21.

Romance Completed 52551

Nisa tersenyum sinis.Ia geli melihat ayat yang keluar dari mulut Luth.

"Sumpah sayang! Abang tak buat semua tu! Semua tu fitnah! Dia yang sengaja pengsan supaya abang boleh peluk dia!"

"Habistu kenapa abang still nak peluk dia?"

"Abang pun baru tahu yang kenapa dia buat macam tu! Sumpah! Please maafkan abang! Please sayang! Jangan buat abang merana sayang!", pujuk Luth yang menahan sakit kepala yang tiba-tiba sahaja datang.

Kenapa muka dia nampak pucat hari ni? Dia sakit ke?, desis hati Nisa yang risau melihat wajah Luth yang pucat itu.

Lantak dia lah! Dia sakit ke apa? Hati aku lagi sakit!, desis hati Nisa sekali lagi.Ia menuju kearah stor dokumen yang disediakan di hadapan bilik.

Tiba-tiba Nisa terdengar suara sesuatu yang jatuh.Ia berpusing."Ya Allah! Abang!", jerit Nisa yang terkejut melihat Luth yang duduk sambil memegangkan kepalanya.

Nisa membantu mengangkat Luth. "Abang duduk sini dulu.Nisa nak ambil ubat dan air untuk abang", kata Nisa yang seperti sudah melupakan masalah yang dihadapi.

Buat masa ini, kesihatan suaminya yang utama baginya. "Nah, lepas makan baring.Biar pening kepala tu hilang"

Baru sahaja Nisa bangun, Luth sudah mengenggam erat tangan Nisa menyebabkan Nisa terduduk.

"Sayang, temankan abang please.Tolong picitkan kepala abang.Maafkan abang kalau sudah menyusahkan sayang"

Nisa terkedu.Ayat yang keluar dari mulut Luth itu meluruhkan hatinya.

"Macam mana dengan rancangan semalam?"

"Jangan risau.Lepas perempuan tu nampak aku berpeluk dengan Luth, dia terus berlari keluar.Aku rasa akan berlaku pergaduhan antara mereka"

"Bagus! Aku suka.Esok aku akan ke sana untuk pastikan apa yang akan berlaku"

"Nisa dah maafkan abang"

"Betul ke, sayang?"

'Ya, tapi abang jangan nak rapat dengan perempuan tu lagi.Faham!"

"Yalah sayang.Abang janji yang abang tak akan rapat dengan perempuan tu lagi"

Selepas sesi maaf, Nisa menyuruh Luth untuk ke hospital namun Luth menolak.Akhirnya, Nisa mengalah.Ia mengambil cuti bagi menjaga Luth di rumah.

"Abang rehatlah dulu.Sayang nak masakkan bubur untuk abang"

"Please sayang.Jangan tinggalkan abang.Please stay dengan abang", rayu Luth yang mahu Nisa memeluknya sambil tidur.

Orang lelaki kalau deman memang macam ni ke? Nak sweet bagai?, desis hatinya.

Nisa mengeluh.Ia baring lalu memeluk Luth. "Sayang, terima kasih sebab stay dengan abang", kata Luth mencium dahi milik Nisa.

Nisa terdiam.Ia mengangkat kepalanya lalu memberikan senyuman manis kepada Luth.Akhirnya mereka berdua tertidur keletihan.

"Sayang tengok cerita apa tu?", tanya Luth yang baru turun.Sesudah solat magrib, Nisa turun ke ruang tamu untuk melihat rancangan apa yang bagus pada malam yang bosan ini.

"Tak ada rancangan apa pun.Semuanya bosan.Jom kita masuk tidur.Nisa dah penat dan mengantuk"

"Sayang..", panggil Luth dengan senyum meleret. "Sayang kata sayang bosan kan? Apa kata kalau kita buat ehem!..."

Nisa menelan air liur yang kelat itu. Hah sudah!, desis hati Nisa.

Luth bangun dari sofa dan menuju kearah Nisa yang berada di hadapan anak tangga.Ia perlahan memeluk tubuh kecil Nisa. "Sayang...abang dah ready tau nak pegang pangkat ayah.Sayang dah ready?"

Luth mencempung tubuh badan milik Nisa.Sesampai mereka di bilik tidur, Luth membaringkan Nisa.Ia membuka satu persatu butang baju milik Nisa.

Luth menaiki katil.Ia baring di sebelah Nisa. "Sayang, are ur ready?"

Nisa mengangguk tanda setuju.Luth menutup lampu.Mereka memulaikan bahtera cinta mereka.Mereka nekad untuk mempunyai seorang anak.

Zakrul menuju kearah syarikat milik Luth dengan perasaan gembira.

Namun, gembiranya hanya seketika apabila ia ternampak Luth dan Nisa berjalan sambil bergurau senda.Ia menahan amarahnya.

"Tak guna! Macam mana mereka boleh berbaik semula?", kata Zakrul.Ia akhirnya pergi dari situ.

"Damia! Mana kau?! Damia!", jerit Zakrul.

"Apa ni? Datang rumah orang lepastu terjerit macam orang gila.Kau nak apa?!"

Zakrul laju menuju kearah Damia.Ia mengenggam rambut Damia dengan kuat sehingga Damia kesakitan. "Apa ni?! Sakitlah! Lepaskan!"

"Kau kata mereka berdua tu bergaduh.Apa yang aku tengok tadi, biasa je mereka berdua.Kau tipu aku! Kau penipu!", marah Zakrul.

Ia menampar wajah Damia sehingga bibir milik Damia berdarah.Damia ketakutan kerana Zakrul berubah dengan begitu sekali.

Zakrul melangkah kearah Damia. "Sekarang aku nak kau serahkan badan kau dekat aku.Aku nak kau puaskan aku.Tiada bantahan!"

Zakrul menarik pergelangan tangan Damia.Mereka memasuki bilik itu.Dan tidak lupa menguncinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience