Bab 36

Romance Series 103383

"Sebelum ni saya dah cakap dah tok sah balik sana. Tempat seorang isteri tu kan di sisi suami." ujar Luth. Sengaja dia bertanya khabar. Tentang Ammara, tentang Hud dan juga tentang Muaz. Masih mengganggukah dia?

"Habis tu? Awak nak saya duduk sana? Tak payah balik sini dah? Tak kanlah sampai macam tu sekali."

"Kalau tak nak, awak kena hadap Muaz. Dia cuma nak jumpa Hud. Kita cuba selesaikan perkara ni elok-elok di luar mahkamah. Benda kalau boleh dipermudahkan, tak payahlah kita persulitkan."

"Eh, sesedap mulut awak nak bagi dia jumpa Hud, kan? Awak tahu tak waktu awal-awal saya beritahu dia yang saya mengandung, dia terus lari. Dia tinggalkan saya macam sampah. Dia yang memilih untuk yatimkan Hud sejak dari awal! Padahal waktu tu saya maish lagi bergelar isteri dia yang sah tapi dah kenapa saya pula yang ditinggalkan gara-gara mengandungkan anak dia?"

"Ammara, saya tahu awak sakit dengan apa yang dah dia buat. Saya tahu dan saya faham segala keperitan yang awak alami selepas apa yang Muaz buat tapi keadaan dah tak sama sekarang ni. Awak ada saya."

"Awak tak faham! Kalau awak faham, awak tak kan paksa saya untuk setuju bagi dia jumpa Hud."

"Sampai bila awak nak biarkan masalah ni berlarutan?"

"Sampai bila-bila. Sampai saya mati. Sampai kiamat!"

"Ammara, saya tahu awak benci. Tapi nak tak nak awak kena hadap benda ni. Awak tak boleh terus lari dari masalah macam ni."

"Saya tak nak, Luth! Saya benci sangat. Saya tak boleh nak explain seberapa besar bencinya saya pada dia. Tak terhitung dengan kata-kata."

Kedengaran suara Luth mengeluh di sebelah sana.

"Ammara, kenapa awak langsung tak boleh move on walaupun selepas dah ada saya? Awak still ada secebis sayang pada dia ke? Sebab tu awak sakit hati sangat? Awak still kecewa?"

"Merepek apa awak ni, Luth? Saya baru cakap saya benci dia, kan?"

"Jangan-jangan perasaan sayang tu yang buatkan rasa benci semakin membuak dalam diri awak."

"Awak berlagak tahu, kan? Berlagak pandai! Awak bomoh ke boleh tahu hati orang ni macam mana? Boleh baca ke?" Ammara memerli Luth. Makin benci rasanya bila Luth sesuka hati menuduh dia masih sayang pada lelaki yang telah menghancurkan hidupnya.

"Awak langsung tak boleh nak buang walau sedikit pun rasa sakit hati tu ke?"

"Memanglah! Dia kejam!"

"Kata orang jika hari ini awak membenci seseorang sepenuh mati, maknanya awak juga pernah mencintainya sepenuh mati suatu ketika dahulu. Cemburunya saya."

"Cemburu dah kenapa pula?"

"Saya tak dapat semua tu."

"Luth, boleh tak awak jangan sibuk nak tangkap leleh time macam ni? Saya tengah serius ni. Bukannya main-main."

"Habis tu? Awak tengok saya ada macam orang tengah main ke?"

Ammara diam. Ah, tak guna juga rupanya bercakap dengan Luth. Kalau tak boleh nak tolong selesaikan, sekadar jadi pendengar pun dah cukup elok dah.

"Dah lah, Luth. Makin serabut pula kepala otak saya ni. Ingatkan bercakap dengan awak bolehlah ringankan sikit beban dalam kepala ni. Assalammualaikum."

Tanpa sempat Luth membalas di hujung sana, Ammara lebih dahulu mematikan panggilan telefon yang menghubungkan mereka sebentar tadi. Entah kenapa hatinya bagaikan meletuskan lahar panas yang menyebabkan dia terasa bahang. Semudah itu dia melampiaskan rasa marah yang menguasai diri. Tak pasal-pasal Luth terkena limpahan lahar panas itu.

Ammara menghempaskan tubuh di atas katil. Dia cuba menenangkan diri. Bagaikan terkena satu tamparan menyebabkan dia sedar bahawa tindakannya sebentar tadi agak melampau. Terbayang pula wajah Luth yang tanpa salah sedang tersenyum manis memandangnya. Lelaki itu...terlalu baik! Kenapa lelaki sebaik itu boleh menjadi suaminya? Mereka tak sepadan!

"Oit, maaf Hawa terlambat." Ujar Hawa sambil melabuhkan punggungnya di kerusi berdepan dengan Luth.

"Oh, tak apa."

"Kenapa lain macam ni? Muka tu macam bunga layu." Hawa menegur wajah Luth yang ternyata agak suram dan kelat.

"Tak ada apa-apa, Hawa. Ni...Angela dengan Mirul tak datang sekali ke?" Mata Luth melilau mencari dua lagi rakan sekerja barunya itu. Kedua-dua mereka baru masuk bekerja tiga minggu yang lalu. Ada juga akhirnya cikgu baru yang akan membantu dia dan Hawa menguruskan kelab kebudayaan di bawah seliaan mereka berdua.

"Angela tak sihat. Mirul lambat sikit. Kita proceed dulu ke atau tunggu Mirul?"

"Tunggu Mirul sekali. Nanti tak payah nak ulang banyak kali."

Hawa sekadar mengangguk sambil memandang Luth. Aduh, lambat pula Mirul ni. Kelab mereka akan menganjurkan pertandingan bakat dalam masa terdekat ni. Mahu tak mahu mereka akan kerap berjumpa kerana pertandingan ini julung kali diadakan.

"Luth, dah kenapa ni? Tak bestlah tengok muka monyok macam tu. Tak selesa pula bila duduk dengan Luth macam ni dengan muka yang macam tu. Nanti orang ingat Hawa buli Luth pula." ujar Hawa sambil menunjuk ke arah wajah Luth.

Luth diam sejenak. Serba-salah. Tak diluah hatinya menanggung rasa. Tapi kalau nak meluah ibarat membuka pekung di dada.

"Nampak sangat ke?" tanya Luth.

"Aah, nampak sangat muka tu macam ayam berak kapur."

Luth melepaskan keluhan. Siapa juga yang tak masam muka kalau kena marah dengan isteri, kan? Sampai hati Ammara kata Luth dah tambah serabutkan kepala otaknya. Tak membantu langsung.

"Kenapa ni? Cuba share. Manalah tahu kalau-kalau Hawa boleh tolong sedikit sebanyak."

"Thanks Hawa tapi rasanya susah sikit masalah Luth kali ni."

"Biar Hawa teka! Mesti masalah Luth ni berkait dengan hati dan perasaan? Betul tak?"

"Ish, dah macam ahli nujum. Teka je terus betul."

Hawa tersenyum. Bangga apabila dia betul. Alah, bukannya susah untuk dia meneka. Sebelum ini Hawa tak pernah nampak Luth begitu ketara hilang mood namun sejak statusnya bertukar, perangai Luth turut bertukar sama.

"Oh well, Hawa kenal Luth. Sebelum ni Luth tak pernah macam ni. Sejak dah ada pasangan, baru nampak Luth macam normal sikit. Ada pelbagai perasaan juga ya seketul Luth Anaqi."

"Habis tu sebelum ni macam mana?"

"Tak pernah nak serius orangnya! Sentiasa nak main-main. Tersengih manjang."

"Ish, mana ada!"

"Eh Hawa yang tengok, Hawa tahulah!"

Luth sekadar tersenyum. Kalaulah Ammara mampu melihat dan memahami dia sama seperti Hawa alangkah bagus.

Hawa membalas senyuman Luth.

"Kalaulah kita yang bersatu..." hati Hawa berbisik sendiri.

Tak kan dia abaikan sekeping hati milik lelaki itu seandainya dia yang berada di tempat Ammara. Malah akan dia curahkan sepenuh cinta buat Luth. Sinar bahagia pula akan terus menyuluh di setiap langkah yang diambil. Hangatnya asrama cintanya akan terus menderu seiring dengan nafas yang dilepaskan.

Hawa hanyalah manusia biasa. Ada waktunya tertewas sendiri dengan perasaan. Ditambah lagi dengan campur tangan syaitan yang sering kali menguji keimanan. Iman yang tipis cuba bertahan. Ada tikanya dia hanyut terbuai sendiri. Ada tikanya pula dia menepis menentang sehabis mungkin. Entah apa kesudahan permainan hati yang sedang berlangsung buat seketul Hawa. Tak pernah sekali pun Hawa berhenti untuk meminta agar ukiran nama Luth terkikis sepenuhnya dari relung hati. Dia sedar lelaki itu mustahil untuk dimiliki. Dalam diam Hawa hairan sendiri, apa yang berlaku di antara Luth dan Ammara? Sering benar mood swing berlaku pada Luth. Apa mereka sentiasa bermasalah? Tapi tak mungkinlah! Itukan Luth Anaqi, lelaki yang paling sempurna. Ah, entahlah! Oh, itu pun Mirul dah sampai. Melambai-lambai sambil tersengih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience