22.

Romance Completed 52551

"Tak guna! Aku benci kau! Kau dah gila! Kalau kau luahkan perasaan marah kau tu! Buat dekat perempuan tu! Bukan aku!", marah Damia.Ia tidak benci dipelakuan kasar oleh Zakrul semasa melakukan hubungan intim itu.

"Sorry okay.I cuma tak tahan sangat marah tadi", pujuk Zakrul.Ia memeluk tubuh Damia.

"Sayang..balik nanti kita pergi rumah Mama.Kita tidur dekat sana.Mama minta temankan kerana Papa ada hal sehingga perlu keluar daerah"

"Baiklah abang.Nanti kita pergi.Sekarang jom kita balik, kemas baju kita"

"Jom sayang", Luth mengenggam tangan Nisa.Mereka menuju ke tempat parkir kereta.

"Assalamualaikum, Mama! Kami dah sampai", kata Luth.

"Waalaikumussalam, Ya Allah sampai juga anak dan menantu kesayangan Mama nie"

Mereka berpelukan antara satu sama lain."Mama, Nisa rindu Mama tau"

"Kenapa tak jenguk Mama selalu? Ke suami tak bagi?", sakat Datin Maria.

"Ish Mama ni.Mana ada sampai macam tu.Luth dengan Nisa busy sikit" kata Luth sambil tersengih.

"Dah jom kita makan sekarang.Mesti menantu Mama tengah lapar ni?"

"Laa Mama, menantu Mama je ke yang lapar? Anak Mama nia tak nak tanya ke?"

"Ish kamu tu selalu lapar.Bukan Mama tak tahu.Dah jom!"

"Nisa dengan Luth bila nak ada anak?"

"Hukk..Hukk..", batuk Luth.Nisa ketawa.Ia mengambil air lalu dihulurkan kepada suaminya.

Tiba-tiba kejadian malam semalam menyapa di fikiran Nisa.Ia tersenyum malu."Belum ada rezeki lagi Mama"

"Cepatlah bagi Mama cucu.Rumah ni sunyi, dah lama Mama tak dengar suara baby menangis.Mama dah tak sabar nak ada cucu ni", kata Datin Maria.

Hah sudah, desis hati Nisa.Ia merasakan bahawa pipinya akan menjadi warna merah.

"Insyaallah, kami sedang berusaha sekarang.Nanti kami bagi Mama cucu.Mama nak berapa?"

Nisa menjeling kepada Luth. Gila! Siap tanya nak berapa? Dia ni nak bunuh aku ke?, desis hati Nisa sekali lagi.

"Bagi berapa pun Mama terima.Asalkan semua cucu Mama sihat.Dah hampir dua bulan kamu kahwin.Tak sangka dah secepat itu"

Luth dan Nisa tersenyum.Luth mengangkat kening sehingga menyebabkan Nisa menjeling.Luth ketawa dengan kuat.

Datin Maria juga ketawa apabila melihat perangai pasangan muda itu.

"Sayang..bangun sayang.Dah subuh ni.Jom kita solat subuh"

"Hmm..dah subuh?"

"Iya sayang.Jom bangun"

Nisa bangun dari pembaringan.Ia menuju kearah bilik air.Namun, pergelangan tangannya ditahan.

"Sayang..jom kita mandi berdua", kata Luth sambil mengangkat keningnya.

Nisa terkejut."Ish apa lah abang ni.Dah lah, sayang nak pergi mandi dulu.Abang jangan berani nak kacau sayang", Nisa memberi amaran.

Luth ketawa kegelian melihat wajah Nisa. Haih sayang, marah pun nampak cute.Kenapalah sayang ni cute sangat? Nasib baik kita dirumah Mama, kalau tak dah lama abang terkam sayang, desis hati Luth.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience