26.

Romance Completed 52551

Pejam celik, tanpa mereka sedar sudah 2 bulan mereka membina rumah tangga.Awalnya diganggu oleh Damia dan Zakrul, membuatkan mereka akan lebih berhati-hati lagi dalam mempertahankan rumah tangga mereka.

"Good morning sayang", kata Luth dengan suara serak.Ia mencium pipi Nisa.

"Good morning abang"

Sesudah solat subuh, Luth menyambung tidurnya kembali.Nisa hanya menggelengkan kepalanya.

Nisa mengambil keputusan untuk menyediakan Nasi Lemak sebagai sarapan bagi mereka.Hari minggu biasalah kan? Kena rajin sikit, desis hati Nisa.

"Akak? Akak buat apa tu?"

"Ni akak tengah cari baju untuk anak akak ni.Akak tak tahu nak pilih warna apa? Semuanya nampak cantik",kata Damia sambil mengusap perutnya.Tanpa ia sedar sudah 2 bulan ia mengandung.

Kesilapan dalam kehidupan membuatkan ia insaf.Ia bersyukur dapat berjumpa dengan Aminah yang banyak membantunya ketika ia kesusahan.

"Pilihlah ikut cita rasa akak"

"Wow sayang! Masak apa tu? Sedapnya bau!", kata Luth yang memeluk pinggang Nisa dengan tiba-tiba.

"Ish abang ni! Terkejut Sayang tau!", marah Nisa.

Luth tersenyum sehingga ternampak giginya yang tersusun teratur itu.

"Abang! Jangan stop senyum!"

Mata Luth terbuntang luas.Ia terkejut dengan tindakan Nisa yang tiba-tiba sahaja mencium pipinya."Sayang dah berani ya? Sayang tunggu tau.Malam ni abang akan balas dendam"

"Buatlah kalau berani", ejek Nisa.

"Oo...dah berani lawan cakap suami.Tak apa", kata Luth lalu pergi ke ruang tamu.

Nisa ketawa.Ia meneruskan tugasnya menyusun makanan di atas meja.

Luth dengan perlahan menuju kearah Nisa yang sedang fokus."Haa! Abang dapat sayang!",jerit Luth.Ia mengangkat Nisa lalu membawanya ke ruang tamu.

Ia meletakkan Nisa di atas sofa.

"Abang!! Lepaskan Nisa.Nanti Nisa pukul abang!"

"Pukullah kalau berani.Nanti teruk abang kerjakan sayang"

Baru sahaja bibir Luth mahu mencium bibir pink milik Nisa."Luth! Mama datang ni!", jerit Datin Maria."Omg! Wrong time!"

Mereka cepat bangun dari sofa.Nisa terus menuju kearah dapur.Luth berjalan mendapatkan ibunya."Assalamualaikum..Mama kenapa datang tak cakap?"

"Mama nak buat suprise tapi tak sangka Mama yang dapat suprise dari korang", Datin Maria mencari kelibat Nisa. Malulah tu menantu aku sorang ni, desis hati Datin Maria.

"Mama ni kacau tau.Luth baru nak ber'sweet'.Mama ni pun..", merajuk Luth.

"Ish Mama pula yang dipersalahkan.Kamu tu, kalau nak buat bukan dekat sini.Tapi dalam bilik.Nasib baik Mama yang buka pintu ni.Kalau orang lain?", marah Datin Maria.

"Aku ada kerja untuk korang semua"

Disebuah kelab malam yang terletak di kota.Tempat syaitan bagi orang yang tidak mempunyai ilmu yang penuh di dada.

"Apa dia Bos?"

"Aku nak tanya korang.Korang kenal ke tak Luth Hakim Bin Datuk Luqman"

"Kenal sangat Bos.Satu perniagaan mesti kenal siapa dia.Anak Datuk lagi.Bos nak kami buat apa?"

"Aku nak korang bunuh dia.Dan dapatkan isteri dia untuk aku.Ataupun korang culik sahaja isteri dia.Faham!"

"Faham Bos.Tapi.."

"Upah? Pasal upah korang jangan risau.Aku akan bagitahu dekat korang bila kita akan mulakan semua ini.Sekarang korang boleh pergi"

"Baiklah Bos"

Ia tersenyum sinis.Misinya akan bermula sebentar sahaja lagi."Sabar ya sayang.Abang akan cuba bawa sayang lari daripada lelaki itu.Luth! Kau tunggu aku okey! Aku akan bunuh kau!", desis hati ia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience