6.

Romance Completed 52551

"Eh! Nisa, aku lupa nak cakap seseuatu dekat kau.Nanti kerja kat sana kau kena ikut apa yang Bos suruh.Kalau tak nanti dia mengamuk"

"Garangnya", desis hati Nisa."Yelah, aku akan cuba dengar cakap dia".

"Aduh! Kenapa perempuan tu datang sini lagi? Dah gila rasanya!", bisik hati Luth.

Ia baru sahaja pulang dari ofis dan terkejut melihat Damia berada di ruang tamu sambil berbual dengan ibunya.

"Baik aku halau dia", desis hati Luth yang sakit melihat wajah Damia.

Luth turun dari tingkat bawah lalu menuju kearah Damia yang rancak berbual."Heh! Perempuan, buat apa kau datang sini? Sekarang kau pergi! Aku taknak tengok muka kau lagi!"

"Baby, jangan halau i macam ni.I tahu yang i bersalah, tapi i cuba nak baiki balik hubungan kita.I cintakan u"

"U cintakan i? Habistu kenapa serahkan badan dekat lelaki tu?"

"Dia yang paksa i.I taknak pun buat semua ni.I terpaksa"

"Bukan ke kau boleh lari? Atau kau dah cacat?"

"Luth!!", marah Datin Maria.Ia terkejut apabila Luth bercakap seperti itu.

"Baby, i dah cuba lari tapi dia asyik paksa i"

"Ke u berseronok dengan apa yang lelaki tu buat kan? Itu yang kau mahukan dulu kan? Sekarang kau pergi sebelum aku yang halau kau! Pergi!"

Damia menatap Luth dengan tajam lalu mengambil handbag miliknya.Ia cuba menyentuh muka Luth tapi dihalang.Ia pergi dari situ dengan perasaan marah.

"Pagi yang indah bagi Nisa yang akan mula bekerja."Yeah, aku tak sabar nak bekerja dekat situ", desis hati Nisa yang gembira.

"Amboi, semangat nampak?"

"Mestilah, aku dah tak sabar nak masuk ofis"

"Tak sabar nak masuk ofis ke tak sabar nak tengok muka Bos macam mana?"

"Ish, mana ada lah.Mestilah tak sabar nak masuk ofis.Tengok muka Bos buat apa kalau kau kata 24 dingin je"

"Haha, dah jom"

"Jom"

Tempat Nisa berada di tingkat 15 kerana ia bekerja sebagai PA kepada Bos.Jadi ia harus sentiasa bersama Bosnya itu.

"Cantik juga hiasan dalaman bilik ni.Sesuai dengan cita rasa aku", bisik hati Nisa yang melihat bilik itu.

"Hah! Awak ke PA baru saya?" tanya Luth yang sudah berada di belakang Nisa.

Nisa terkejut.Ia terus berpusing menghadap suara itu."Heh, Bos.Ya, saya PA baru tu",kata Nisa tanpa memandang wajah lelaki itu.

"Kalau bercakap dengan aku, kau mesti pandang wajah aku.Bukan pandang lantai.Ke muka aku ada dekat lantai tu?"

"Bukan begitu Bos.Saya cuma terkejut", kata Nisa yang mengangkat kepalanya.

Mereka berdua terkejut."Heh! Bukan awak ke orang yang tolong aku dekat Mall tu?"

"Ya, saya lah tu.Ya Allah kecilnya dunia"

"Okey, sekarang mulakan kerja kau.Aku taknak kau buat kerja sambil bermain.Kalau tidak aku akan pecat kau.Faham!"

Terperangat Nisa mendengar jerkahan Luth."Ya, saya faham Bos"

"Sekarang siapkan dokumen yang aku dah letak dekat atas meja kau! Tengahhari ni saya nak!", jerkah Luth sekali lagi.Ia pun pergi meninggalkan Nisa yang masih terkejut.

"Hmm, bagus.Saya suka apa yang awak buat.Awak dapat siapkan dokumen ini dengan sempurna",puji Luth yang melihat hasil kerja Nisa.

"Sekarang awak boleh keluar"

"Baik Bos"

"Nisa, macam mana? Okey tak kau kerja dekat sini? Kau ada kena marah dekat Bos ke?",tanya Laila.Mereka berada di kafe untuk lunch bersama.

"Okey je.Mana ada kena marah, tapi siap puji hasil kerja aku lagi"

"Baguslah kalau macam tu.Bukan semua pekerja boleh dapat pujian dari Bos"

"Perlu ke aku lakukan seperti apa yang disuruh oleh Mama? Perlu ke aku mencari gf buat masa sekarang?",bisik hati Luth.

Luth terus mengelamun.Ia terus berfikir apa yang dikatakan oleh Datin Maria pada hari itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience