25.

Romance Completed 52551

Nisa melihat raut wajah muka Luth.Ia tahu Luth marah. "Abang..sudahlah. Kita lupakan perkara tadi. Kita kan sekarang tengah date", pujuk Nisa yang memaut tangan Luth.

Luth berpaling kearah wajah Nisa.Ia menghelakan nafasnya. "Sayang, kalau boleh abang nak upah satu bodyground untuk sayang.Tapi abang tahu yang sayang tak suka.Abang..abang cuma tak nak sayang jadi mangsa Zak"

"Abang..sayang pandai jaga diri.Abang jangan risau okay"

"Sayang tak kenal siapa Zak! Dia tu bahaya sayang! Abang takut dia akan buat lebih dari tu!", jerit Luth.

Nisa terkejut.Ia terdiam.

Luth yang sedar akan kesalahannya itu menarik pengelangan tangan Nisa.Pasal wayang dilupakan.Mereka berniat untuk pulang.

Sepanjang perjalanan, Luth mahupun Nisa terdiam.Tiada seorang pun yang mampu bercakap.

Nisa hanyut mengelamun.

Luth melihat Nisa lalu menghelakan nafasnya. "Sayang...abang minta maaf okay.Abang tak sengaja nak tengking sayang tadi.Sayang cuma risaukan sayang je"

Nisa tidak berniat mahu membalas.Ia terus mengelamun.

"Sayang...sayang, abang tengah cakap dengan sayang ni", kata Luth.

Sesampai rumah, Nisa terus masuk kedalam bilik.Ia mengambil keputusan untuk mengelak bertemu dengan Luth.

Luth masuk ke dalam bilik itu.Ia melihat Nisa memasuki bilik air tanpa memandangnya lagi.

Sayang..abang cuma risaukan sayang je.Abang tak nak sayang jadi mangsa Zak.Zak tu bahaya sayang.Dia sanggup buat benda gila asalkan dia dapat apa yang dia nak, desis hati Luth.

Ia mengambil keputusan untuk tidur di ruang tamu.Ia tidak mahu Nisa membencinya.

Ia mengambil bantal dan selimut miliknya lalu keluar dari bilik itu. Haih, nampaknya tekak aku sakit bila bangun tidur nanti, desis hati Luth.

Ia baring lalu menutup matanya.Akhirnya ia tertidur.

Nisa baru sahaja sudah mandi. Dia ni tidur dekat mana? Takkan tidur dekat bilik lain kut?, desis hati Nisa.

Ia keluar menuju ke bilik yang berhadapan dengan biliknya. Kosong? Itu yang Nisa nampak. Aik, mana pula dia pergi ni? Takkan pergi tidur hotel kut? Siap bawa bantal dan selimut bagai. Takkan?! Dia tidur dekat ruang tamu ke?

Laju kaki Nisa menuju ke ruang tamu.Sekujur tubuh yang menarik perhatian. Ish, dia ni.Enak sangat tidur tu.Aku macam orang gila cari dia.Buat terkejut je lah.

Tangannya lalu menyentuh rambut Luth. Abang..maafkan sayang sebab merajuk dengan abang.Sayang tak sengaja tadi, desis hati Nisa.

"Ya, siapa ni?", tanya Damia.Ia pelik nombor yang tiada dalam kenalannya asyik menelefon. Siapa pula ni? Asyik call aku je. Ke member aku?

"Apa khabar sayang?..Abang rindu sangat dekat sayang"

Wajah Damia terus pucat. Zak?! Apa lagi yang dia nak? Dia ni dah gila!

"Kau nak apa? Jangan berani kau ganggu aku lagi!"

"Sayang jangan marah okay.Abang cuma rindukan sayang dan anak kita je"

"Anak kau?! Heh! Bukan kau kata yang kau tak nak budak ni kan?! Buat apa kau tanya pasal budak ni lagi?!"

"Memang dia bukan anak i.I nak u bunuh budak tu.Tapi u takut.Sekarang biar i tolong u bunuh budak tu.I nak u sekarang"

"Sampai bila-bila pun aku takkan jumpa dengan kau! Dan aku takkan bunuh budak ni" Kau dah gila, Zak!"

"Aku? Aku yang gila? Bukan kau ke?"

"Tak guna! Aku akan laporkan perbuatan kau dekat polis! Kau dah ganggu hidup orang lain!"

"Laporkan kalau kau berani.Bila-bila masa aku boleh bunuh kau.Kau ingat tu!", kata Zakrul lalu menutup telefon itu.

Damia diam.Ia menangis. "Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini", desis hati Damia.

Aminah yang ternampak Damia menangis itu laju menuju kearahanya. "Ya Allah! Kak kenapa ni?"

"Dik, lelaki itu nak bunuh akak.Akak takut dik.Dia akan cari akak.Akak tahu yang dia dah gila"

"Mengucap kak, kita doa banyak-banyak supaya akak selamat daripada ancaman dia.Dik rasa akak kena buat laporan polis ni.Dik takut dia membahayakan nyawa akak", terang Aminah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience