28.

Romance Completed 52551

"Apa punya lelaki pun aku tak tahu? Berani buat maksiat! Lepastu lari macam tu je! Siap tak mengaku tu anak dia lagi!"

"Abang..sabar. Tahan marah tu. Jangan biarkan marah menguasai diri abang. Sabar", Nisa mengusap belakang Luth.

Ia juga terkejut bahawa Zakrul sudah segila itu. Melarikan diri bila ada masalah.

"Abang tahu sayang. Tapi masalah ini tak boleh nak biarkan. Kita mana tahu, berapa banyak perempuan yang akan menjadi mangsa dia. Esok, abang akan berjumpa dengan dia. Abang nak selesaikan masalah ini"

"Tapi abang..sayang takut abang diapa-apakan", Peluk Nisa. Ia tidak mahu Luth disakiti oleh Zakrul.

"Sayang jangan risau. Abang tahu apa yang buat. Abang akan selesaikan juga hal ini. Kesian Damia, jaga anak tanpa ada seorang suami yang sah"

"Kak, esok Mak Aminah nak datang sini. Dia nak tidur dekat sini. Kak tak kisah kan?"

"Akak tak kisah pun. Tapi akak malu kalau Mak dik tanya siapa akak?"

"Jangan risau akak. Adik tahu yang Mak akan terima akak berkawan dengan adik. Dia akan faham kisah akak. Mungkin dia akan bantu akak. Siapa tahu kan?"

Damia diam. Ia tersenyum kelat kepada Aminah. "Dik, akak rindu sangat dengan Mak Ayah akak. Tapi mereka sudah tak terima akak sebagai ahli keluarga. Mereka sudah buang akak"

"Sudahlah akak. Lupakan kisah lama tu. Akak perlu move on dengan kisah lama. Sekarang akak dah bahagia bersama adik"

"Terima kasih. Akak tak tahu macam mana nak balas semua jasa adik"

"Sama-sama. Pasal jasa tak payah balas pun tak apa. Yang penting adik bersyukur sebab berkawan dengan akak"

"Hello"

"Hello Luth! Apa hal call aku ni? Rindu aku ke?"

"Aku nak jumpa kau esok. Dekat tempat biasa. Aku ada benda yang nak selesaikan dengan kau. Dan benda ni tak boleh nak dibiarkan"

"Aku tahu kau rindu nak bergaduh dengan aku. Hahaha baiklah esok kita berjumpa", terus Zakrul menutup panggilan itu.

Luth mengetap giginya. Ia marah dengan perangai Zakrul yang semakin menjadi-jadi.

Sinaran matahari memancari wajah Nisa. Ia terbangun. Seingat dia, selepas subuh ia kembali tidur. Ia bersiap untuk pergi ke tempat kerja. Memandang sisi, tempat tidur Luth kosong. Mana pula dia pergi? Ke dekat bawah?, desis hati Nisa.

Matanya terpandang note colour kuning di meja lampu sebelah katil. Ia mengambil. Sayang, abang keluar dulu. Abang ada hal yang nak dilakukan. Sayang makanlah sarapan yang abang siapkan tu. Nanti kita jumpa di penjabat.

Nisa bangun dari pembaringan. Awalnya ia kecewa sebab Luth tak gerakkan dia. Tapi ia cuba memahami yang mungkin Luth sibuk.

Hah sudahlah! Daripada termenung baik aku pergi mandi. Nanti lambat pulak nak pergi kerja.

"What's up bro? Ada apa nak jumpa aku ni? Rindu nak bergaduh lagi ke?", Zakrul tersenyum sinis.

Taman menjadi tempat mereka berjumpa. Tempat di mana mereka selalu menghabiskan masa bersama kawan yang lain semasa kolej dulu.

"Aku rasa kita memang akan bergaduh hari ini. Kalau boleh biar sampai pecah muka tu! Tak guna punya jantan"

"Haha rileks bro! Apasal marah sangat ni? Aku ada buat silap ke?"

"Memang! Kau ada buat silap! Silap yang paling besar dan tak nak mengaku!"

"Kejap aku lupa berapa banyak aku buat silap. Kejap aku nak kira. Eh! Tak cukup jari lah. Hahaha"

Luth mengetap gigi. Ia menghelakan nafasnya. "Aku nak bagitahu satu kesalahan yang kau lakukan! Kau dah buatkan Damia hamil! Dia mengandungkan anak kau! Sampai hati kau tak mengaku budak tu anak kau! Jantan tak guna!"

"Jadi kau dah tahu lah? Berani juga perempuan tu bagitahu kau! Aku ingat penakut! Btw, budak tu bukan anak aku. Kau tahukan yang dia suka buat semua tu dengan mana-mana lelaki"

"Dia sendiri yang bagitahu aku yang kau yang last dia buat. Lepastu kau blah macam tu je. Tinggalkan dia tanggung semua tu. Aku nak kau bertanggungjawap sekarang. Kahwin dengan dia!"

"Tak nak aku kahwin dengan perempuan macam tu. Lainlah kalau Nisa, baru selera sikit aku nak kahwin. Apa kata kau kahwin dengan Damia. Dia tu kan ex tunang kau dulu. Mana tahu dia nak lagi dekat kau"

Luth terus menarik kolar baju Zakrul. "Kau jangan nak kacau isteri aku! Kalau kau kacau siap kau! Aku akan bunuh aku! Baik kau bertanggungjawap keatas Damia sebelum aku report kau dekat polis yang kau rogol dia"

"Cubalah kalau kau berani. Sebelum kau buat semua tu, apa kata kau bagi aku rasa isteri kau walaupun sekejap"

Luth terus menumbuk wajah Zakrul. Mulutnya Zakrul pecah sehingga mengeluarkan darah. "Kau jangan nak jadi gila!"

"Aku boleh jadi gila asalkan aku dapat apa yang aku nak!", kata Zakrul lalu pergi dari situ.

Baru sahaja Zakrul mahu melangkah pergi, Luth menahannya. Ia sekali lagi menumbuk wajah Zakrul.

Zakrul membalas dengan menendang perut Luth. Luth menahan kesakitan. Tidak mahu peluangnya terlepas, sekali lagi Zakrul memukul wajah Luth.

Luth rebah. Perutnya terasa senak dan kepalanya pening.

Sebelum datang sini, ia sudah menahan pening di kepalanya. Semalam ia tidak dapat tidur dengan enak.

"Kau jangan nak buatkan aku bunuh kau dekat sini. Kali ini kau selamat!", marah Zakrul lalu pergi.

Support novel Author! Sayang kamu semua;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience