15.

Romance Completed 52551

Luth pulang ke rumah.Ia masuk." Assalamualaikum", Luth yang memberi salam.Ia ternampak sekujur tubuh yang telinganya disumbat earphone sambil membaca buku.

Ia menuju ke arah Nisa dengan perlahan."Hah!!", jerit Luth di hadapan Nisa.

"Arggh!!", jerit Nisa yang terkejut.Ia mengurut dadanya bagi mengurangkan rasa debaran itu.Ia menatap Luth tajam.

"Hahaha", ketawa Luth apabila melihat tatapan daripada Nisa.

"Ish! Abang ni!! Terkejut sayang!"

"Maaflah, abang cuma bergurau je.Abang minta maaf okey?!", Luth yang memujuk Nisa.

"Taknak terima maaf abang", kata Nisa lalu menuju kearah bilik bacaan.Ia mahu menyimpan buku yang ia ambil.

Luth mengikut dari belakang.Dah merajuk isteri aku ni sorang, desis hati Luth.Ia memeluk Nisa dari belakang." Sayang, abang tak sengaja tadi.Abang cuma nak hilangkan rasa penat kerja je.Abang minta maaf okey", ayat yang dengar di telinga Nisa.

Nisa berpusing menghadap Luth.Ia menatap anak mata hitam Luth."Abang, sayang tak marahkan abang.Tapi sayang terkejut kalau abang buat macam tu.Tak apa, sayang dah maafkan abang", beritahu Nisa dengan jujur.

"Terima kasih sayang, abang bersyukur sayang jadi isteri abang", kata Luth memeluk Nisa.

Nisa membalas pelukan Luth.Tiba-tiba...

"Ehem, nak sweet tu dalam biliklah.Bukan dekat sini", beritahu Datin Maria yang melihat kejadian itu.Ia tersenyum.

Nisa dan Luth terus melepaskan pelukan.Mereka tersenyum.

"Mama ni kacau lah.Orang baru nak sweet", kata Luth.

"Mama, Nisa naik atas dulu ya", Nisa pergi dari situ.Ia malu kerana Datin Maria nampak apa yang mereka lakukan.

Luth tersenyum.Sayang ni, abang baru nak sweet, desis hati Luth.

"Macam mana Luth tak layan kau?!", marah Zakrul.

"Kan aku dah kata! Dia dah tak pandang aku langsung sejak perempuan tu hadir dalam hidup dia!"

"Aku tak kira! Esok aku akan datang penjabat dan cuba sakitkan hati Luth!"

"Sayang, kenapa lari tadi?", tanya Luth.Mereka baru sahaja sudah solat Isyak.

Nisa diam. Aduh, malu ya aku, desis hati Nisa.Ia menunduk memandang lantai.

"Sayang, abang tanya ni?"

"Sayang malulah, abang", kata Nisa.

Luth ketawa kegelian."Hahaha, sayang malam ni..abang nak sayang sedia sebab tadi kita dah tangguh.So, abang nak balasannya", kata Luth yang tersenyum meleret.

Nisa menelan air liur.Ia tersenyum kelat.Ia melihat Luth melipat sejadah dan menunggunya di atas katil.

Nisa melipat telekung dan sejadah miliknya.Ia memandang ke arah Luth yang tersenyum kepadanya.Perlahan-lahan ia menuju kearah Luth.

Luth memegang tangan Nisa.Ia menarik Nisa sehingga jatuh diatas katil.Mereka akhirnya memulakan bahtera cinta mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience