46.

Romance Completed 52551

"Aku tanya ni kau kan?! Jawaplah! Susah sangat ke nak buka mulut tu?! Kenapa kau buat aku dan Nisa macam ni? Kenapa?!"

"Maafkan Yana. Yana terpaksa. Yana mahu rampas Luth dari Nisa. Yana nak Luth jadi milik Yana selamanya. Tetapi, Yana salah. Luth lebih cintakan Nisa. Hiks."

"Betul ke lelaki tu Zak?! Jawaplah! Tak payah nak menangis!"

"Ya. Memang Zak. Ini semua idea dia. Dia nak hubungan kalian berdua hancur supaya dia senang nak dapat Nisa"

Nafas dihembus dengan kasar. Mahu sahaja dia bunuh Yana malam ni. Tetapi, bila difikirkan balik akan membawa masalah yang lain pula.

"Maafkan Yana. Yana janji akan tebus balik apa yang Yana lakukan. Yana akan lakukan apa sahaja supaya Luth maafkan Yana"

Diam.

"Baiklah, aku maafkan kau. Tetapi, aku nak kau tolong aku dapatkan Nisa balik. Aku nak kau cari Nisa. Pujuk Nisa untuk terima aku balik. Lepas itu, aku akan lepaskan kau bahagia diluar sana"

"Nisa, jom kita pergi shopping. Petang ni aku kena balik KL dah. Nanti aku datang melawat kau lagi"

"Boleh juga. Dah lama aku tak keluar dengan kau. Aku pun ada nak beli barang sikit"

"Macam mana? Ada apa-apa berita pasal Zak ke?"

"Buat masa ini belum lagi Tuan. Kami akan cuba yang terbaik untuk mencari maklumat dia"

"Baiklah. Aku tahu Zak tu licik orangnya. Jadi kita perlu bekerja keras untuk mencari maklumat dia. Dia sangat pandai sembunyikan diri"

Luth diam. Ia merenung kearah tingkap. Pemandangan dari tingkap 15 amat tenang. Luth menutup matanya. Cuba merehatkan otak yang terasa penat.

"Eh Nisa! Cepatlah. Jalan macam itik. Lambat lah kau ni"

"Amboi mulut kawan aku ni. Cantik sangat. Ada pula nak samakan aku dengan itik. Nampak sangat tak sayang mulut"

"Alaa..sabar lah. Aku bergurau je. Dah kau jalan lambat sangat" marah Laila. Sumpah! Ia juga tidak tahan dengan Nisa yang sengaja berjalan perlahan.

"Nisa!! Laila!!"

"Damia? Abang Khai?! Korang buat apa dekat sini? Ada kerja ke?"

"Haah, Abang Khai ada meeting dekat sini. Itu yang kami datang Terengganu. Mia yang ajak Abang Khai makan angin sebelum balik esok"

"Wow..bagusnya Abang Khai. Suka Nisa tengok Abang Khai dengan Mia macam ni. Semoga hubungan korang berdua kekal ke Jannah"

"Aminn" kata Khai dan Damia. Mereka tersenyum manis.

"Eh Mia! Anak sulung ke mengandung ni?" tanya Nisa sebaik sahaja melihat perut Damia.

"Haah..bulan depan meletop lah" gurau Damia. Sungguh ia bersyukur dengan kurniaan Allah. Kehilangan anak setahun yang lalu, diganti dengan yang baharu. Tidak sabar menanti anak pertama melihat dunia.

"Tahniah!" Jerit Nisa. Ia memeluk Damia.

Haih, andai sahaja aku dan Luth bersama mesti aku dah lahir anak yang ke berapa entah. Raut wajah Nisa bertukar murung apabila melihat anak pertama yang tidak dapat diselamatkan.

Damia dan Khai sedar akan raut wajah Nisa. Mereka sudah mengetahui hal yang sebenar. "Nisa, jom kita pergi makan. Abang Khai yang akan belanja kita. Kan Abang?"

"Yalah" Untung sayang bini. Kalau tak malas aku nak bayar. Buat apa aku nak kedekut, duit daripada kerja sebagai CEO masih banyak. Alhamdulillah, ia bangga apabila menggantikan tempat ayah Damia.

"Jom!" Sekali lagi Nisa jerit. Buat masa sekarang ialah ia cuba mahu melupakan masalah yang dihadapi. Tentang Luth ia tidak mahu ambil tahu.

Terengganu. Yana mengambil keputusan untuk mencari Nisa di sana. Hatinya kuat menyatakan bahawa Nisa tinggal di Terengganu.

"Aduh, mana aku nak cari Nisa ni?" Rungut Yana sendirian.

"Baik aku booking hotel dulu dan restkan badan. Pagi esok baru aku start cari Nisa. Terengganu ni bukan kecil"

"Nisa!!" Panggil Yana. Yes, Nisa sudah dijumpai. Ia berlari anak menuju kearah Nisa.

"Perempuan itu? Dia nak apa lagi?"

"Nisa, boleh kita bercakap sekejap? Saya ada hal yang penting nak beritahu awak"

"Oh, okay" Nisa mengikuti langkah Yana. Hal apa itu? Penting sangat ke? Itu yang bermain di fikiran Nisa. Berdebar.

"Nisa, i nak u kembali kepada Luth. Please, i merayu. Luth tak salah. Semuanya salah i. I yang cuba hancurkan hubungan kalian berdua. I yang cuba perangkap Luth. I nak hidup u menderita. Please, terima Luth balik. Dia cintakan u dengan sepenuh jiwa dia. Tiada perempuan lain yang berada dalam hati dia kecuali u. Tolong terima dia balik"

Nisa diam. Terkejut dengan semua cerita Yana. Jadi selama ini Luth tak bersalah? Ya Allah, berdosanya aku kerana tidak mendengar cerita sebenar. Lari meninggalkan dia seperti itu.

Air mata mengalir dipipi. Wajah Yana ditatap. "Bagi i masa. I perlu tenangkan hati i. Please, jangan beritahu Luth yang i kerja dekat hotel ni. I sendiri yang akan berjumpa dengan dia" kata Nisa. Ia berlalu pergi tinggalkan Yana sendirian.

Yana hanya menatap Nisa pergi dari situ. Maafkan aku Nisa. Aku terpaksa beritahu Luth dimana kau berada sekarang. Aku nak kau terima Luth balik. Aku nak tebus segala kesalahan aku. Aku menyesal.

SELAMAT MEMBACA ^-^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience