36.

Romance Completed 52551

Pada hari ini, genap enam bulan Nisa dan Luth menjalani kehidupan sebagai suami isteri. Mereka sangat bahagia.

"Macam mana?" Soal Damia. Nisa menunjukkan alat kehamilan.

"Takkanlah..." kata Damia sambil mengerutkan dahinya.

"Kenapa? Apa yang tidak kena?" Soal Nisa sedikit cemas. Wajah Damia memang nampak mencurigakan.

Damia memandang Nisa dari atas sampai ke bawah.

"Kau mengandung" beritahu Damia dengan rasa gembira.

"Aku mengandung?"

"Ya. Kalau mengikut alat ujian kehamilan ni, kau memang positif mengandung"

Nisa menoleh ke arah Damia. "Betul?"

"Ya. Habis kau tak nak bagitahu suami kau ke?"

"Aku tak tahu nak bagitahu dia macam mana. Seganlah nak cakap aku mengandung" Risau pula Nisa akan perkara itu.

"Kau ni memang pelik betullah, Nisa. Dah mengandung tapi takut nak bagitahu suami. Memang tak fahamlah" Damia menggelengkan kepalanya.

"Eh nantilah. Aku belum bersedia nak beritahu" Nisa berasa agak serba salah.

"Terpulanglah, tapi aku tak nak masuk campur dalam urusan korang berdua. Kalau rasa nak bagitahu, kau bagitahulah. Tak nak tengok dia happy?"

Nisa menghelakan nafas panjang.

"Yalah, yalah. Aku bagitahu sekarang" Kata Nisa sambil membawa alat ujian kehamilan bersama.

Namun langkah Nisa terhenti apabila tiba di ruang tamu. Mula-mula dia memandang Luth yang sedang menonton TV bersama Khairil.

"Dah nak balik?" Soal Luth.

Nisa mengganguk. Jadi dia sudah membuat pilihan untuk berkongsi berita gembira dengan Luth terlebih dahulu. Selepas menyalami Damia, Nisa dan Luth terus meninggalkan kediaman Damia.

Di pertengahan jalan, Nisa menunjukkan alat kehamilan kepada Damia. Tidak sabar-sabar lagi.

"Apa ni?" Tanya Luth.

"Nisa mengandung" beritahu Nisa. Tidak mahu berteka-teki lagi. Dia mahu Luth tahu dengan segera.

"Sayang!" hampir sahaja Luth hilang kawalan. Akhirnya, Luth terpaksa menghentikan kereta di tepi bahu jalan kerana dia tidak mampu lagi meneruskan pemanduannya.

"Boleh tak jangan buat Abang terkejut? Nyaris-nyaris Abang terbabas tadi. Boleh lagi Nisa buat kejutan macam ni. Kalau terbabas macam mana?" Serius! Luth terkejut dan dia memang marah dengan tindakan Nisa.

"Maaf, Nisa tak sabar nak beritahu Abang" jawap Nisa sambil membuatkan muka sedih.

"Hish!" Luth menarik Nisa lantas meletakkan kepala Nisa di dadanya. Kemudian dia memeluk Nisa dengan erat. Sudah tidak tergambar betapa gembiranya perasaannya ketika itu. Cuma cara Nisa buat pengumunan yang Luth tidak suka. Betul-betul mengejutkan.

"Tahniah, sayang. Abang betul-betul gembira" bisik Luth dengan perlahan. Pipi Nisa dihadiahkan dengan ciuman selepas itu.

"Abang gembira?"

"Memang abang gembira. Alhamdulillah"

"Abang tahu tak? Inilah anugerah Nisa untuk Abang. Yang paling istimewa. Yang paling susah nak didapati. Inilah hadiah Nisa untuk abang tanda kasih sayang Nisa kepada abang" Nisa memegang perutnya. Inilah tanda ingatan buat mereka berdua. Anugerah terindah yang tidak ternilai.

"Terima kasih, sayang" makin kemas Nisa didakap.

"Kita jumpa Doktor dulu, ya. Mana tahu ujian itu tak betul" Kata Nisa. Perlahan-lahan Luth meleraikan pelukan.

"Abang rasa dah betul tu. Tapi untuk pengesahan lagi, memang elok kita jumpa Doktor"

Luth menyambung pemanduannya. Sepanjang memandu, Luth tidak henti-henti memanjatkan rasa syukur kepada Allah. Dia benar-benar rasa gembira.

Nisa menopang dagu. Suaminya sedang enak melayan tidur. Mungkin kepenatan memandu seharian semalam masih belum hilang. Mereka mengambil keputusan untuk pulang ke rumah keluarga Luth. Datang idea nakal hendak mengusik suaminya. Nisa menguis hidung suaminya menggunakan hujung selimut. Melihat suaminya mengosok hidungnya, Nisa kembali memejamkan mata. Sekali lagi Nisa melakukan hal sama.

Luth sengaja mendiamkan diri kali ini. Dia dapat tahu akan perbuatan isterinya. Apabila Nisa ingin lakukan, Luth segera menangkap tangan itu.

Terjerit Nisa dek terkejut dengan reaksi spontan Luth.

Luth sudah ketawa kerana berjaya mempermainkan Nisa. "Ooo...ada hati nak kenakan abang. Tengoklah siapa yang terkena?" Luth menarik hidung Nisa.

"Abang sakitlah!" Tangannya memukul tangan Luth.

Luth memeluk tubuh badan isterinya. Hidung Nisa dikucup manja.

Nisa dan Luth menikmati sarapan pagi berdua sahaja. Kedua orang tua Luth sudah keluar. Katanya nak melawat kawan lama. Di atas meja juga sudah tersedia susu dan vitamin. Nisa menelan air liur. Seluruh badannya terasa lemah. Pantas sungguh ibu mentuanya melakukan kerja.

"Abang kalau minum susus tapi tak makan vitamin tak apa kan?"

Eh mana boleh macam itu. Ini bagus untuk otak dan tumbesaran baby" kata Luth sambil membaca label pada botol ubat itu.

Nisa makan dengan perlahan. Ia sengaja dengan harapan suaminya lelah menunggunya.

Luth yang tidak tahu akan ketakutan isterinya kepada ubat, setia menunggu Nisa siap makan.

Nampaknya Nisa terpaksa menelan ubat itu. Haih, malang nasib ku.

SELAMAT MEMBACA :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience