9.

Romance Completed 52551

Luth menghampiri Nisa yang sedang sibuk memasukkan dokumen ke dalam beg sandangnya.

"Dah selesai semua urusan? Ada apa-apa yang abang boleh tolong?" Luth bertanya.

Nisa sedikit terperangat bila ada suara garau menyapa di tepi telinganya.Dia mengurut dada untuk menghilangkan rasa debar.Pantang bagi Nisa seandainya ada orang membuatnya terkejut atau terperangat.Tetapi takkan dia hendak meninggikan suara dengan Luth pula.

"Awak tanya apa tadi? Maaf...saya tak dengar", tanya Nisa sambil menutup beg sandangnya.Wajah Luth dipandang sepintas lalu.

"Abang tanya...semua urusan dah selesai? Ada apa-apa yang perlukan pertolongan abang?" Luth mengulangi pertanyaan sebentar tadi.

"Ooo..." Bulat mulut Nisa menyebut perkataan itu.

"Apa yang oooo...nya? tanya Luth tidak mengerti.

"Ooo...tu maksudnya saya faham soalan yang awak ajukan".

"So...?" Luth inginkan penjelasan Nisa.

"Alhamdulillah, semuanya dah beres", jelas Nisa bersama senyuman manis.

"Betul-betul pasti ke semuanya dah selesai? Manalah tahu ada yang terlepas pandang", Luth mengambil berat.

"Rasanya dah tak ada apa-apa kut!" ujar Nisa.Sekali lagi senyumannya dihadiahkan buat Luth.

Asyik seketika Luth memandang senyuman itu.

"Jom kita pergi kafe, abang belanja minum," pelawa Luth.Peluang yang ada akan digunakan sebaik mungkin.

"Ermmm...boleh jugak! Tekak ni pun dah haus." Nisa menerima pelawaan Luth dengan senang hati.

"Mari kita pergi" Nisa mengatur langkah namun terhenti bila Luth menahannya.

"Tunggu dulu...abang ada benda nak selesaikan dengan Nisa terlebih dulu," Luth bersuara.

" Boleh tak kita ubah cara panggilan kita sebelum pergi ke kafe? Abang mahu Nisa tukar panggilan awam kepada 'abang' dan saya kepada 'sayang', boleh?" soal Luth.Matanya merenung anak mata Nisa.

"Ermm...oky!" jawap Nisa.Dia tidak mahu memanjangkan perbualan mereka.

Setibanya di kafe, Nisa memesan sirap limau manakala Luth memesan teh O ais limau.Mereka berbual dan mengenali antara satu sama lain.

"Sayang..abang nak cakap yang kita akan jumpa family abang esok.Sayang free kan?"

"Insyaallah, sayang free,"

Nisa memandang jam di pergelangan tangannya.Hampir dua jam, dia dan Luth berbual.

"Abang...sayang balik dululah.Sekejap lagi dah nak masuk waktu maghrib". Nisa meminta diri untuk beredar.Badannya sudah tidak selesa.Dia ingin segera pulang ke rumah dan mandi.

"Abang hantar sayang balik ya," beritahu Luth.Andai diberi peluang, dia sanggup menjadi pemandu tanpa gaji untuk Nisa.

Setibanya di rumah, Nisa memberikan salam dan mengucapkan terima kasih buat Luth.

"Take care sayang, miss me okay".

Nisa hanya tersenyum manis mendengar kata-kata Luth.Usai memberi salam, Luth memandu pulang ke rumahnya.

Seperti yang dijanjikan, Nisa akan kerumah family Luth.Dia mengenakan baju kurung kuning air.Dia mencalit pelembar bibir dan menyapu bedak asas di pipinya.Berpuas hati dengan penampilannya, Nisa turun ke tingkat bawah.

"Hati-hati tuan puteri, jangan buat hal dekat rumah mak mertua pulak" usik Laila.

Nisa hanya tersenyum dan menggelengkan kepala mendengar usikan nakal Laila.Malas dia hendak lawan betekak.Buat sakit jiwa sahaja!

"Aku pergi dulu, nanti bising pula Luth", ujar Nisa.

Nisa mendapatkan Luth yang sedang bersandar di pintu kereta.

"Assalamualaikum. Dah lama tunggu?" Nisa menegur Luth yang sedang tersenyum menawan.

"Waalaikumussalam..." Sejuk hati Luth mendengar suara buah hatinya itu.

Nisa menjeling Luth sepintas lalu.Kenapalah dia ni makin aku pandang makin handsome?, getus Nisa dalam hati.

Sesekali Luth menjeling Nisa.Melihat Nisa keresahan, Luth tahu dia perlu menghidupkan suasana.Punat radio segera ditekan.Celoteh DJ radio dan alunan muzik menyeramakkan suasana yang agak sunyi seketika tadi.

"Cantik sayang malam ni, terpegun abang dibuatnya", puji Luth sambil matanya melirik ke arah Nisa.Ringan sahaja tangannya hendak menggenggam jemari runcing itu.Baru sahaja tangannya mahu menyentuh tangan Nisa...

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang

Hesy...DJ ni! Tak ada lagu lain ke nak putarkan masa ni?

Setibanya rumah family Luth, Nisa mengurut dadanya bagi menghilangkan rasa takutnya itu.Luth yang melihat itu tersenyum.

"Jom sayang..jangan takut.Abang ada", kata Luth yang cuba membawa Nisa masuk kedalam rumahnya.

Nisa sekadar senyum tawar.Tiba-tiba sahaja dia rasa seram sejuk.Semuanya datang serentak membuatkan Nisa rasa tidak boleh nak bergerak.Kalau dia tahu akan rasa begitu, memang dia tidak mahu ikut Luth.

Luth keluar dari kereta dan bergerak perlahan ke pintu sebelah pemandu.Dia membuka pintu untuk Nisa.Kalau tak buat macam tu, takut sampai malam pun tak keluar.

"Cepatlah keluar.Nanti abang gendong, baru tahu." kata Luth yang mengusik Nisa.

Nak taknak terpaksalah Nisa keluar dengan perlahan.Nak lari balik, mustahil sangatlah.Masa itu juga Nisa rasa menyesal.Dia berdiri sekejap sambil perhatikan rumah moden tiga tingkat itu.

"Jomlah," ajak Luth.

"Dah sampai?"

Tiba-tiba Datin Maria bersuara.Girang bukan kepalang lagi.Bertambah girang apabila melihat gadis yang dibawa oleh Luth.Ah, comelnya.Sejuk mata memandang.

"Assalamualaikum, Mama." Luth menghulurkan tangan.Mahu mencium tangan ibu tersayang.

"Waalaikumussalam," balas Datin Maria.

"Ini saya kenalkan, Nur Asnisa Sofea." Luth kenalkan pula kepada Nisa.

"Amboi, cantiknya.Anak dara siapa Luth bawa balik ni? Cantik sangat ni.."

Terus Datin Maria menghulurkan tangan dan cepat-cepat Nisa cium tangan Datin Maria.Kemudian Datin Maria memeluk Nisa dengan erat.

Luth di tepi hanya tersenyum senang hati.Kalau begitu gaya Datin Maria, pasti suka.Tapi bukankah Datin Maria tidak memilih orangnya.Jadi siapapun yang bakal Luth suka, pasti Datin Maria suka juga.Luth kenal siapa ibunya dan sebab itulah Luth rasa Datin Maria ialah ibu yang terbaik di dunia.

"Terima kasih sudi datang," kata Datin Maria lagi.

Kali ini pipi Nisa dicium pula.Pandai Luth pilih bakal isteri.Cantik dan nampak lembut.Ada wajah keibuan.

Nisa bagai tidak terkata.Air mata yang bergenang sudah menandakan dia rasa begitu terharu dengan sambutan yang Datin Maria berikan.

Luth gelak tapi sebenarnya Luth cuba membantu Nisa mententeramkan perasaannya.Dia tahu Nisa buka sahaja gementar bertemu dengan Datin Maria, bahkan terkejut sama.

"Dah, jomlah masuk.Ni tak payah panggil mak cik kut.Panggil Mama teruslah.Lagi senang.Nanti lama-lama boleh biasa," kata Datin Maria.

"Amboi Mama.Ni siapa anak, siapa bakal menantu sebenarnya?"

Luth bercekak pinggang.Dalam terkejut Luth tersenyum juga.Cukup senang dengan penerimaan Datin Maria.

Nisa pula rasa cukup senang apatah lagi Dato Luqman juga memberi layanan yang sama.Sangat ramah dan kelakar orangnya.

"Jom kita masuk dalam," pelawa Datin Maria sambil memegang tangan Nisa dengan erat ketika mereka berdiri di muka pintu.

Nisa mengatur tapak masuk ke dalam rumah moden tiga tingkat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience