Bab 21

Romance Series 103383

"Ammara, boleh tak kali ni jangan larikan diri? Can we talk?" Muaz merayu. Nasibnya baik kali ini apabila terserempak dengan Ammara. Seolah-olah jodoh sengaja mempertemukan mereka.

"Can you just let me go?" balas Ammara sambil menarik tangannya yang berada dalam genggaman Muaz. Lelaki itu bukan lagi suaminya. Dah kenapa nak pegang-pegang?

"Okay, I'm sorry tapi boleh tak kali ni awak jangan lari dah? Awak tahu tak saya dah beberapa minggu meronda area ni dengan harapan boleh terjumpa awak? Penat ke sana ke mari. Saya tak tahu nak contact awak macam mana, Ammara. Sampaikan saya terpaksa ke hulu ke hilir semata-mata nak jumpa awak. But lucky me! Nasib saya baik sangat hari ni."

"Siapa suruh ke sana ke mari? Ada aku suruh?" Acuh tak acuh Ammara membalas kata-kata Muaz.

"Tak, awak tak suruh tapi saya sendiri yang rela hati semata-mata nak jumpa awak."

"Rasanya tak ada apa yang nak dibincangkan. Saya gerak dulu." sekali lagi Ammara cuba berlalu pergi namun Muaz dengan pantas memaut lengan Ammara.

"Don't you dare touch me!"

Segera Muaz mengangkat tangannya ke atas. Riak wajah Ammara yang serius membuatkan dia sedikit gementar. Di manakah riak wajah lembut yang sering dipandangnya suatu ketika dahulu?

"I'm sorry tapi awak tak boleh abaikan saya kali ni, Ammara. Saya dah bersusah-payah cari awak. We need to talk."

"Nak cakap tentang apa? Bukankah kali terakhir kita bercakap itulah pengakhir untuk segalanya? Dan satu-satunya perkataan yang meluncur keluar dari mulut kau ialah kau ceraikan aku. Aku ingatkan dah settle dah waktu tu sebab kau langsung tak peduli waktu aku merayu, melutut dan memohon belas kasihan kau."

"Ammara, saya minta maaf. Kalau masa boleh diundur balik saya tak akan buat benda bodoh macam tu. Saya tak akan sakitkan hati awak. Saya tak akan memilih untuk melangkah pergi."

"Semuanya dah terlambat, Muaz. Aku tenang tanpa kau dan aku akan lebih tenang kalau kau tak payah muncul lagi dalam hidup aku."

Kata-kata itu bagaikan sembilu yang menusuk terus ke jantung Muaz. Ketenangan Ammara terganggu kerana dia? Sampai macam tu sekali Ammara membenci dia?

"Ammara, kita boleh bina semula apa yang pernah kita bina. Beri peluang untuk kita Ammara."

"Peluang untuk kita? Peluang apa yang kau cakapkan ni? Kita berdua dah tak ada peluang so kau boleh berhenti bermimpi."

"Ammara, tolonglah! Jangan degil sangat macam ni boleh tak? Fikirkan tentang anak kita. Dia perlukan sosok seorang ayah untuk membesar. Jangan kerana benci kita biarkan dia membesar tanpa kasih seorang ayah sedangkan ayahnya masih hidup, sihat dan berkeinginan untuk melengkapkan hidupnya dengan hadir di sisi dia."

"Anyone can be a father but it takes a real man to be a dad. Kalau bukan kau, akan ada lelaki lain yang boleh hadir sebagai sosok seorang ayah dalam hidup dia. Akan ada lelaki lain yang boleh melengkapkan tempat kosong yang dah kau tinggalkan."

Berderau darah Muaz mendengar kata-kata Ammara. Api cemburunya menyala sedikit demi sedikit. Lelaki lain? Adakah ini bermakna Ammara benar-benar sudah ada pengganti dirinya? Tak mungkin! Berat rasanya untuk menerima. Dia sayangkan Ammara dan tak mungkin dia mampu melihat Ammara berada di sisi lelaki lain. Dia mahukan Ammara disisinya!

"Ammara, tolong fikirkan semula. Kenapa nak hadirkan lelaki lain dalam hidup anak kita padahal saya sudi untuk memulakan semuanya sekali lagi? Belum tentu lelaki lain tu boleh terima anak kita. Dia tak ada hubungan darah dengan anak kita. Tak mungkin dia boleh sayangkan anak kita sama macam saya sayangkan dia."

"Tapi aku tak sudi nak mulakan semuanya semula dengan kau."

"Dah kenapa, Ammara? Kenapa awak boleh terfikir nak mulakan sesuatu dengan lelaki lain tapi bukan dengan saya? Kita dah lama kenal, dah pernah hidup bersama dah pun. Kita bukan lagi asing tapi kenapa tak ada peluang langsung untuk kita?"

"Disebabkan kita dah pernah bersamalah aku tak sanggup nak hidup dengan kau lagi."

Kali ini Muaz terdiam. Setiap patah perkataan yang dilontarkan dari mulut Ammara sebenarnya sangat menggores hati lelaki miliknya. Terlalu tajam dan menyakitkan. Pedih!

Melihat Muaz terdiam, Ammara mula melangkah semula menuju ke keretanya yang jaraknya hanya dalam beberapa langkah di hadapan. Namun kali ini Muaz secara mengejut memeluknya dari belakang sekali gus mendorong tubuhnya ke arah belakang kereta milik Ammara. Segera Ammara berpaling dan menghadiahkan satu tamparan hebat buat Muaz. Automatik pelukan Muaz terlepas.

"Kau dah kenapa? Jangan nak melampau! Nak aku jerit?!" Ammara menjerkah.

"Ammara, please. I miss you so much!"

"But I don't!"

"Ammara, saya cuba untuk berbincang secara elok tapi awak langsung tak bagi kerjasama. Awak betul-betul nak saya rampas anak kita ke? Awak tahu saya boleh buat kalau saya nak, kan?"

Kali ini Ammara terdiam.

"Apa yang susah sangat untuk balik semula dan lupakan masa lalu? Awak betul-betul nekad nak buang saya dari hidup awak? Buanglah kalau boleh! Tapi jangan ingat awak boleh tenang. Silap hari bulan awak tak boleh nak tengok anak kita dah. Itu yang awak nak?" Muaz tersenyum sinis. Ah, kalau dia tahu dengan kaedah mengugut Ammara saja yang akan membuatkan bekas isterinya itu terdiam, lebih baik dia mengugut dari awal. Tak lah buang masa dari tadi.

"Kau tak terkesan dengan apa yang berlaku sebelum ni. Senanglah kau suruh aku lupakan masa lalu. Kau bina bahagia saat aku susah-payah dengan hidup aku. Kau tinggalkan aku terkontang-kanting sendiri. Bukan kau yang tertekan. Bukan kau yang berjuang demi si kecil tu! Kau memang jantan tak guna!"

Ammara menjerit nyaring. Menarik perhatian beberapa pasang mata yang berada berdekatan mereka. Muaz panik melihat Ammara yang diselebungi emosi. Wajah tegang Ammara mulai pudar. Yang tinggal hanyalah wajah sayu dihiasi air mata.

"Ammara...saya minta maaf kalau saya terlebih tadi tapi saya terpaksa, Ammara. Saya buat semua ni untuk anak kita." suara Muaz melembut semula.

"Aku merayu, Muaz. Jangan ambil dia. Dialah satu-satunya sebab aku masih bernafas dan masih berdiri hari ni. Kalau kau nak dia, lebih baik kau bunuh aku." Ammara merendahkan egonya. Dia merayu memohon belas kasih Muaz. Memohon simpati agar lelaki itu melepaskan dia pergi buat selama-lamanya.

"Ammara, awak fikirkan semula ya cadangan saya. Kita boleh bina semula apa yang dah runtuh. Just...give us a chance. Bagi peluang untuk kita."

Ammara menggelengkan kepalanya. Muaz masih memaksa. Ammara cuba mencipta alasan.

"Maafkan aku, Muaz. Aku tak boleh."

"Why?"

"Sebab aku bakal berkahwin." spontan saja jawapan Ammara. Hanya itu alasan yang dia ada untuk melepaskan diri.

"What? Dengan siapa?" Muaz menahan nafasnya yang berombak di dada. Ammara bakal berkahwin? Tak mungkin! Kalau betul Ammara berkahwin, ini bermakna dia akan kehilangan Ammara dan dia tak nak itu semua berlaku.

"Dengan...Luth!"

Mendengar saja nama Luth, Muaz memejamkan matanya menahan amarah. Kurang ajar! Dah bagi warning pun still nak kan Ammara? Melampau!

"Tak boleh, Ammara! You're mine and will always be mine! Saya tak boleh nak terima semua ni. Dia bukannya tahu apa-apa tentang awak pun. Apa yang buatkan awak setuju nak bersama dengan dia? Apa yang special sangat dengan lelaki tu? Ammara, awak betul-betul ke kenal dia? Jangan-jangan dia tak serius nak dekat awak pun, kan?"

"Dia sayangkan anak kita. Dia lelaki yang baik."

"Baik? Lelaki tak beradab macam tu awak kata baik? Hati-hati Ammara kalau sungguh pun nak memilih teman sehidup semati tu. Tak pasal-pasal dia bawa pengaruh buruk untuk anak kita. Hah, waktu tu baru nak menyesal?"

"Aku pernah silap memilih sebelum ni dan rasanya kali ni aku dah fikir masak-masak. Aku dah pilih baik-baik."
Ah, sekali lagi Muaz diejek dalam diam. Muaz menggelengkan kepalanya. Entah bagaimana harus dia menerima hakikat bahawa dia bakal kehilangan Ammara buat selama-lamanya. Hilang Ammara bermakna dia juga akan hilang anak mereka. Degilan Ammara sudah cukup membuktikan bahawa dia sebenarnya sudah terpisah jauh dari anak mereka. Ammara benar-benar berubah. Tidak seperti dahulu.

Melihat Muaz yang seakan-akan terdiam, Ammara sekali lagi cuba untuk meloloskan diri. Ternyata kali ini dia berjaya masuk ke perut keretanya tanpa sebarang halangan. Segera dia menghidupkan enjin kereta dan menderu pergi meninggalkan Muaz yang masih berdiri kaku di tempatnya. Tiba-tiba Ammara menggeletar. Gilalah! Apa yang berlaku sebentar tadi? Setitis dua air matanya jatuh ke pipi. Takut? Sumpah dia takut! Siapa sangka dia mampu berdepan dengan Muaz sendirian? Meluahkan isi hati dengan tegas. Mempertahankan Hud dan paling tak masuk akal boleh pula dia mereka cerita bahawa dia dan Luth bakal berkahwin padahal Luth tidak pernah menyatakan persetujuannya.

Kata orang umpama perigi mencari timba dan itulah yang dia lakukan. Dia perlukan Luth untuk dijadikan benteng pertahanan yang akan melindungi dirinya dan Hud. Tapi dah kenapa Luth masih berdiam diri? Bukankah terlalu jelas yang Luth menyimpan perasaan terhadapnya selama ini? Habis tu? Apa masalahnya pun kalau dia yang melamar Luth untuk memperisterikan dia? Ammara tahu dia tak ada masa untuk berlengah lama. Luth akan pergi lagi merentas laut China selatan sebaik saja cutinya berakhir. Mereka akan berjauhan lagi dan sekiranya masa itu tiba, pasti akan lebih sukar untuknya meyakinkan Luth untuk mengahwini dirinya. Ammara nekad. Dia harus berdepan dengan Luth. Segera!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience