34.

Romance Completed 52551

"Abang..saya rindukan anak kita. Dah lama kita tak tahu khabar anak kita. Apalah Damia buat dekat luar sana? Macam mana kehidupan dia sekarang?"

"Kau jangan nak sebut nama budak tu! Dia bukan lagi anak kita! Kita tak ada anak macam dia! Anak kita dah mati!"

"Abang! Apa yang abang cakap ni?! Mengucap bang! Walau bagaimana pun, dia tetap darah daging kita. Saya tetap nak cari anak kita. Saya nak bawa Damia balik"

Haih buat apa lagi dia nak ambil tahu pasal budak tu? Damia.. daddy sebenarnya masih rindukan Damia. Mana Damia pergi?

Damia termenung. Mommy.. daddy.. Damia rindu kalian berdua. Damia harap kalian berdua kekal sihat. Maafkan Damia. Damia bersalah.

Sejujurnya sudah hampir masuk 3 bulan. Ia masih belum mempunyai keberanian mahu melawat kedua orang tuannya.

"Sayang.." Panggil Luth dengan senyuman meleret.

"Apa?" Hairan Nisa.

"Sayang malam ni kan. Abang rasa nak bermanja dengan sayang. Abang rindu"

Gulp. Itu yang mampu Nisa lakukan. Hah sudah! Nak bermanja pula dia ni. Dia hanya mampu diam apabila Luth mengangkat tubuhnya.

"Hello aku nak kau carikan pembantu baharu yang boleh lakukan tugas aku. Pasal upah tu kau jangan risau. Nanti aku yang akan berbincang dengan mereka"

"Bos kami dah dapat maklumat tentang bakal suami Damia. Ini dia"

Laju sahaja tangan Zakrul mengambil bukti itu. "Budak kampung je? Aku ingat anak Dato mana kau berkahwin ini. Rupanya anak yatim yang tiada bapak. Haha! Sejak bila Damia yang kaya-raya jatuh cinta dengan budak kampung?"

Gerun anak buah Zakrul mendengar suara gelak seram itu. Namun, mereka hanya diam. Takut dibunuh oleh Zakrul.

"Damia..maafkan Mommy. Maafkan Mommy sebab dah halau Damia. Sepatutnya Mommy tolong Damia. Bukan marah Damia. Ya Allah engkau lindungi anakku daripada segala bahaya dan perkara yang tak diingin. Engkau lembutkan hati suamiku supaya ia boleh menerima Damia kembali" Panjang doa yang ia mohon. Ia mahu keluarganya kembali lagi seperti dulu.

"Abang..bila kita boleh ada cucu? Saya dah tak sabar"

"Hish awak ni! Bagi anak dan menantu awak tu masa dulu. Belum ada rezeki diorang lagi kut. Kita berdoa banyak-banyak supaya kita dapat ramai cucu"

"Amin. Saya pun harap begitu"

Nisa memerhati suaminya yang tekun melipat sejadah. "Abang please..bagi sayang bekerja. Sayang bosan duduk kat rumah tak buat apa. Please"

Luth menghela nafasnya. "Sayang..bukan abang tak nak bagi tapi Zak? Dia masih dekat luar sana. Abang takut dia lukakan sayang. Maafkan abang sebab terpaksa kurung sayang dalam rumah buat masa ini. Zak tu bahaya"

"Tapi abang. Sekuranya bagi sayang kerja dalam talian sahaja. Bosan sangat duduk dekat rumah. Please"

"Yalah. Nanti abang carikan kerja yang perlukan dalam talian. Sayang tak akan keluar dari rumah. Dah lah abang nak pergi mandi. Nanti lewat pula. Sayang tak nak teman abang mandi ke?"

"Hish tak nak. Sayang nak pergi sediakan sarapan untuk abang" Laju sahaja Nisa membalas.

Ketawa Luth meletus. Sayang haih. Abang bergurau je lah. Terus pucat muka dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience