30.

Romance Completed 52551

"Assalamualaikum..Damia kan?"

"Waalaikumussalam..ya. Awak. Khairil kan?"

"Boleh saya duduk?", tanya Khairil yang menunjuk kerusi yang berada di hadapan Damia.

"Boleh"

Khairil tersenyum manis kepada Damia. Ia duduk. "Kalau tak keberatan, boleh kita berkenalan? Mana tahu saya boleh kawan baik awak"

"Boleh sahaja. Tapi awak sudi ke nak berkawan dengan orang macam saya? Saya takut semua ni akan buat awak malu"

"Apa buat semua ni buat saya malu! Saya tak malu lah nak berkawan dengan siapa! Ni hak saya. Dengan siapa saya nak berkawan, hak saya. Bukan orang lain"

"Tapi.."

"Tak ada tapi-tapi. Biarkan mereka. Mulut orang susah nak ditutup. Kita diam sahaja. Nanti mereka akan diam juga akhirnya"

"Terima kasih"

Lama mereka diam. Ini membuatkan Khairil merasa bosan. "Hmm.. awak tak cuba nak carikan suami yang boleh jaga awak dan anak ni? Lebih baik awak cari. Mana tahu ada orang suka dekat awak senyap-senyap"

"Pasal suami tu saya tak pasti nak cari ke tak? Saya berhajat lepas melahirkan anak ni, saya nak bawa ke luar negara dengan duit saya sendiri. Saya tak nak anak saya dibuli"

"Sebenarnya saya bangga dengan awak, Damia. Perempuan di luar sana sanggup bunuh anak yang mereka kandungkan lepas buat maksiat kerana takut. Tapi awak? Awak cuba pertahankan anak awak sampai dia dilahirkan"

"Terima kasih sebab bangga dengan saya. Saya pun mahukan keluarga yang romantik dan sebagainya. Saya juga sukakan budak. Tapi cuma sifat dengki saya dulu yang buat saya jadi macam ni. Saya cuba yang terbaik untuk berubah"

"Kereta siapa pula tu? Asyik ikut aku dari tadi lagi. Dia ni ada masalah apa eh?"

Luth mengeling kearah cermin. Ia melihat sebuah kereta Myvi hitam yang asyik mengikutnya sejak ia keluar dari rumah. Nisa? Luth menyuruh Nisa berehat dirumah sahaja. Ia tidak mahu Nisa masuk kerja hari ni.

Myvi hitam itu memotong kereta Luth dengan laju. Tiba-tiba kedengaran bunyi brek. Dua orang lelaki berusia 20-an keluar dari kereta itu.

"Hoi! Keluar!"

Luth menurunkan tingkap kereta. "Ya ada apa? Perlu ke nak menjerit dekat aku? Apa masalah kau?"

"Baik kau keluar sebelum aku bakar kereta kau!"

Dalam keadaan malas, akhirnya Luth keluar. Baru sahaja ia keluar, kelar bajunya ditarik. "Lepaslah!!"

Luth jatuh ke tanah. Perutnya sekali lagi terasa sakit. Aih, baru semalam kena tumbuk, desis hati Luth.

"Bos aku ada amaran dekat kau! Kau dengar sini! Bos aku tak nak kau kacau hidup dia lagi! Dia berhak nak lakukan apa sahaja! Bersedia kau untuk lenyap dari dunia ni!"

Sebelum pergi dari situ, penjahat itu memukul dan memijak Luth dengan kasar.

Apa yang Luth rasakan? Kepalanya pening. Dunia yang berputar.

"Ya Allah! Perasaan apa ni?!", terkejut Nisa. Gelas yang dipegang terlepas dari tangannya.

"Arkh..hish.. Ya Allah, kenapa dengan hamba-Mu ini? Kenapa hati hamba-Mu rasa tidak enak? Apa yang berlaku ni? Atau ada sesuatu yang berlaku dekat Luth?", guman Nisa.

Nisa memerhati tangannya yang darah itu. Dia berdoa semoga Luth selamat. Sedang ralit Nisa mengutip kaca yang pecah. Tiba-tiba telinganya kedengaran bunyi loceng. Siapa pula tu?, desis hati Nisa.

Kakinya laju menuju kearah pintu. "Ya siapa tu?"

Berderu darahnya selepas melihat gerangan yang datang. "Hai Nisa", kata Zakrul sambil tersenyum sinis.

Nisa dengan laju menutup pintu. Namun tidak berjaya! Sebuah tangan menahan pintu itu daripada tertutup.

"Kenapa ni sayang? Tak happy ke abang datang sini? Abang rindu sayang tau", Zakrul menolak pintu itu dengan kasar sehingga terbuka.

Nisa mengundur. Ia ketakutan. Baru ia sedar bahawa aurat di kepalanya tidak ditutup. Zakrul sudah melihat auratnya!

Nisa berlari naik ke tingkap atas. Zakrul mengejar sambil tersenyum sinis.

"Ya Allah sayang! Tolong angkat call ni!", kata Luth.

Ia memandu walaupun terpaksa menahan perit di perutnya. "Ya Allah kau lindungi isteriku daripada bahaya".

Dia terus berdoa. Hatinya gusar. Ia tahu Nisa dalam bahaya.

Maaf sebab author selalu update slow..Author buat masa sekarang tengah busy dengan SPM. Harap semua boleh bersabar. Author akan cuba cari masa walaupun busy. Doakan untuk Author tau. Love you all. Jangan lupa support ig dan twitter Author. ^-^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience