27.

Romance Completed 52551

"Bila nak bagi Mama nak cucu ni? Dah lama Mama tunggu ni. Dah tak sabar ni"

"Mama..bagi kami sedikit masa please? Belum ada rezeki untuk kami. Tapi kami sedang berusaha nak bagi Mama cucu. Mama doakan untuk kami tau"

"Insyaallah..Mama selalu berdoa dan sokong kamu berdua. Mama tahu masa yang Mama nantikan itu akan datang. Teruskan usaha kamu berdua. Lepas tengok dekat sofa tadi, dah nampak macam tengah berusaha sangat tu", sakat Datin Maria.

Nisa menunduk malu.Luth berpaling kearah lain.Datin Maria ketawa. "Lain kali jangan lupa kunci pintu tu tau.Bahaya!"

Perlu ke aku minta maaf dekat Luth dan Nisa? Tapi aku takut mereka tak terima kemaafan aku. Aku dah insaf, desis hati Damia.

Petang yang indah, Damia mengambil peluang untuk melihat pantai.Rumah Aminah terletak di hadapan pantai membuatkan Damia merasa tenang.

Sejak ia meninggalkan dunia gelapnya, hatinya selalu merasa tenang. Sungguh! Ia sama sekali tidak pernah merasa tenang seperti ini.

Damia terus memerhati telefon miliknya. Baik aku lakukannya sekarang.Aku dah tak mahu nak tanggung dosa lagi, desis hati Damia.

Ia membuka telefon lalu mencari nombor milik Luth.Ia menarik nafasnya.

"Hello, kau nak apa lagi?"

"Waalaikumusaalam, boleh saya nak berjumpa dengan awak dan Nisa? Kita jumpa dekat Restoran Manja"

"Buat apa kau nak jumpa kami lagi? Kau nak sakitkan hati isteri aku lagi ke?"

"Bukan..saya nak minta maaf dengan apa yang saya lakukan itu"

Lama Luth menyepi. "Baiklah, kita jumpa malam ni"

"Terima kasih sebab sudi berjumpa dengan saya.Terima kasih"

"Hmm", balas Luth.Ia terus menutup telefonnya.

"Abang? Siapa yang call?"

"Damia, sayang.Dia nak jumpa kita malam ni.Dia nak minta maaf.Abang rasa kita tak patut jumpa dia lah.Nanti jadi benda lain pula"

"Ish abang ni.Jangan cakap macam tu.Mana tahu dia betul-betul sudah insaf? Kita jumpa dia malam ni juga.Boleh kan abang?"

"Tapi sayang...?"

"Abang..semua manusia tidak lari daripada melakukan kesalahan.Dan kita juga sebagai umat Islam harus saling meminta maaf.Mungkin dia sudah insaf.Abang..please maafkan dia okey? Allah SWT selalu ampunkan dosa umatnya..kenapa kita tak boleh nak maafkan orang lain?"

Luth terdiam mencerna kata-kata Nisa.Ia memandang tepat ke wajah Nisa.Ia tersenyum. " Sayang..abang bersyukur sangat sebab mempunyai isteri macam sayang.Sudahlah cantik.Baik hati pula tu.Baiklah, kita jumpa Damia malam ni"

"Terima kasih abang"

"Sama-sama, sayang.Abang akan lakukan apa sahaja untuk sayang asalkan sayang bahagia"

Damia menilik jam miliknya.Ia memandang seluruh restoran mencari kelibat Nisa dan Luth.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam", balas Damia.

"Boleh kami duduk?"

"Duduklah"

"Ada apa nak jumpa dengan kami?", tanya Luth dingin.

Damia diam.Ia memainkan tangannya.Ia tidak berani mahu mengangkat kepalanya. "Saya nak minta maaf dengan apa yang saya lakukan? Saya tahu saya salah.Saya dah hancurkan hubungan rumah tangga orang lain.Maafkan saya.Saya janji tak akan lakukan ini lagi.Saya sudah insaf"

Nisa mahupun Luth tekun mendengar apa yang dikatakan sama Damia.Luth memandang wajah Nisa.Nisa mengganguk.

"Baiklah, kami dah maafkan awak.Kami harap awak tak ganggu lagi hubungan rumah tangga kami"

"Saya berjanji"

"Damia sihat ke?"

"Alhamdulillah sihat je"

"Damia datang sini seorang jeke?"

"Taklah, Damia datang bertiga.Seorang lagi tunggu dalam kereta"

"Seorang lagi?", tanya Luth

Damia menarik nafas. "Seorang lagi ada dalam ni", kata Damia yang menunjukkan perutnya.

Nisa dan Luth mengerut kening. "Damia dah kahwin ke? Bila kahwin ni? Nisa tak tahu pun?"

"Bukan kahwin"

"Bukan kahwin? Maksudnya? Jangan nak cakap yang Damia ni..?"

"Ya, Damia mengandungkan anak luar nikah.Damia tak sanggup nak bunuh dia.Damia sayang anak Damia", kata Damia yang menangis.

Nisa mengusap tangan Damia.Ia menenangkan Damia. "Sudahlah Damia.Yang lepas, sila lepaskan.Yang penting Damia dan anak Damia sihat.Dah berapa bulan ni?"

"Dah 2 bulan.Damia malu dengan apa yang Damia lakukan"

"Sudahlah.Sekarang Damia buka buku baru.Damia teruskan kehidupan baru.Apa yang Damia buat tu betul.Damia tak jadi jahat sehingga mahu bunuh anak yang tak berdosa ini.Nisa tahu yang Damia mampu lakukan.Sudahlah, ibu mengandung tak boleh nak stress"

Damia tersenyum.

"Anak siapa ni?", tanya Luth

Damia diam.Sekali lagi ia menunduk kepalanya.

"Damia..saya tanya ni.Anak siapa?"

"Z-Zak.."

"Zak? Dia buat ni dekat kau? Tak guna punya jantan", marah luth.

"Abang..sabar"

"Mana boleh macam tu sayang! Zak tu dah gila.Tengok apa yang dia buat sekarang!"

"Ya, sayang tahu.Tapi kita dekat restoran ni.Kalau abang nak mengamuk.Kita balik rumah"

"Habistu dia lari macam tu?"

Sekali lagi Damia mengganguk kepalanya.

Luth menghelakan nafasnya.Ia memandang wajah isteri dan Damia.Ia buntu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience