14.

Romance Completed 52555

Luth menguap.Baru sahaja pulang dari honeymoon semalam, hari ni dia terpaksa masuk ofis kerana ada meeting.Dia melihat Nisa yang masih tertidur melalui pantulan cermin.

Luth berjalan menuju kearah Nisa.Dia menunduk sedikit dan memberi ciuman di dahi isteri kesayangan itu.

Luth menutup pintu dengan perlahan supaya tidak membangunkan Nisa.Dia turun untuk sarapan bersama ibu bapanya.

"Heh Luth! Nisa mana? Luth nak pergi mana ni?!", tanya Datin Maria yang terkejut melihat Luth kemas memakai kemeja.

"Nisa tengah tidur lagi Ma.Letih agaknya.Luth nak pergi meeting ni", jawap Luth sambil menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Laa..bukan ke Luth masih cuti? Buat apa masuk meeting?"

"Luth tiba-tiba je dapat panggilan dari syarikat yang Luth ada meeting.Mama tolong tengokkan Nisa ya", kata Luth yang makan suapan terakhirnya.

Luth bangun dan menghulurkan tangan untuk bersalaman." Luth pergi dulu ya.Assalamualaikum"

"Yelah..Waalaikumussalam", Jawap Datin Maria yang menyambut huluran Luth.Ia menggelengkan kepalanya.

Nisa bangun dari tidurnya.Ia melihat sebelahnya yang kosong."Mana Luth ni? Ke dia dah turun?", bisik hati Nisa.

Nisa turun dari katil lalu menuju kearah bilik air bagi membersihkan diri.Sesudah semua itu, ia turun ke bawah.

"Mana Luth ni? Takkan dah hilang kut?", bisik Nisa sendirian.

"Nisa.."

"Ye Mama..Mama ada nampak Luth tak?"

"Luth sudah pergi kerja.Dia kata dia ada meeting.Nisa ,tak marah Luth kan? Sebab Luth tak gerak Nisa bangun.Bukan apa, tapi Luth taknak Nisa letih", bagitahu Datin Maria yang memberitahu hal sebenar.

"Hish Mama ni..takkan Nisa nak marah Luth.Nisa faham yang Luth nak cari rezeki yang halal", kata Nisa sambil memberikan senyuman manis.

Sykurlah, bertuah Luth dapat isteri macam Nisa, desis hati Datin Maria.Ia juga turut memberikan senyuman kepada Nisa.

Luth yang baru sahaja habis meeting sedang berehat di biliknya.Tiba-tiba pintu biliknya dibuka."Hai baby..u tengah buat apa tu? I rindukan u lah"

"Kau buat apa dekat sini? Kau keluar sekarang!"

"Kenapa u asyik marah i je sejak u dah kahwin dengan perempuan tu"

"Dia ada nama okey.Nama dia Nisa"

"I tahu lah tu Baby.I datang sini sebab i rindu dekat u.Jom Baby, kita pergi tengok wayang"

"Mana lelaki kau? Ke kau dah tak laku?", kata Luth sambil tersenyum sinis.

"Jahatlah u ni.Dia yang tinggalkan i sebab perempuan lain.Jadi i nak luangkan masa dengan u je"

"Baik kau keluar sebelum aku mengamuk"

"Hish u ni, i agak tengok wayang je pun.Takkan tu pun nak marah i.Nanti kita jumpa lagi okey", kata Damia yang menyentuh muka Luth lalu pergi.

Luth menuju ke tandas lalu membasuh mukanya.Dia jijik wajahnya disentuh oleh wanita itu.

Nisa berasa bosan.Ia teringat bahawa rumah inu terdapat bilik bacaan.Nisa bangun dan pergi ke bilik bacaan tersebut.

Ia terkejut melihat Dato Luqman yang sedang enak membaca buku."Heh Nisa! Ada apa?"

"Oh Nisa datang nak baca buku tapi tak tahu pula yang ayah ada dekat sini"

"Ayah tengah baca buku.Nisa pilihlah buku mana yang nak dibaca"

Nisa menuju ke arah almari.Ia melihat terdapat banyak buku."Yang mana satu aku nak baca pun tak tahu", bisik hati Nisa.

Setelah jumpa buku yang ia mahukan, Nisa membawa buku itu ke ruang tamu dan membacanya disana sambil menunggu kepulangan Luth.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience