8.

Romance Completed 52551

Zakrul menuju ke dalam syarikat milik Luth sambil tersenyum sinis."Mesti mak bapa kau banggakan ada anak macam kau",desis hati Zakrul.

"Nisa?! Betul ke tu Nisa?",tanya Zakrul dalam hati apabila ia ternampak seorang perempuan yang ia cintai dari zaman sekolah.

Zakrul mengikut dari belakang Nisa."Akhirnya aku jumpa juga kau, Nisa.Tunggu aku, Nisa.Aku akan berusaha mendapat cinta kau",desis hati Zakrul.

"Nisa!!", panggil Zakrul

Nisa terkejut namanya dipanggil lalu melihat siapa gerangan yang memanggilnya."Zakrul! Awak buat apa dekat sini?!"

"Saya nak jumpa kawan saya, Luth"

"Luth? Maksud awak Bos saya? Sejak bila awak berkawan dengan dia?"

"Mesti awak lupakan yang ayah saya seorang usahawan.Ayah saya kan kawan dengan ayah Luth"

"Oh, nak saya bawakan awak ke bilik dia?"

"Boleh juga"

"Bos, ada orang nak jumpa dengan Bos"

"Siapa? Suruh dia masuk"

"Baiklah"

"Hei! Luth!"

"Ya Allah! Zak! Bila kau balik ni? Sampai hati kau tak bagitahu aku?"

"Baru semalam aku sampai Malaysia.Sorry bro, aku lupa nak bagitahu kau"

"Nisa, boleh awak sediakan kopi untuk kami?"

"Boleh Bos",kata Nisa lalu keluar untuk memberikan ruang kepada mereka.

"Eh!, semalam aku berjumpa dengan Damia.Dia kata korang dah putuskan pertunangan.Apa dah jadi ni Bro?",kata Zakrul yang memulakan rancangannya.

Luth tersenyum sinis."Dia dah serahkan badan dia dekat lelaki lain.Takkan aku nak terima dia lagi kan?"

"Tapi dia kata dekat aku yang dia kena paksa.Yang mana satu betul ni?"

"Aku yang betul"

"Oky, apa hubungan kau dengan Nisa? Damia kata Nisa tu gf kau?"

"Nisa tu PA aku.Damia dah salah faham"

"Jadi, Nisa tu bukan hak kau? Kalau macam tu, ada peluang untuk aku mengurat dia"

"Mana boleh! Kau kan tak tahu dia dah berpunya ke?"

"Kenapa kau nak marah aku? Ke kau cemburu kalau aku mengurat Nisa?"

"Bos, saya masuk ya"

"silakan"

Nisa masuk untuk menghidangkan air.Sesudah kerjanya, ia keluar dari bilik.

"Mana ada aku cemburu.Aku cuma cakap je"

"Oky"

"Nisa, boleh nanti lunch i nak ajak u keluar makan sekali? Dah lama kita tak jumpa"

"Boleh juga",jawap Nisa yang tanpa mengetahui apa yang dirancang oleh Zakrul.

"Nisa, i rindu masa zaman kita sekolah.Dah lama kita tak jumpa kawan kita"

"Itulah, banyak kenangan masa zaman sekolah.Yang paling tak boleh nak lupa masa kita last sekolah"

"Haha, awak dengan kawan awak menangis sebab sedih berpisah dengan cikgu"

"Ish, awak ni.Malu saya.Tapi tu lah.Kenangan yang terindah buat saya"

"Ish, dah kenapa dengan aku ni? Takkan aku cemburu kut? Ke aku dah jatuh cinta dekat Nisa?",kata Luth sendirian.

"Tak boleh jadi ni.Aku mesti jauhkan Nisa daripada Zakrul.Aku takut Nisa akan jadi mangsa seterus Zakrul"

Ia tahu perangai buaya Zakrul masih tidak dapat berubah walaupun dihantar ke luar negara."Aku mesti jadikan Nisa sebagai hak aku"

"U, thanks sebab dah luangkan masa dengan i"

"Sama-sama Zak.Kalau macam tu saya masuk dulu"

"Damia, bila kau nak ambil hati Luth balik.Aku nak Nisa jadi hak aku",kata Zakrul.

Damia sudah tahu siapa Nisa bagi Zakrul.Rupanya Zakrul sudah lama ada hati dengan Nisa.

"I dah cuba ambil hati Luth.Tapi hati dia dah mati untuk aku"

"Aku tak kira! Aku nak kau fikirkan apa yang harus kau lakukan!"

"Nisa, maafkan saya sebab selama ni saya banyak tengking dekat awak",kata Luth.Ia terus mengajak Nisa masuk kedalam biliknya selepas Nisa pulang dari lunch.

"Oh, tidak apa Bos.Saya tak marah pun.Bos yang patut buang perangai dingin tu.Jangan 24 jam asyik nak marah je"

"Baiklah, saya cuba buangkan.Nisa, malam ni awak free tak?"

"Free je Bos.Kenapa?"

"Saya nak ajak awak keluar makan dengan saya.Saya ada sesuatu yang nak disampaikan dekat awak"

"Baiklah Bos.Pukul berapa tu?"

"Dalam pukul 9"

Malam yang akan menjadi detik indah buat Nisa dan juga Luth.Luth memandang kotak cincin sambil tersenyum.Dia bertekad menjadikan Nisa sebagai milik dia.

Luth ternampak Nisa sampai menyorok kotak cincin ke dalam poket seluarnya.Ia terpegun melihat Nisa yang cantik bergaun hitam itu.

"Cantik awak malam ni"

"Terima kasih.Bos pun nampak segak",kata Nisa tersipu malu dipuji cantik oleh Luth.

"Nisa, saya kata saya ada sesuatu yang nak disampaikan.Apa awak sudah sedia mendengarnya?"

"Sudah Bos.Apa dia?"

Luth bangun lalu berdiri di samping Nisa.Ia terus melutut lalu mengeluarkan kotak cincin."Will you be my girlfriend? not only my girlfriend but be my future wife?"

Nisa terkejut."Ya Allah, apa yang harus aku katakan?",bisik hati Nisa.Ia terus memandang Luth,diam.Lalu, Nisa tersenyum."Yes, i will"

"Really?!",tanya Luth yang tidak percaya.

"Yes, really!!"

"Yes!!",jerit Luth.Ia gembira.Gadis yang sudah bertakhta dihatinya sejak mereka bertemu di Mall sudah menjadi milik dia.

Nisa ketawa melihat Luth."Ya Allah, semoga hubungan kami berkekalan sehingga syurga-Mu",doa Nisa di dalam hati.

Pulang dari date pertama mereka,Luth asyik tersenyum sendirian.Datin Maria yang melihat itu takut dengan anak tunggalnya itu."Eh, Luth! Kenapa ni? Tersenyum sorang.Teringat dekat siapa?"

"Mama, Luth ada sesuatu yang nak disampaikan dekat mama dan papa"

"Apa dia Luth?",tanya Datin Maria yang menunggu jawapan bersama suaminya.

"Mama, tak lama lagi Mama akan dapat menantu"

"Yeke?! Ya Allah, bang tengok anak kita.Bercinta tak bagitahu kita"

"Bila Luth lamar dia?",kata Dato Luqman.

"Baru je tadi.Masa Luth keluar first date dengan dia"

"Bila Luth nak bawa dia jumpa kami? Mama tak sabar dah ni"

"Mungkin minggu ni Luth bawa dia jumpa Mama",kata Luth sambil tersenyum.

"Ya Allah! Betul ke ni? Nisa!"

"Ye! Betul! Bos lamar aku tadi.Aku pun terkejut juga"

"Untunglah kau, dah ada orang lamar.Aku ni bila lagi".

"Insyaallah, jodoh kau akan sampai juga nanti"

"Assalamaulaikum, awak tengah buat apa tu?",tanya Luth dalam panggilan.

"Baru je nak tidur.Tengah baring atas katil ni.Kenapa call?"

"Tak ada lah.Nak bagitahu yang Mama nak jumpa awak.Dia dah tak sabar.Jadi, hujung minggu ni awak free tak?"

"Saya free je.Tapi, saya takutlah nak jumpa"

"Mama saya bukan makan orang.Dia nak tengok macam mana calon menantunya.Jangan risau, Mama saya mesti suka awak"

"Baiklah, saya sedia untuk berjumpa dengan family awak.Oklah, saya nak tidur.Takut esok bangun lambat.Nanti kena marah dengan Mr.Dingin"

"Siapa Mr.Dingin tu?"

"Mr.Dingin, orang yang saya sanjungi sebab dia sentiasa fokus ketika kerja.Selalu menunjukkan muka marah 24 jam.Tapi, apbila dia bersama dengan orang yang ia cintai, semuanya berubah"

"Terima kasih sebab puji"

"Laa, awak ke Mr.Dingin tu? Saya tak tahu pula?"

"Dahlah.Nanti masuk lewat, siap awak"

"Baiklah Bos.Goodnight"

"Goodnight too"

Luth tersenyum."Mr.Dingin? Tu ke gelaran yang awak bagi dekat saya? Dingin sangat ke muka aku?",bisik hati Luth sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience