43.

Romance Completed 52551

"Doktor, macam mana dengan isteri saya? Anak saya?" tanya Luth. Muka yang masih berbekas air mata.

"Saya berharap Encik bersabar. Kami sudah cuba sedaya upaya untuk selamatkan anak Encik. Tapi, Allah lebih sayangkan anak Encik. Maafkan kami kerana tidak dapat menyelamatkan anak Encik"

Bagai jantung Luth dihempap batu. Hatinya sakit. Sedih. Kecewa. Semuanya berlaku dengan pantas. Andai masa boleh diputar mahu sahaja dia baiki segalanya.

"Isteri saya?"

"Isteri Encik selamat. Alhamdulillah dia tidak apa-apa. Apabila dia sedar nanti, saya harap Encik boleh memerhatinya. Dia akan berada dalam emosi yang tidak stabil. Saya harap Encik mampu lakukan"

Luth memerhati wajah pucat Nisa yang masih menutup mata. "Sayang..maafkan Abang. Maafkan Abang" menangis Luth. Dia tidak tahu bagaimana nak beritahu Nisa hal yang sebenar.

Mata yang ditutup rapat itu akhirnya terbuka.

"Sayang?"

"Kau buat apa dekat sini?" dingin. Tiada lagi sikap lemah lembut. Ia cuba bangun dari pembaringan.

Luth yang melihat itu menahan Nisa. "Sayang..jangan bangun. Sayang masih sakit lagi"

Nisa mengerut dahi. Perut yang kempis dipegang. "Mana anak aku? Mana? Apa yang kau dah buat dekat anak aku"

Luth mati kata. "Sayang..anak kita.."

"Mana anak aku!? Aku tanya kau ni! Jawaplah!"

"Sayang keguguran. Maafkan Abang..Hiks"

Terdiam. Nisa tidak mampu berkata apa lagi. "Kau memang lelaki tak guna! Kau dah buat hidup aku menderita! Sekarang kau dah rampas anak aku! Pergi kau dari sini! Pergi!!" habis semua bantal dan barang disekelilingnya dicampak.

"Sayang..jangan buat Abang macam ni..Sayang.." rayu Luth.

Bruk. Pintu bilik Nisa dibuat. Kelihatan seorang Doktor bersama nurse. "Encik, sila keluar. Isteri Encik biar kami yang pujuk. Sila keluar"

Luth mengangguk. Dia tidak tahu bagaimana mahu memujuk Nisa. Benar! Hati Nisa sudah mati untuknya.

Luth menangis. Dia tidak mahu kehilangan Nisa.

"Laila, please bawa aku pergi dari tempat neraka ni. Aku tak mampu.Tak mampu. Hati aku sakit sangat" rayu Nisa. Dia menangis teresak esak.

Laila dengan pantas memeluk Nisa. Dia cuba memberikan sokongan kepada Nisa. Sumpah! Dia kecewa dengan Luth. Tidak sangka Luth buat perkara seperti itu kepada rakan baiknya.

Bruk.

"Sayang.."

Panggilan itu mematikan perbuatan mereka. Laila dengan tajam melihat Luth. "Kau buat apa lagi dekat sini? Kau tak faham ke yang kawan aku ni sakit? Ke kau tak tahu?" marah Laila. Dia cuba menghalau Luth.

Nisa memandang kearah tingkap. Dia tidak mampu menatap wajah Luth. "Laila, boleh tinggalkan kami sekejap? Ada hal penting yang aku nak bincang dengan dia"

"Baiklah"

"Sayang.."

"Aku benci kalau kau panggil aku macam itu"

"Maaf"

"Macam mana dengan perempuan tu? Jangan cakap Abang bayar dia untuk tutup mulut. Nisa nak Abang bertanggungjawap atas apa yang Abang lakukan. Nisa nak Abang ceraikan Nisa"

Luth hilang kata. "Sayang..Abang tak akan ceraikan Sayang walau apa pun yang berlaku. Abang cintakan Sayang selamanya"

"Haha..cintakan aku konon. Habistu semalam? Wow bukan main hebat kau ni heh? Aku tak kira! Aku nak kau ceraikan aku juga!" hina Nisa.

"Sayang..please. Hidup Abang akan menderita bila Sayang pergi. Please. Bagi Abang satu lagi peluang untuk perbaiki semuanya"

"Ok fine! Kalau kau tak nak ceraikan aku! Aku nak kau biarkan aku pergi dari rumah itu. Biar aku pergi jauh daripada kau! Kau keluar sekarang! Keluar!"

Luth menghela nafas. Dia dengan perlahan keluar dari bilik rawatan Nisa.

Laila hanya memandang Luth hina. Dia sama sekali tidak berniat untuk membantu Luth.

SELAMAT MEMBACA ^-^ !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience