47.

Romance Completed 52551

"Hello? Macam mana? Dah jumpa Nisa?"

"Yana sudah jumpa Nisa. Dia ada dekat Terengganu selama ini. Nisa juga bekerja di Hotel yang Abang pernah pergi hari itu"

"Apa?" Jadi benarlah suara yang dia dengar itu milik Nisa. "Yana tunggu Abang tau. Pagi esok Abang akan datang ke Terengganu. Yana teman Abang pujuk Nisa. Abang perlukan bantuan Yana untuk tengokkan Nisa. Abang tak mahu Nisa larikan diri lagi"

"Baiklah Abang. Yana akan jaga Nisa" Janji Yana.

Selesai sahaja solat Subuh, Luth terus bergegas ke Terengganu. Malam ia tidak dapat tidur dengan lena. Semuanya ia berfikir bagaiman mahu memujuk Nisa. Ia sudah tidak sabar mahu berjumpa dengan Nisa. Memujuk Nisa supaya menerima dirinya balik.

Sayang, engkau satunya wanita yang berjaya menetap di dalam hati Abang sehinggakan tiada wanita lain yang mampu menggantikan dirimu. Andainya Sayang pergi dari hidup Abang, Abang seolah merasakan bahawa hidup Abang tiada makna. Engkaulah nyawaku, Sayang.

Wajah Nisa bermain di fikiran membuatkan ia tersenyum sendiri seperti orang yang tidak betul.

Sayang, Abang harap dengan segala pujukan rayu Abang mampu membaiki hubungan kita. Abang mahu kita bersama seperti dulu. Sumpah! Abang rindu dengan segala kenangan kita bersama.

"Yana, Aku ceraikan Kau dengan Talak 1"

Yana menutup mata. Dirinya sudah bebas dari cengkaman Luth. Ia bersyukur.

"Yana maafkan Abang kerana telah sakiti Yana. Terima kasih kerana Yana melayan karenah Abang. Abang berdosa sangat"

"Takpa Abang. Yana sudah lama maafkan Abang. Yana tahu semua ini salah Yana. Maafkan Yana juga"

"Abang doakan Yana bahagia. Yana juga akan berjumpa dengan orang yang betul cintakan Yana dengan sepenuh jiwa dia"

"Terima kasih Abang"

"Yana..Nisa mana?" Tanya Luth. Ia sengaja booking Hotel tempat Nisa bekerja.

"Abang..Yana rasa kita kena berjumpa dengan Nisa. Biar Yana yang tetapkan dekat mana kita akan berjumpa. Yana takut Nisa marah sebab bagitahu Abang tentang Nisa berada"

Luth terdiam. "Baiklah. Kalau boleh malam ni. Yana cuba pujuk Nisa keluar makan. Masa itu, Abang akan berjumpa dengan Nisa. Abang sendiri yang akan cuba pujuk dia"

"Baiklah. Nanti Yana ajak Nisa keluar makan.

"Assalamualaikum..Nisa, ni Yana. Yana nak tanya? Nisa free tak malam ni? Yana free Yana nak ajak Nisa keluar makan. Boleh?"

"Waalaikumussalam..malam ni Nisa free je. Bolehlah kalau macam tu, Nisa pun tengah bosan juga ni. Nanti kita jumpa dekat Restoran Permata"

Tup. Panggilan ditutup. Yana tersenyum manis kepada Luth yang setia menunggu jawapan.

"Macam mana?"

"On je"

"Yeke?!"

"Yeah"

"Yes!!!!" Luth melompat kegembiraan. Maknanya misi dia malam ini pasti akan berjaya dengan jayanya. Ia harap Nisa sudi memaafkan dirinya.

Yana hanya ketawa melihat telatah Luth. Abang berhak bahagia. Yana harap hubungan Abang dengan Nisa kekal ke Jannah. Maafkan Yana kerana sudah membuatkan hubungan korang menjadi keruh. Semuanya salah Yana.

"Assalamualaikum, sorry tau lambat. Jalan jammed tadi" Kata Nisa. Malu dirinya datang lambat. Bukan salah aku, salah kereta lah.

"Waalaikumussalam, oh sokay. I faham. I pun baru sampai" Yana tersenyum manis.

Senyuman Yana disambut oleh Nisa. Ia cuba membalas. Kalau diikuti hatinya, ia malas nak keluar. Tetapi, takut membuatkan hati Yana terasa pula. Ia sudah memaafkan Yana atas apa yang berlaku.

Setiap rumah tangga mesti akan ada ganguan tak kira di mana sahaja. Allah SWT mahu menguji keimanan seseorang umat-Nya. Ia redha dengan apa yang terjadi.

Tetapi? Mampukah ia memaafkan Luth? Ia tahu semua ini bukan salah Luth. Tetapi? Hatinya berbelah bagi.

"Kita pesan makanan dulu ya. Nisa nak makan apa? Biar Yana yang ambilkan"

"Takpa ke? Nisa boleh bangun ambilkan"

"Takpa. Yana ikhlas nak tolong ambilkan"

"Baiklah. Nisa nak makan mee goreng ajalah. Malas nak makan banyak sangat"

"Okay" Yana bangun menuju kearah makanan yang disediakan. Ia melihat kearah dinding Restoran di belakang Nisa. Sempat memberikan isyarat kepada seseorang"

Bunyi muzik kedengaran memenuhi ruang Restoran itu. Lagu Pujaan Hati!

Nisa terkejut. Lidah ia tidak mahu berkata apa. Ia mengangkat kepala melihat seluruh sudut Restoran itu. Lampu menyorot kearah pentas tanpa penyanyi.

Suatu Masa Dulu
Ku Dibuai Keliru
Terlena...
Dengan Dosa
Kau Hadir Melengkapi
Segala Kekurangan
Di Hati
Yang Sejati

Kedengaran suara lelaki yang menyanyi lagu ini. Riuh Restoran dengan tepukan.

Biar berjuta halangan
Rela Ku Tempuhi
Ku Genggam Abadi
Demi Cinta Suci

Nisa hanya diam. Terkelu.

Hanya Dirimu
Pujaan Hatiku
Hanya Padamu Ku
Serahkan Cintaku
Kau Segalanya
Bagi Ku Terindah
Hingga Ke Akhirnya
Nafas Ini

Dirinya masih setia mencari siapakah gerangan yang menyanyikan lagu ini. Hatinya berdebar dengan kencang sekali.

Kelihatan satu susuk tubuh lelaki keluar dari belakang pentas. Berjalan perlahan menuju kearah Nisa.

Lahir Sebuah Mimpi
Dari Satu Misteri
Dirimu
Menantiku
Biar Berjuta Halangan
Rela Ku Tempuhi
Ku Genggam Abadi
Demi Cinta Suci

Nisa terkejut. Wajahnya bertukar pucat. Luth! Siapa sangka!

Yana terus mengambil kamera. Ia mahu merakam detik yang terindah ini.

Hanya Dirimu
Pujaan Hatiku
Hanya Padamu
Ku Serahkan
Cinta Ku

Mata Nisa berlinangan. Dirinya menahan sebak. Rindu akan suaminya semakin menebal. Mahu sahaja ia memeluk Luth.

Kau Segalanya
Bagi Ku Terindah
Hingga Ke Akhirnya
Nafas Ini

Andai Perit Luka Ini
Takkan Pernah Ku Peduli
Biarkan Aku Terus Menanti
Kita Pastikan Bersama
Yakin Dengan Takdir Tuhan
Kita Kan Bahagia

Muzik dimatikan. Mengejutkan Nisa.

Luth melutut dihadapan Nisa. Ia menghulurkan bunga ros merah. Matanya setia memandang wajah isteri kesayangan.

"Sayang, maafkan Abang. Abang tahu semua ini berlaku dengan pantas. Sayang, Abang bukan yang terbaik. Namun Abang berusaha untuk menjadikan yang terbaik buat dirimu, Sayang. Sayang, Abang mahu hubungan di dunia berakhir dengan bahagia tanpa berpisah bukan kerana orang ketiga tetapi berpisah apabila Abang tidak mampu berdiri dan bernafas untuk dirimu. Satu kali aku dilahirkan, satu kali aku mati dan orang yang aku cintai seumur hidup adalah dirimu Sayang"

Kata yang datang dari hati Luth mampu meluluhkan hati Nisa. Nisa menangis. Ia mengambil bunga ros merah tersebut dari tangan Luth.

Luth tersenyum bahagia. Nisa sudah memaafkan dirinya. Ia bangun. Menarik Nisa ke dadanya.

Nisa memeluk Luth erat. Ia tersenyum bahagia. Nyanyian Luth diteruskan.

Hanya Dirimu
Pujaan Hatiku
Hanya Padamu Ku
Serahkan Cintaku
ooo
Kau Segalanya
Bagi Ku Terindah
Hingga Ke Akhirnya
Nafas Ini
Nafas ini..
Pujaan Hatiku
Serahkan Cintaku
Kau Segalanya
Bagi Ku Terindah
Hingga Ke Akhirnya
Nafas Ini

Mata mereka bertembung. Bisikan cinta mulai terjadi. Terasa dunia ini hanya milik mereka berdua sahaja.

SELAMAT MEMBACA ^-^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience