24.

Romance Completed 52551

"Aku akan bunuh kau perempuan!", jerit Zakrul.Habis semua air syaitan dicampak olehnya.

Ia meneguk rakus air tersebut.Ia ketawa apabila idea gilanya muncul di kepala.

"Mama, kami balik dulu tau.Nanti kami akan melawat Mama lagi"

"Yalah.Hati-hati bawa kereta tu"

"Baiklah Mama.Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

Mereka bersalaman dan berpelukan.Nisa awalnya sedih hendak pulang.Namun, ia terpaksa kerana esok ia perlu bekerja.

Mereka akhirnya bertolak.

"Apa yang kau dah lakukan ni Damia?! Mana daddy nak letak muka ni?!"

"Daddy maafkan Damia.Damia tak sangka semua ini akan terjadi"

"Hah sudah! Sekarang kau keluar! Kau bukan lagi anak aku! Pergi kau dari sini"

"Daddy please..jangan buat Damia macam ni.Damia dah menyesal.Daddy! Maafkan Damia.Damia tahu Damia salah"

"Hah sudah! Aku dah tak nak dengar apa-apa lagi!

"Abang, jangan buat anak kita macam ni.Tolong maafkan dia.Abang!", jerit Mommy Damia apabila melihat suaminya menolak Damia.

"Sekarang kau pergi dari sini! Aku benci kau! Kau bukan anak aku! Aku tak nak anak macam kau!", marah Daddy Damia.Ia menarik isterinya lalu masuk ke dalam rumah.

"Daddy..", panggil Damia menangis.Ia bangun.Ia berhasrat akan membaiki kesalahannya.

"Sayang..jom kita keluar makan.Abang tak nak sayang masak hari ini.Abang tak nak sayang penat", kata Luth yang sedang baring di atas paha Nisa.

"Okaylah..pukul berapa kita nak pergi ni?", Nisa memainkan rambut Luth.

"Kita pergi selepas asar nak? Lepastu kita pergi tengok wayang pula"

"Wayang? Wow bestnya! Tak sabar sayang nak pergi", kata Nisa yang kegembiraan.Ia mencium seluruh wajah Luth.

"Akak buat masa ni, akak tinggal dengan saya.Maaflah kalau rumah ni kurang selesa untuk akak.Biasalah rumah orang bujang pula tu"

Damia ketawa."Heh akak okay je.Asalnya ada tempat tinggal dan jauh dari lelaki yang buat akak macam ni"

"Akak jangan risau.Dia tak tahu yang akak ada dekat sini.Akak selamat dekat sini"

"Terima kasih"

"Sama-sama"

Pasangan sweet itu berjalan sambil bergelak ketawa.Sesudah makan, mereka bertolak untuk menonton wayang.

Kali ini, Luth membiarkan Nisa yang memilih cerita.Nisa bermain telefonnya sambil menunggu Luth membeli tiket.

"Hai Nisa"

Nisa terkejut.Ia mengangkat kepalanya."Kau buat apa dekat sini?"

"Aku? Saja je jalan-jalan.Kau dekat sini dengan siapa? Mana suami kau tu?"

Nisa diam.Ia malas menjawap soalan daripada Zakrul.

"Kau buat apa dengan bini aku ni?"

"Rilek bro..aku bercakap dengan dia je.Belum bawa dia masuk bilik lagi", kata Zakrul sambil tersenyum sinis.

"Kau jangan nak buat aku marah.Mati kau, aku kerjakan. Baik kau pergi sebelum pecah muka kau"

"Abang jom kita pergi.Jangan layan orang macam ni", Nisa menarik tangan Luth.

Wow dah mantap body kau, Nisa.Aku suka, desis hati Zakrul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience