42.

Romance Completed 52555

"Hish.." lirih Luth. Matanya terbuka. Kabur. Siling putih dipandang. "Aku dekat mana?" Anak mata jatuh kearah sekujur tubuh yang enak dibuai mimpi. Kajet. "Apa aku dah buat ni?! Ya Allah!" Ia kembali menilik tubuhnya. "Apa aku dah buat ni?! Aku dah gila ke?! Ya Allah! Apa yang sudah berlaku ni?" Gusar hati Luth.

Laju Luth turun dari katil. Seluar dikutip lalu dipakai. Ia perlu pergi dari sini secepat mungkin. Semuanya berlaku dengan pantas.

Tok! Tok! Kedengaran pintu diketuk. "Sila buka pintu ini sekarang. Kami pencegah maksiat. Kami mendapati bahawa kamu semua melakukan hubungan haram disini!"

Jeritan diluar membuatkan Yana tersedar dari tidur. Ia mengosok mata. "Apa yang sudah terjadi ni?" Soal Yana. Bohong! Yana berpura hilang ingatan!

Ya Allah, engkau lindungi hamba-Mu. Doa Luth. Laju kaki menuju kearah pintu. Cleck. Pintu dibuka.

"Assalamualaikum"

Diam. Hanya itu ia mampu lakukan.

"Boleh kami lihat sijil perkahwinan Encik dan Puan?"

Sekali lagi Luth diam.

"Encik?"

"Maaf, kami memang lakukan hubungan haram. Kami bukan pasangan suami isteri" Terang Yana.

Mata Luth membuntang. Terkejut dengan terangan Yana.

"Kami mahu Encik dan Puan pakai baju sekarang. Sila ikut kami ke Penjabat Agama"

Kring. Nada dering menganggu tidur Nisa. "Assalamualaikum, ya ada apa?"

"Ini Puan Nisa ke?"

"Ya, kenapa?"

"Kami daripada penjabat agama. Kami mendapati bahawa suami Puan melakukan hubungan haram dengan seorang perempuan. Puan dikehendaki hadir kesini sekarang"

Tup. Panggilan ditutup.

Bagai mahu luruh jantung Nisa. Ya Allah! Apa aku salah dengar?! Apa semuanya benar? Ya Allah!" Air mata membasahi pipinya. Suami yang ia cintai dengan sepenuh jiwa sudah menghancurkan hatinya. Isteri mana yang suka bila tahu suami dia macam ni?

"Sayang.." Panggil Luth sebaik sahaja melihat Nisa muncul. Ia cuba meraih tangan Nisa namun ditarik semula.

Nisa memandang Luth dengan pandangan jijik. Memang! Memang dia jijik dengan Luth.

"Sayang..sumpah Abang tak buat semua tu. Abang kena perangkap Sayang. Please. Tolong percayakan Abang. Please Sayang"

Melihat Nisa diam membuatkan Luth menyambung pujukan. " Sayang..please jangan buat Abang macam ni. Jangan senyap macam ni. Abang tahu Sayang kecewa dan sakit hati tapi sumpah Sayang. Abang tak buat semua itu" Tangan Nisa diraih sekali lagi.

Pang. Pipi Luth ditampar. "Kau jangan nak sentuh aku dengan tangan jijik kau tu! Aku nak kau bertanggungjawap dengan apa yang kau lakukan! Aku tak mahu dengar apa-apa alasan lagi!"

Sekali lagi, air mata yang ditahan akhirnya jatuh. Rasa cinta dia kepada suami seakan hilang begitu sahaja sebaik mendapat tahu perkara ini.

Tiada lagi perkataan 'Sayang' dan 'Abang'. Yang hanya muncul saat ini ialah 'Kau' dan 'Aku'. Sakit hati Nisa bila dipelakuan sebegitu. Sakit sangat!

Luth hanya diam. Ia tahu Nisa marah. Ia tidak berani menatap anak mata Nisa. "Maafkan Abang, Sayang. Abang tak buat semua ini" Bisik hati Luth. Sakit dipipi tidak sesakit hati dia apabila Nisa tidak mempercayai dirinya.

Yana hanya mencebik melihat kedua pasangan suami isteri itu bergaduh. Baginya ia sudah berjaya mendapatkan Luth. Senyuman sinis terhasil apabila melihat Nisa menangis dengan teresak esak.

Senyap. Hanya suasana ini mampu dihasilkan. Mereka pulang ke rumah sebaik sahaja selesai urusan. Awalnya Nisa menolak untuk pulang bersama Luth. Namun, mengingati ia tidak mampu meminta pertolongan sesiapa.

Nisa membuang pandangan ke luar tingkap. Dirinya seakan telah mati. Sakit hati apabila dipermainkan sebegitu. Berani Luth buat begini semasa ia mengandungkan anak mereka.

Luth mengerling kearah Nisa. Ia menarik nafas panjang. Semua pujukan rayu tidak diendah oleh Nisa. Seakan cinta Nisa akan dirinya sudah mati.

Masuk sahaja rumah, Nisa terus menuju ke bilik tidur mereka. Almari dibuka. Ia keluarkan satu bagasi besar. Ia mengambil keputusan untuk pergi dari hidup Luth. Sebolehnya tidak mahu duduk satu rumah dengan lelaki seperti Luth.

Luth masuk ke dalam bilik. Kajet. Melihat Nisa memasuki baju ke dalam bagasi membuatkan hati dia luruh. Sumpah! Ia kecewa! Sayang kenapa susah sangat nak faham Abang? hati Luth berbisik.

"Sayang..please jangan buat Abang macam ni. Please. Abang mohon. Jangan tinggalkan Abang. Please Sayang" Air mata lelaki jatuh.

Nisa memekak telinga. Kata-kata yang keluar dari mulut Luth tidak diendahkan. Apa yang dia mahu ialah secepat mungkin keluar dari rumah ini. Benci menatap muka polos Luth.

Bagasi dizipkan. Nisa menarik bagasi keluar dari bilik. Bahu Luth dilanggar. "Sayang.." lengan Nisa ditahan.

"Kau nak apa lagi? Pergi dekat perempuan itu. Buat apa kau nak pujuk aku lagi? Hati aku dah mati untuk kau"

Terasa jantung Luth dihempap sebuah batu besar. "Sayang..please dengar apa yang Abang nak beritahu. Abang tak buat semua tu. Sumpah Sayang"

"Habis?! Kau nak cakap dia yang perangkap kau?! Macam tu?! Wow hebat juga cerita kau! Pandai kau berlakon semata nak tutup kesalahan kau! Hebat! Sekarang kau lepaskan tangan jijik kau!"

Lengan Nisa ditarik. Nisa berlari anak kearah tangga.

Luth mengejar dibelakang.

Namun, tidak tahu bagaimana kaki Nisa tersalah pijak sehingga menyebabkan dia tergelincir. Jatuh.

"Sayang!!"

Nisa menahan sakit. Darah membasahi seluar. "Sakit.." Lirih Nisa. Kepala terasa berat. Anak mata mula kabur. Tanpa sempat dia berkata, gelap menjemput dirinya.

"Sayang!! Bertahan okay!!" Beritahu Luth. Dia mengangkat tubuh Nisa. "Sayang!! Maafkan Abang!!"

SELAMAT MEMBACA -^-^- MAAFKAN AUTHOR JIKA KURANG MEMUASKAN.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience