5.

Romance Completed 52551

Nisa mengemas fail yang perlu dibawa ketika interview.Ia berterima kasih kepada Laila kerana sudah memberitahu pekerja yang diperlukan di syarikat Laila.

Pada mulanya ia tidak mahu kerana pekerja yang ia mahukan ialah seorang PA.Namun, ia mahu mencuba.

"Haih, dah siap pun aku.Cantik juga kau, Nisa" puji Nisa sambil membelek pakaiannya.Ia tidak mahu pergi ke interview dengan pakaian yang selekeh walaupun sedikit.

"Heh! Amboi lamanya kawan ni bersiap.Kau ni nak pergi interview ke date?"

"Hish kau ni.Mestilah interview kerja.Aku taknak pergi interview dengan baju yang selekeh"

"Mmmh, dah jom.Nanti lambat pulang aku nak masuk ofis"

"Jom"

"Bila interview itu akan bermula?" tanya Luth kepada pekerja ofis sambil menatapnya dengan wajah yang serius.

"Pukul 9 pagi kami akan mulakan" kata pelerja yang takut melihat wajah Luth yang super serius.

Ramai pekerja disini tahu bahawa time bekerja muka Bos mereka akan bertukar menjadi super serius.

"Baiklah, saya akan turun ke sana tepat pada pukulnya.Sekarang kau boleh keluar"

"Baiklah"

"Nisa, kau tunggu dekat sini tahu.Nanti mereka akan panggil nama kau dan interview kau dalam bilik ni.So, Goodluck my friend"

"Terima kasih Laila.Kalau bukan sebab kau, dekat mana aku nak cari kerja"

"Sudahlah, yang penting aku doakan kau dapat.Kalau macam tu, aku pergi dulu"

"Okey"

Nisa memandang kearah sudut penjabat itu.Ia mengaku penjabat ini amat cantik dan hiasan juga hampir sempurna.Nisa menarik nafas bagi menghilangkan rasa resahnya itu."Ya Allah, kau permudahkan hamba-Mu mencari rezeki yang halal"

Luth melirik kearah jam yang dipakainya."Sudah hampir pukul 9."Baik aku pergi sekarang", bisik hati Luth.

Baru sahaja Luth bangun, ia mendapat panggilan daripada Dato Syahmi yang merupakan pembeli projek yang ia lakukan itu.

"Assalamualaikum Dato" jawap Luth.

Dia mendengar apa yang disampaikan oleh Dato Syahmi yang mahu berjumpa dengannya bagi menyelesaikan projek terbaru mereka.

"Baiklah, saya akan kesana sekarang" kata Luth lalu menutup telefonnya.

Luth mendail nombor pekerja yang diberikan tugas interview pekerja baru."Assalamualaikum..aku nak bagitahu yang aku tak dapat nak join kalian semua.Aku perlu berjumpa dengan Dato Syahmi"

"Baiklah, saya faham Bos"

"Nisa keluar dari bilik interview dengan senyuman yang terlekar dibibirnya" Alhamdulillah, dapat juga aku kerja.Terima kasih Ya Allah", bisik hati Nisa.

Nisa mengambil telefon Samsung miliknya lalu menghubungi Laila."Assalamualaikum, Laila! Aku dapat kerja tu" kata Nisa yang gembira.

"Alhamdulillah, Aku gembira.Bermakna kita satu ofis tapi beza tingkat je"

"Alaa..masa lunch kita jumpa"

"Bila start kerjanya?"

"Esok.Okey lah, aku nak letak telefon sekarang.Aku balik dulu ya Laila"

"Yelah, hati-hati"

"Eh! Bila nak ada PA baru?" tanya Dato Syahmi yang pelik apabila Luth datang tanpa seorang PA.

"Insyaallah, esok saya dapat PA baru.Hari ni interview bagi PA baru"

"Kalau macam tu, baguslah.Dahlah, aku balik dulu"

"Okey"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience