13.

Romance Completed 52551

Akhirnya hari yang dinantikan oleh Nisa dan juga Luth, iaitu hari honeymoon mereka.Mereka akhirnya tiba di Paris yang mengambil masa selama 17 jam 55 minit bertolak dari Kuala Lumpur.

Paris ialah ibu negara Perancis dan juga ibu kota negeri bagi Ile-de France yang juga dikenali sebagai "Kawasan Paris".

Paris dikenali dengan gelaran La Ville Lumiere (Bandar bercahaya atau berlampu) dan destinasi pelancong utama di dunia.

Keunikannya negara Paris ialah sentiasa bermandikan cahaya lampu yang terang-benderang dan juga cantik.

"Yeah, akhirnya selamat sampai juga", kata Nisa yang kegembiraan.

Luth telah menempah satu teksi yang akan menghantar mereka ke hotel.Mereka akhirnya bertolak menuju ke hotel bagi merehatkan diri.

The Peninsula Hotel menjadi tempat mereka merehatkan diri.

"Abang, bila kita boleh pergi jalan-jalan?", tanya Nisa yang sudah tidak sabar.

"Mungkin esok, tapi malam ni kita makan di restoran yang paling special buat sayang", kata Luth.

Mereka berdua baring bagi merehatkan badan mereka yang sudah letih.Akhirnya mereka tertidur keletihan.

Nisa memakai dress muslimah simple yang bercorak bunga dan kain berwarna putih.Manakala Luth memakai baju kemeja putih dan seluar jeans hitam.

Mereka terlihat sungguh cantik dan kacak pada makan malam honeymoon mereka.

Restoran The Jumeyrah yang terletak di jalan Saint Maur.Restoran ini menyediakan makanan halal.Menpunyai suasana yang romantik dan tenang ini amat sesuai bagi pasangan yang berbulan madu.

"Kali ni kau nak buat apa pula dekat mereka berdua?"

"Aku nak kau cuba sakitkan hati Nisa dengan berbuat manja dihadapan Luth.Dan aku akan cuba berlakon sweet di hadapan Nisa"

"Senang sahaja", kata Damia tersenyum sinis.

"Buat masa ni, kita bagi mereka berbulan madu dan sweet dulu.Lepas semua tu, baru kita mulakan rancangan kita", kata Zakrul yang meneguk air syaitan itu.

Pagi yang indah di ibu negara Perancis.Mereka berdua berhasrat mahu melawat tempat menarik dan terkenal di Paris.Pada mulanya, Luth mahu menempah satu kereta tetapi dihalang oleh Nisa kerana kata Nisa berjalan kaki mungkin lebih baik.

Tempat pertama yang mereka lawati iaitu dimulakan dengan tempat bersejarah.Sacre Coeur Basilica adalah salah satu gereja yang paling menakjudkan di dunia.Mempunyai seni bina yang amat indah bagi setiap peminat seni.

"Abang, tolong ambil gambar Nisa", kata Nisa yang menghulurkan telefon bimbitnya kepada Luth.

Apa? Gambar dia seorang ke? Mana adil ni, desis hati Luth.

Setelah mengambil gambar Nisa, Luth meminta bantuan pemuda yang berada di situ untuk mengambil gambar mereka berdua.

Mereka berdua bertolak menuju ke lokasi seterusnya.Gambar yang diambil sebentar tadi di post kepada orang tua mereka.

"Abang, tengok ni.Sweet pula anak kita ni.Bila abang nak bawa sayang ke sana?", tanya Datin Maria yang cemburu melihat gambar yang dihantar oleh anak tunggal mereka itu.

"Hish awak ni.Saya busy lah.Nanti saya akan cari masa buat kita lepas tu saya akan bawa awak pusing satu dunia", kata Dato Luqman yang memujuk isterinya.

"Betul ni?"

"Iya sayang"

Datin Maria tersenyum lalu memeluk suaminya.Ia tahu bahawa suaminya mesti sibuk untuk meninggalkan kerjanya.Namun ia sama sekali tidak kisah walaupun tidak dapat pergi pusing satu dunia.Yang penting, suaminya sentiasa ada disisinya.

Taman Luxembourg terletak di tengah-tengah ibu kota dengan seluas 25 hektar.Dihiasi dengan patung, air pancut dan juga 1 juta bunga.Disini pasangan dapat berjalan kaki sambil memegang tangan pasangan mereka.Disamping itu juga, mereka dapat berbaring diatas rumput yang baldu.

Pada sebelah malam pula, mereka melawat dua tempat sebelum mereka pulang ke Malaysia esok.Luth tidak boleh lama kerana kesibukkannya sebagai seorang CEO.

Namun, Nisa tidak kisah selama mana mereka honeymoon.Cukup honeymoon ini, ia dapat ingat buat selamanya.

Mereka melawat tempat yang paling dikenali di seluruh negara.Menara Eiffel, dinama amat popular bagi pasangan berbulan madu.Dihiasi lampu yang cantik pada malam hari.

Mereka mengambil masa selama 2 jam berada di situ sebelum bertolak ke lokasi terakhir iaitu Lourve Museum adalah muzium seni yang terbesar di dunia.

Penat sudah datang membuatkan mereka mengambil keputusan untuk pulang lalu berehat.Awal pagi esok mereka akan bertolak untuk pulang ke Malaysia.

Sorry ya sebab chap ni kita belajar tempat romantik bagi pasangan berbulan madu di Paris.Sebenarnya Paris ialah tempat yang saya mahu pergi bersama orang tercinta.>_<.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience