52.

Romance Completed 52551

Nisa merenung lama kearah kubur. Ia membuang rumput liar yang tumbuh. "Assalamualaikum, Zak. Saya maafkan awak. Tiada lagi dendam saya terhadap awak. Saya maafkan awak" Lama Nisa berdiam. "Saya pergi dulu. Assalamualaikum" perlahan dia berjalan keluar dari kawasan kubur.

Setelah sekian lama dia membenci Zakrul, hari ini dia sudah memaafkan Zakrul. Yang lepas biarlah lepas. Cukuplah Zakrul terseksa di muka bumi, dia tidak mahu Zakrul terseksa di alam sana.

"Jom kita pergi hospital sekarang" ajak Khai. Dia dan Damia menemani Nisa.

Nisa hanya mengangguk kepalanya. Terasa malas nak berkata. Moodnya dalam keadaan yang tidak baik.

Khai hanya tersenyum. Sejak kejadian yang berlaku, Nisa jarang senyum. Apabila dipaksa senyum, ia hanya mampu memberikan senyuman palsu.

Brakk. Pintu bilik Luth terbuka. Nisa dengan perlahan menuju kearah suami yang masih setia menutup mata. Air matanya berlinangan. Setiap kali datang sini mesti melimpah air mata. Dia cuba menjadi kuat demi Luth.

"Assalamualaikum, Heroku. Adakah mimpi itu terlalu indah sehingga Abang tidak mahu membuka mata?" Diam. "Abang, bangunlah. Nisa perlukan Abang. Nisa cuba menjadi kuat demi Abang. Tapi, Abang nak tahu? Nisa tak kuat. Nisa tak kuat tanpa Abang disisi"

Sebulan sejak Luth tidak sedarkan diri. Luka tembakan di perut agak dalam, begitu kata Doktor. Keadaan itu membuatkan Luth koma.

Setiap hari dia menangis mengalahkan dirinya. Andai dia sempat melindungi Luth, mesti dia yang menggantikan tempat Luth sekarang. Sejak itu, hidupnya terasa sunyi.

"Abang.." pipi Luth digusap perlahan. Air mata jatuh dipipi. "Nisa rindukan gelak tawa Abang, senyuman Abang, muka merajuk dan pujuk rayu Abang. Nisa rindu semua tentang Abang. Abang..anugerah terindah kita ada dalam ni" Tangan Luth dibawa ke perutnya. Siapa sangka! 2 minggu selepas kejadian tersebut, ia kembali mengandung. "Abang, cepatlah bangun. Nisa setia tunggu Abang" Nisa meletakkan kepalanya di katil. Akhirnya rasa mengantuk menjemput dirinya. Dia tertidur kepenatan.

Perlahan mata Luth terbuka. Siling putih dipandang lama. Kepalanya perlahan bergerak melihat sekujur tubuh yang enak melayani mimpi.

Luth tersenyum kecil. Kepala Nisa digusap perlahan. Tidak mahu menganggu tidurnya. Mesti Sayang penatkan? Maafkan Abang. Nisa terpaksa tidur dalam keadaan yang tidak selesa.

Nisa yang merasakan kepala digusap, membuka mata. "Abang?!" Berdiri Nisa terkejut.

"Sayang.." panggil Luth lemah. Dia cuba bangun, namun sakit di perut menghalang dirinya. "Akkrh" lirih Luth menahan sakit. Dia memandang Nisa yang hampir menangis. "Mari sini"

Nisa memeluk Luth. Dia menangis. "Abang jangan tinggalkan Sayang lagi. Sayang takut kehilangan Abang. Hidup Sayang tak bermakna tanpa Abang disisi. Hiks"

"Hush..jangan menangis. Tak cantik dah isteri Abang ni. Abang berjanji Abang tak akan tinggalkan Sayang. Tak akan. Sayanglah nyawa Abang sehingga akhir hayat."

Lama mereka berpandangan. Bisikan cinta dan rindu mulai berbicara.

2 tahun kemudian. "Aidil..jangan berlari. Nanti jatuh" marah Nisa. Aidil anak yang dianugerahkan oleh Allah SWT selepas ia gagal menjaga anak sebelum ini. Namun, hari ini dia bersyukur. Aidil dilahirkan dengan kesihatan yang baik.

"Aidil dengar apa yang Mama cakap tu. Nanti Mama mengamuk. Papa tak nak tolong Aidil"

Aidil berlari kearah Luth. "Papa dukung" pinta Aidil.

"Hish anak Papa ni. Dah nak jadi Abang masih minta Papa dukung. Manja macam Mama dia"

"Apa Abang kata? Manja macam Sayang. Bukan Abang manja juga ke? Sakit sikit dah mula nak bermanja dengan Sayang. Tak patut. Malu sikit dengan anak"

"Sayang ni. Abang nak bermanja dengan Sayang takkan tak boleh langsung. Kan Papa? Salah ke kalau suami nak bermanja dengan isteri?"

"Tak salah. Papa pun selalu bermanja dengan Mama kamu. Kalau kamu nak minta adik pun Papa boleh berikan"

"Hish Abang ni. Tak padan dengan tua. Malu sikit dengan anak kita"

"Alaa Sayang. Biarlah."

"Dengar tu, Sayang" kata Luth.

Nisa hanya mencebik. Dia mengelengkan kepalanya.

Nisa dan Luth memandang Aidil bermain air dengan nenek dan atuknya. Sesekali mereka ketawa melihat Aidil menyiram air kearah nenek dan atuk.

Wajah Nisa dipandang lama. "Sayang.." panggil Luth.

"Ya?"

"Abang mahu berterima kasih kerana Sayang masih terus bertahan dengan Abang walaupun banyak perkara yang cuba menjarakkan hubungan kita. Abang bersyukur memiliki Sayang. Memiliki Sayang adalah anugerah yang tiada nilai gantinya. Sayanglah permaisuri hati Abang sehingga akhir hayat. Abang bersyukur dapat bertemu dan berkahwin dengan Sayang. Terima kasih. Andai Sayang pergi, hidup Abang tidak bermakna lagi. Abang berharap cinta kita terus bertahan sehingga maut memisahkan kita. I Love You So Much"

"Sayang juga mahu berterima kasih dengan Abang. Abang setia menunggu Sayang. Abang setia mencari Sayang ketika hubungan kita dalam keadaan tidak baik. Memiliki Abang juga anugerah terindah yang tiada nilai gantinya buat Sayang. Abang raja hati Sayang. Abang juga hero Sayang. Sayang juga bersyukur dapat mengenali dan berkahwin dengan Abang. Thank You. Sayang juga berharap cinta kita bertahan hingga akhir hayat kita. I Love You Too"

Luth memeluk erat tubuh isteri yang disayangi. Hatinya tidak berhenti mengucapkan rasa syukur kepada Yang Maha Esa. Bertemu dan berkahwin dengan Nisa adalah perkara yang paling ia bersyukur. Nisa mutlak menjadi milik ia selamanya.

Nisa memandang Luth dengan penuh kasih sayang. Bertemu dengan Luth mengubahkan hidupnya. Dia teramat bersyukur. MR.DINGIN yang paling ditakuti oleh pekerja, siapa sangka! Menjadi suami buat dirinya. Hanya dia, MR.DINGIN "I LOVE YOU".


~TAMAT~

SELAMAT MEMBACA ^-^

Share this novel

N4ni77
2023-11-25 19:28:04 

terus berkarya author❤️❤️❤️


NovelPlus Premium

The best ads free experience