Bab 19

Romance Series 103383

"Aw, so sweet." ujar Yasmin saat menerima gubahan coklat yang diberikan oleh Muaz.

"Coklat memanglah manis." Balas Muaz lalu duduk di depan Yasmin. Akhir-akhir ini rumah tangganya dengan Ammara kurang baik. Tak berselera pula dia jika mahu menghabiskan hari cutinya bersama Ammara. Sengaja dia berjanji temu dengan Yasmin. Bolehlah bermanja dan berkasih sayang seperti yang dia inginkan. Tak kuasa dia melayan Ammara yang kelat senyumnya. Tak habis-habis dengan masalah dirinya sendiri.

"Kalau hari-hari dapat suprise macam ni, aduh...mencair teruklah I."

Muaz tersenyum senang. Yasmin memang pandai mengambil hatinya. Tak seperti Ammara yang akhir-akhir ini semakin suram layanannya. Nak bercakap dengan Ammara pun dia dah naik malas. Barangkali kerana hatinya sudah diisi dengan kehadiran Yasmin.

"I pun ada suprise untuk you." ujar Yasmin sambil tersipu malu. Dia mengeluarkan satu kotak kecil dan menyerahkannya kepada Muaz.

"Wah, I pun dapat suprise. Sempena apa ni?"

"Tak ada apa-apa. You bukalah."

Perlahan-lahan Muaz membuka ikatan reben merah yang menghiasi kotak itu. Sebaik saja isi kandungan kotak kecil itu terpampang di matanya, secara automatik senyuman penuh kebahagiaan muncul tanpa dipaksa. Dia bangun lalu memeluk Yasmin erat. Tak pedulilah seberapa banyak mata yang memandang sekalipun. Apa yang penting dia sedang berbahagia.

"Terima kasih, sayang." Bertalu-talu dia mengucapkan terima kasih kepada Yasmin. Impiannya untuk bergelar seorang ayah kini termakbul dengan kehadiran si kecil yang kini menjadi penghuni di dalam perut kekasihnya.

"Sama-sama, darling." Balas Yasmin sambil tersenyum. Ya, memang dia berjaya merealisasikan impian Muaz tapi apakah Muaz juga akan menepati segala janji-janji yang telah dilontarkan sebelum ini? Muaz yang mengesan adanya perubahan pada wajah Yasmin segera bertanya.

"Kenapa, sayang? Apa yang tak kena? You tak happpy ke?"

"I happy sangat untuk you tapi... macam mana dengan I?"

"Macam mana kenapa?"

"Sampai bila I kena jadi perempuan simpanan you? Sebelum ni you kata you akan jadikan impian I satu kenyataan kalau I mengandungkan anak you. Sekarang I dah tunaikan apa yang you nak. So, macam mana dengan I? You akan bertanggungjawab, kan? You tak kan tinggalkan I?"

"Nonsense! Tak kanlah I nak tinggalkan you. Nanti I bawa you jumpa mama I. Sebagai bukti yang I serius dengan janji-janji I, jom kita gerak sekarang."

"Nak ke mana?"

"Beli cincin kahwin!"

Yasmin tersenyum sendiri sambil mengusap cincin yang tersarung di jari manisnya. Kenangan itu benar-benar membuatkan dia hanyut. Indahnya perasaan yang dia rasakan saat itu langsung tidak mampu untuk dia lupakan. Tak pernah sekalipun dia menanggalkan cincin itu dari jari manisnya. Betapa dia menghargai hubungan cinta mereka berdua.

Ya, dia menghancurkan rumah tangga Muaz demi mendirikan bahagianya sendiri. Tapi kasih dan sayangnya terhadap lelaki itu benar-benar tulus. Kalau tidak masakan dia sanggup dijadikan yang kedua buat satu tempoh yang lama sebelum dia benar-benar memiliki Muaz. Tapi kenapa kini Yasmin mempersoalkan segalanya? Benarkah dia memiliki lelaki itu? Jujur Yasmin berasa semakin jauh. Seolah-olah Muaz bukan miliknya sepenuh masa. Muaz ada di depan mata tapi itu bukanlah Muaz yang sama. Bukan Muaz yang seringkali mencuri hatinya. Bukan Muaz yang bersikap romantis penuh kejutan. Apakah Muaz yang kini tidak lagi punya rasa cinta untuknya?

Hati Yasmin segera menepis. Itu hanyalah sekadar sangkaan kosongnya semata-mata. Firasat hati tetap berkata lain namun dia tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Kenapa hubungannya dan Muaz dirasakan ada retak yang menanti? Apakah kerana Ammara yang baru-baru ini muncul semula dalam hidup Muaz? Kalau benar kerana Ammara, sukar untuknya terus bersaing. Jika sebelum ini dia menang, tak semestinya kali ini pun dia akan menang.

"I keluar sekejap." kata Muaz sekadar memberi maklum.

"You nak ke mana?"

"Itu pun you nak tanya? You tak penat ke sibuk tanya I nak ke mana? Buat apa semua tu? Tak penat, eh? Tak payahlah you control I sangat. Rimas tahu tak?"

Yasmin kembali mendiamkan diri. Tanya pun salah. Lagipun dia sebagai seorang isteri, layaklah dia untuk bertanya. Tak kanlah nanti ada yang tanya mana suami, dia mengjongketkan bahu tanda tak tahu.

Muaz segera pergi selepas mencium Ayeesha. Muaz sendiri sebenarnya tiada hala tuju yang jelas. Niatnya mahu mencari Ammara tapi ke mana? Hendak bertanya kepada Luth pun semacam tak ada makna. Memikirkan semula Luth dan Ammara membuatkan dia gelisah sendiri. Hatinya tidak mampu menerima sekiranya benar Ammara sudah punya pengganti. Terasa diri benar-benar tersingkir.

"We will live happily ever after." bisik Ammara sebaik saja lafaz sah diperdengarkan. Tersenyum dia mendengar bisikan Ammara yang kelihatan cantik dengan busana pengantin berwarna putih plilihan mereka bersama. Solekan yang dikenakan juga menyerlahkan lagi kelembutan wajahnya. Ah, inilah pilihan yang sempurna. Betapa bangganya dia saat tetamu yang hadir memuji kecantikkan Ammara. Paling penting si cantik itu adalah miliknya yang sah. Dia yang berjaya menakhluki jiwa Ammara. Dia juga yang berjaya menjadikan Ammara miliknya. Malah hati Ammara juga digenggamnya erat. Dialah lelaki yang berjaya!

PIN!!! Bunyi hon itu mengejutkan Muaz. Ah, dia tersilap lorong! Gara-gara terlalu hanyut dalam kenangan. Muaz segera memberhentikan keretanya di bahu jalan. Dia tidak fokus! Dia tertanya-tanya sendiri di mana harus dia memulakan pencariannya. Dalam diam dia mula menyalahkan diri sendiri buat kali yang pertama. Terlalu mendengar hasutan kiri dan kanan sehinggakan dia terlepas permata berharga. Setelah sekian lama baru hari ini dia sedar bahawa dia masih menyayangi Ammara. Dia cuba melupakan Ammara selama ini. Mencampakkan Ammara ke dalam jurang paling dalam namun siapa sangka pertemuan pertama setelah berbulan-bulan tidak mendengar khabar berita membuatkan rasa cinta yang sudah gelap kembali bersinar meskipun agak malap. Hari demi hari dia semakin merindui Ammara menyebabkan rasa itu semakin utuh pula. Dia membodohkan diri dengan melepaskan Ammara! Hatinya pedih setiap kali memikirkan tentang Luth yang dijadikan sebagai pengganti dirinya di sisi Ammara. Tidak mampu rasanya dia menelan hakikat itu seandainya apa yang dia fikirkan merupakan satu kenyataan. Tidak! Dia tidak mahu kehilangan Ammara selamanya! Dia pernah hilang Ammara kerana kebodohan diri namun kali ini dia nekad akan terus menggenggam Ammara sehingga dia berjaya memilikinya semula. Ya, itulah langkah yang akan dia ambil.

Remarried!

Share this novel

Mia Zara
2024-04-15 17:36:24 

next episode


NovelPlus Premium

The best ads free experience