10.

Romance Completed 52551

Sejak Nisa diperkenalkan kepada family Luth, hubungan mereka berdua menjadi rapat.Kemana sahaja mereka pergi mesti berdua.

Hubungan mereka sudah diketahui oleh Damia dan juga Zakrul.Mereka bersepakat akan menghancurkan hubungan itu.

Bergelar sebagai PA kepada CEO syarikat amat memenatkan namun semua itu tidak menghalangkan Nisa mencari rezeki halal.

Itu belum lagi pening kepalanya mencipta alasan untuk menolak setiap ajakan Zakrul.Pernah suatu hari dia keluar dengan si Zakrul, apabila ia bertembung dengan Luth, terus lelaki itu mengamuk.Nasib baik tidak berlaku pergaduhan.

Tetapi Zakrul ini jenis manusia yang tidak pernah serik.Katanya, selagi Nisa belum rasmi menjadi isteri Luth, selagi itulah Zakrul akan merebutnya.Raut wajah Luth tidak usah ceritalah.Mengalahkan singa yang tidak makan setahun.

Sejak dari itu, Luth asyik mengongkongnya.Ke mana dia pergi dan bersama siapa dia mahu keluar, harus diberitahu dahulu.

Dan, dalam bulan hadapan dia akan menjadi isteri kepada Luth.Ia gembira apabila ibu bapanya merestui hubungan mereka meskipun ibu bapanya sudah mempunyai seseorang untuknya.

Hampir luruh jantung Nisa apabila Zakrul tiba-tiba sahaja muncul di hadapannya sebaik sahaja dia duduk.Dia mengurut dadanya sambil matanya tidak lepas memandang wajah Zakrul yang sedang tersenyum manis kepadanya.

"Morning! Cantik awak pagi ni." Zakrul menghulurkan sekuntum bunga mawar merah segar yang langsung tidak dihiasi dengan balutan cantik kepada Nisa.

Nisa sekadar memandang kosong bunga mawar tersebut.Apa yang dia tahu, dia cukup meluat memandang wajah Zakrul.Lelaki yang banyak mengganggunya sejak kebelakangan ini.

"Awak tak ada kerja ke Encik Zakrul? Bunga ni untuk siapa? Awak silap orang kut. Awak tahukan yang saya ni tunang orang."

"Bunga ros merah ni memang saya petik khas untuk gadis cantik dan manis macam awak.Gadis yang banyak mengganggu tidur saya sejak zaman sekolah lagi.Awak dah curi hati saya, Nisa.Saya tak kisah yang awak ni tunang orang, yang penting saya dapat awak."

Nisa merengus perlahan.Dia semakin meluat dengan Zakrul apabila mendengar kata-kata lelaki itu.

"Encik Zakrul tahu tak yang saya ni tunang orang." Sekali lagi Nisa memperingatkan lelaki itu.

"Saya tahu, tapi saya tak boleh kawal perasaan saya daripada terus mendekati awak, untuk menyayangi awak dan mencintai awak.Bagi saya, saya tidak kisah siapa pun awak.Asalkan nama awak dah terpahat dalam hati saya sebagai gadis yang paling istimewa." Dengan penuh perasaan Zakrul meluahkan kata-kata itu.

Nisa tersenyum sinis.Dasar player! Rungut Nisa dalam hati.

"Simpan sajalah ayat yang kononnya romantiktu dekat perempuan lain.Perempuan yang lebih layak untuk Encik Zakrul.Saya ni dah jadi hak orang lain, hak tunang saya.Kalau tak ada apa-apa, saya nak buat kerja ni.Saya perlu jumpa tunang saya." Nisa cuba melangkah.Namun kali inj dengan beraninya Zakrul memegang lengannya agar dia tidak boleh melepaskan diri.Nisa terus merentap kasar sehingga pegangan lelaki itu terlepas.

"Jangan sesekali buat saya hilangkan title Encik pada nama Encik Zakrul.Tolong hormat saya kalau Encik Zakrul mahu saya hormat Encik Zakrul." Nisa bersuara perlahan, namun berbaur tegas.

"Sorry! Saya tak bermaksud apa-apa.Tapi boleh, kan kalau awak terima ros merah ni dari saya." Zakrul sekali lagi menghulurkan bunga tersebut kepada Nisa.

"Maaf! Saya tak suka bunga ros merah! Saya pergi dulu." Kali ini Nisa pantas melangkah sebelum Zakrul sekali lagi menghalang jalannya.

"Tak apa, kali ni mungkin awak menolak.Tapi saya yakin, satu hari nanti awak pasti ada dalam pelukan saya! Patutlah kau boleh dapat perempuan itu Luth, rupa-rupanya dia ni memang istimewa.Aku suka! Dan aku akan pastikan Nisa akan menjadi hak aku." Zakrul berbisik sendirian.Langkah Nisa yang jauh dan menghilang diperhatikan sahaja.Dia boleh mengalah dan bersabar selagi dia mampu.Namun dia tekad, hati gadis ini mesti dimenangi.

"Come on la! Aku ada benda nak cakap dengan kau ni.Ada benda yang aku perlu berunding dengan kau!"

"Apa dia?"

"Aku ada seorang perempuan yang akubbaru je kenal.Cantik! Cukup menarik! Apa kata kita bertaruh untuk dapatkan perempuan ni."

Bicara Zakrul membuatkan Luth tergelak sendiri.Entah mengapa dia merasakan kata-kata lelaki itu cukup mencuit hatinya.

"Zak...Zak...kau dengar sini.Kalau kau dengan akh bertarung, yang menang mesti aku.Lagipun benda ni membuangkan masa dan tidak berfaedah."

"Tapi aku tak rasa yang pertaruhan kali ini akan membuang masa, tambah-tambah kalau kau kenal dengan perempuan ni!"

"Kau dengar sini bro! Sebagai seorang lelaki yang matang, yang ada matlamat dalam hidup...keseronokan dan tanggungjawap mesti dipisahkan.Jangan jadikan keseronokan kau sebagai tanggungjawap kau! Sebab kalau kau keliru antara keseronokan dan tanggungjawap, apa yang kau nak apa yang kau inginkan pasti takkan tercapai.Kacau beb! Sekarang aku dah ada tanggungjawap yang lebih penting dari buat perkara bodoh tu dengan kau! Faham?" Luth berbicara panjang lebar.

Zakrul cuba menahan rasa marahnya.Bicara Luth sebentar tadi semakin membuatkan rasa benci dia terhadap lelaki itu semakin menebal.

"Tapi kau kenal dengan perempuan ni!" Zakrul tidak berputus asa.

"Dah la Zakrul, kau blah lah! Pergilah...enjoy life kau! Kau takkan berjaya pujuk aku dengan rancangan bodoh dan tidak matang ni."

"Yeke? Kalau macam tu, aku tak perlulah nak bersaing dengan kau untuk dapatkan perempuan nikan! Apa nama perempuan ni ek...aku lupa! Kejap...oh...aku dah ingat...Nisa! Nur Asnisa Sofea.Kau kenal, kan dengan dia ni.

Serentak dengan itu, Luth terus menerkam ke arah Zakrul.Kolar baju lelaki itu ditarik dengan kasar.Penumbuknya hampir-hampir sahaja singgah di muka Zakrul.

"Kau jangan sesekali kacau tunang aku! Kalau kau berani kacau tunang aku, nahas kau aku kerjakan!" Luth menolak Zakrul dengan kasar.

"Oh..tunang kau ke? Wah! Tak tahu pula aku dia ni tunang kau! Ermm...nampak gayanya aku memang kena bersaing dengan kau la ya." Puas hati Zakrul kerana dapat memancing kemarahan Luth.

"Kau!" Sekali lagi Luth menarik kolar baju Zakrul.

Namun kali ini Zakrul tidak mendiamkan diri.Dia turut menarik kolar baju milik Luth. "Kau ingat aku takut?"

"Dan kau jangan ingat kau berjaya dapatkan tunang aku.Dia hak aku! Dan aku akan pastikan kau takkan dapat dekat dengan dia walaupun seinci!" Luth melepaskan pegangan Zakrul pada kolar bajunya lantas menolak lelaki itu sekali lagi dengan lebih kasar sehingga lelaki itu terdorong ke belakang.Kali ini dia melangkah pergi.

"Tak guna!" jerit Luth.

" She's mine, and always be mine!" Nafas Luth naik turun.Otaknya mula ligat berfikir.Adakah Nisa mengenali lelaki itu? Macam mana Nisa boleh kenal dengan Zakrul?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience