35.

Romance Completed 52551

Hari yang ditunggu akhirnya tiba jua. Majlis pertunangan dijalankan dengan meriah sekali dengan kehadiran seluruh ahli keluarga Damia. Majlis perkhawinan juga dilakukan sekali gus bagi mempercepatkan proses bagi memasuki alam rumah tangga. Semua ini Khairil punya idea. Katanya sudah tidak sabar.

Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha pengatur semuanya. Terima kasih kerana telah memberikan hamba-Mu ini merasai apa itu kasih sayang dan percintaan.

Mata Damia tidak berkelip memerhati Khairil yang sejak berbaju Melayu putih itu. Semua kos majlis ini dibayar oleh Luth. Ia berasa bersyukur kerana tiada lagi dendam Luth kepadanya. Mereka saat ini sudah menjadi kawan.

Mata Damia teralih melihat Nisa menuju kearahnya. "Assalamualaikum..apa khabar pengatin kita ni? Ya Allah, cantiknya Damia"

"Terima kasih. Nisa pun cantik juga. Mana Luth?"

"Luth ada. Tengah berbual dengan abang Khai. Katanya ada hal yang nak dibincangkan. Macam mana rasa dia? Best kan kahwin?"

"Bestlah juga. Tapi ada rasa takutnya sikit. Takut dengan malam pertama" Kata Damia yang menahan malu.

Nisa ketawa. "Biasalah Mia. Nisa pun mula tu takut juga tapi bila selalu buat. Biasa je. Macam tak ada apa pun"

"Amboi..selalu? Haih, bahaya sangat ni"

Ketawa mereka meletus. Menahan malu apabila mengingat perkara yang berlaku itu. Merah padam muka mereka.

Tawaan mereka menarik perhatian Luth mahupun Khairil. Mereka tersenyum bahagia. "Haih apa yang dibincangkan oleh mereka tu sampai boleh ketawa kuat macam tu?"

"Entahlah bang. Biarkan mereka. Ada lah hal mereka tu" Ujar Luth. Ia menghirup air kopi yang disediakan oleh Mak. "Apa yang abang nak bincangkan dengan saya ni? Nampak macam serius" Luth bertanya. Ia hairan melihat wajah Khairil yang super serius itu.

"Abang nak tanya Luth sesuatu? Luth kenal ke tak Zakrul ex boyfriend Damia?"

Berderu darah Luth. "Zak? Kenapa dengan dia? Abang dah jumpa dia ke? Dia buat apa-apa dekat abang ke?"

Khairil menarik nafas. "Kami ada terserempak dia dekat Mall. Dia nak anak Damia. Abang tak tahu nak buat apa sebab dia ayah sah kepada anak tu? Abang buntu. Abang dah anggap anak Damia tu anak abang juga"

"Abang..Luth rasa abang kena jaga Damia dengan lebih ketat. Bahaya"

"Maksudnya? Bahaya? Bahaya macam mana tu?"

"Zak, dia tu psiko sebenarnya. Dia dah buat banyak perkara nak dapatkan isteri Luth. Dia sanggup bunuh Luth demi rancangan dia berjaya. Jadi abang perlu ada disisi Damia di mana sahaja Damia pergi. Luth takut dia nak ambil anak tu tapi dengan cara yang bahaya"

"Maksudnya?"

"Maksud dia bukan ambil nak jaga tapi ambil nak bunuh anak yang tak bersalah itu. Buat masa ini kami dah cuba sedaya upaya nak tangkap dia. Tapi dia licik. Dia masih berkeliaran di luar sana. Mungkin sedang merancang sesuatu yang bahaya?"

Terkelu lidah Khairil. Ia tidak sangka sekejam itu Zakrul. Ya Allah, Engkau lindungi hamba-Mu daripada segala kejahatan yang bakal berlaku. Mata Khairil melihat kearah isteri kesayangannya itu. Ia bersumpah akan menjaga Damia dengan baik.

Mata Luth leka menatap wajah Nisa yang enak tidur. Sayang, andai abang pergi dulu semasa berjaya tewaskan Zakrul. Abang harap sayang mampu menerimanya. Abang harap sayang akan jumpa dengan orang yang mampu menjaga sayang dengan sebaiknya.

Hati Luth berdetak dengan laju. Ya Allah, Engkau lindungi hamba-Mu dalam menjaga isteri sehingga maut yang memisahkan kami. Kalau boleh sehidup semati. Doa Luth. Hanya itu ia mampu lakukan.

Doakan Author semoga berjaya dalam SPM ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience