ludah sendiri. You memang tak belajar apa-apa dari kesilapan yang lepas eh? You tinggalkan Ammara demi I dan sekarang you nak tinggalkan I demi Ammara? Tak ke kurang asam namanya tu? Jangan sampai nanti you pun angaukan I bila I dah tak ada depan mata sama macam you tengah angaukan Ammara sekarang padahal dulu you juga yang nekad buang dia. Bila orang dah move on, tak boleh pula nak terima. Depan mata tak dihargai, bila dah jauh baru tahu nilai seseorang. Tak boleh nak fikir macam mana otak you berfungsi."
"You hinalah I , you marahlah I sepuas hati you. I tahu apa yang I nak."
"Huh, tahulah sangat! Yalah tu, you memang tahu apa yang you nak cuma you tak tahu apa yang you nak tu cuma untuk tempoh jangka pendek. You tak boleh nak fikir untuk masa akan datang. Hah, itulah kelemahan you." Yasmin meneruskan bebelannya.
"Boleh tak you bagi masa untuk I bertenang sekarang ni? Tak payah nak serang terus-menerus macam dah tak ada hari esok."
Yasmin mendengus kasar sebelum meninggalkan Muaz. Awas ya, Muaz. Perang baru saja bermula.
Share this novel