"Awak ke mana, Ammara? Lama tak nampak. Risau saya dibuatnya." Tegur satu suara dari belakang. Ah, sudah. Niatnya ke sana untuk menjenguk mertuanya. Dah kenapa bekas suaminya menyibuk pula ni? Ish, tak boleh jadi kalau macam ni. Sama ada mak mertuanya berpindah rumah atau Muaz yang kena pindah keluar dari kawasan perumahan itu. Jarak rumah mereka terlalu dekat. Kalau macam ni gayanya maka akan selalulah dia terserempak dengan pemusnah kebahagiaannya itu.
Ammara mendiamkan diri sambil mencapai beberapa plastik yang terdapat barang-barang kiriman Luth di dalamnya khas buat Puan Noraini.
"Mari saya tolong bawakan barang-barang tu, Ammara. Boleh tahan banyak." Pelawa Muaz sambil cuba mencapai beberapa plastik dari tangan Ammara. Pantas saja Ammara menjelingnya tajam. Ternyata jelingan itu membuatkan Muaz membatalkan niatnya. Biarlah terkial-kial Ammara sendiri cuba menutup pintu kereta lalu tanpa izin Muaz sekali lagi cuba menghulurkan bantuan. Ah, naik menyampah pula Ammara dibuatnya.
"Tak payah nak berlagak baiklah, Muaz. Naik menyampah pula aku dibuatnya." ujar Ammara tanpa berselindung.
"Ammara, boleh tak awak pandang saya tanpa perlu adanya bayangan masa silam kita? Kalau saya boleh undurkan masa dan ulang semula apa yang dah berlaku, dah lama saya buat macam tu."
"Tak guna kau cakap macam tu sekarang ni, Muaz. Kau sendiri sedar yang masa tak mampu nak diundur dan kau tak mampu nak ulang semua yang dah berlaku. Dah tak ada apa yang kau boleh ubah."
"Saya tak matang waktu tu, Ammara. Saya yang sekarang tak sama dah dengan yang dulu."
"Oh, samalah. Aku pun bukan insan yang sama."
"Ammara, boleh tak berhenti keras hati macam ni? Tak payah nak keras kepala sangat boleh tak? Saya datang ni bukan nak cari gaduh. Saya minta awak beri ruang untuk kita berbaik dan mulakan semuanya sekali lagi."
"Hah, sebab tu lah aku tak nak bagi kita ruang untuk berbaik. Kau tak faham-faham ke yang aku tak nak mulakan semuanya sekali lagi dengan kau?"
"Tapi kenapa? Kita boleh jadi pasangan yang baik. Kita boleh jadi sebuah keluarga yang pernah kita impikan dulu."
"Kita masing-masing dah punya keluarga. Aku ada keluarga aku dan kau ada keluarga kau. Kalau kau nak berbaik dengan aku demi tanggungjawab kau ke atas anak kita, aku boleh pertimbangkan. Tapi kalau kau masih berkeras nak berbaik dengan aku atas keinginan kau untuk mewujudkan impian yang sekian lama terkubur tu,hah lebih baik kau lupakan niat kau tu. Aku tak kan pernah sudi."
"Eveyone deserve a second chances, right?"
"But not everyone deserve them."
"You'll never know it until you're willing to give it.'
"Sometimes giving someone a second chance is like giving them a extra bullet for their gun because they missed you the first time."
"No, Ammara. Saya tak kan buat macam tu."
"Aku seriklah, Muaz. Aku tak nak. Kau jangan nak paksa aku." Ammara segera berpaling dan melangkah laju ke dalam rumah.
Muaz melepaskan keluhan berat. Begitu payahnya dia untuk menambat kembali hati Ammara. Sangkanya Ammara terus bersetuju saat dia menyatakan hasrat untuk memperbaiki segalanya namun ternyata Ammara langsung tidak mengendahkan hasrat hatinya itu. Ammara jadi sekeras-keras manusia.
Muaz melangkah lemah. Menapak ke rumah yang sepatutnya menjadi syurga dunia untuk sebuah keluarga. Namun, melihat perkarangan rumahnya saja pun dia sudah terasa berat. Apatah lagi melihat jelingan tajam Yasmin yang sedang memerhati dari jendela rumahnya. Ah, bersedialah untuk menjawab!
"Muaz, apa you buat ke sana? Apa keperluan you asyik mengganggu isteri orang tu?" Serangan pertama dilancar segera.
"Kenapa you asyik sibuk nak tanya sedangkan you tahu tujuan I berjumpa dengan dia, kan? Sebelum ni kan I dah cakap yang I nak ajak dia berbincang pasal anak I."
"Anak? Ya ke disebabkan anak? Tapi kenapa I rasa macam you buat semua ni bukan untuk anak you?"
"Kalau bukan untuk anak I dah tu untuk siapa lagi?"
"Eh, dah gaharu cendana pula, dah tahu bertanya pula?"
"Tak payah nak berkias sangatlah, Yasmin. I penat! You tahu tak? Sampai sekarang I belum pernah sentuh lagi anak I tu. I tak pernah pun peluk dia lagi. Tak berkesempatan pun cium dia. You faham tak yang I rasa terbeban dengan semua ni? Kenapa you tak boleh nak faham? Susah sangat ke?"
"Tak payah nak berlagak macam you tu sosok ayah terbaik yang pernah wujud dalam dunia ni, Muaz! Sibuk nak cium peluk anak sebelah sana. Habis tu? Macam mana dengan anak you yang ada depan mata ni? Ada you cium peluk dia? Ada you main dengan dia? Mana you saat dia perlukan kasih sayang dari you? You lupa ke yang Ayeesha tu anak you juga?! Lama-lama I tak boleh tahan kalau terus macam ni, Muaz. I tak tahan setiap kali Ayeesha cuba tarik perhatian dari you dan you boleh buat endah tak endah gara-gara asyik fikirkan anak you dengan Ammara. Most of the time I rasa you sebenarnya bukan tengah kejarkan anak you tapi sebenarnya you tengah kemaruk dengan mak budak tu, kan?"
"You jangan nak tuduh I macam-macam, Yasmin."
"I bukan tuduh tapi I nampak dengan mata kepala I sendiri. I nampak dari tingkah laku you, Muaz. Perangai you seolah-olah macam orang gila bayang. I boleh nampak hausnya you dengan Ammara. I tak tipu, Muaz. I boleh nampak semua tu!"
"Ah, nonsense!"
"Muaz, you dengar sini. You dengar elok-elok. You boleh sakitkan hati I, hancurkan dunia I tapi sekali you dah sakitkan hati anak I, bersiap sedialah untuk kehilangan dia. I tak kan teragak-agak untuk bawa Ayeesha pergi dari hidup you."
"Hei, you dah kenapa? Ayeesha tu anak I. Sibuk nak ugut bawa pergi Ayeesha dari hidup I dah kenapa?"
"Oh well, manalah tahu kalau dengan cara tu boleh buatkan you datang kepada kami seperti mana you mendatangi Ammara dan anak dia. Why not I give a shoot?"
"You gila!"
"Gila disebabkan perangai you! Sekarang ni you langsung tak pandang I dan Ayeesha. Mata you asyik tertumpu kepada Ammara dan anak dia. I tak boleh bersabar dah dengan cara you ni. Kalau you still nak pertahankan keluarga kita ni, you kena bertindak sekarang dan perkara pertama yang I nak you buat ialah kita pindah dari sini."
"Dah kenapa nak pindah? Tak masuk akal! You ingat senang ke nak cari rumah lain? Mana I mampu nak beli rumah lain dah. Rumah ni pun belum lama I beli. Berpuluh tahun lagi nak kena bayar. You tak fikir ke mana I nak cekau duit?"
"You fikirlah sendiri. Selagi mana kita stay sini, selagi tu jugalah you sibuk mengendap Ammara setiap kali Ammara singgah ke sana. You ingat I tak tahu?"
"Berapa kali I nak cakap...I jumpa dia sebab nak berbincang. Kalau dia bagi kerjasama yang baik, I tak perlu dah mengintai mengendap bagai."
''Nope! I tetap tak boleh terima. I bukannya cemburu tapi hati ni rasa yang you sebenarnya lebih kuat untuk kembali bersama Ammara. Anak cumalah satu alasan untuk memperkukuhkan keinginan you tu tapi matlamat sebenar you adalah Ammara."
"Kenapa you tak henti-henti nak merapu macam ni?"
"Kalau I salah boleh tak you yakinkan I yang I betul-betul dah tersilap?"
"Nak yakinkan macam mana?"
Yasmin mengangkat bahunya. Eh , fikirlah sendiri. Otak yang dikurniakan tak berfungsi dah ke? Asyik nak bertanya. Tak reti nak fikir? Selamba Yasmin berlalu pergi. Malas pula rasanya untyk bertekak panjang lebar hari ni. Hanya satu serangan dilancarkan pada tahap pertama menggunakan beberapa peluru sahaja. Kalau diikutkan hati mahu saja dia melancarkan serangan kedua namun terasa malas pula untuk meneruskan misi.
Ya, begitulah keadaan rumah tangga mereka ketika ini. Sering saja bertekak tak tentu pasal. Jarang sudah mereka bergurau senda. Nak beromantik? Fuh, lagilah jarang! Rumah tangga yang dibina bagaikan retak di sana sini. Jika diperbaiki mungkin masih boleh bertahan lagi namun Muaz tiada usaha untuk membaiki retak yang kian memanjang. Hanya Yasmin yang cuba berpaut namun tangannya juga sudah lelah untuk terus bertahan. Mungkin ini akibat yang harus ditanggung. Membina bahagia atas derita orang lain. Kalau boleh, Yasmin tak mahu rumah tangganya hancur musnah seperti mana musnahnya rumah tangga Ammara sebelum ini. Dia harus buktikan bahawa apa yang dia lakukan bukanlah satu perkara yang sia-sia. Dia ingin pastikan segala apa yang dia perjuangkan sebelum ini mampu bertahan. Dia tidak akan terkubur dalam runtuhan yang sama dan kerana itulah Yasmin tidak berdiam diri. Perjuangan ini mesti diteruskan!
Share this novel