11.

Romance Completed 52551

Sedari sibuk Nisa menaip sesuatu di komputer, tiba-tiba dia mendapat panggilan daripada nombor yang ia sama sekali tidak dikenali.

Namun ia menjawap panggilan itu kerana ia berfikir panggilan itu amat penting baginya.

"Helo! Aku nak jumpa kau dekat kafe!"

Terkejut Nisa, Salam tak ada, main terjah je, desis hati Nisa.

"Waalaikumussalam, boleh aje.Tapi ni siapa?"

"Aku Damia.Ex tunang Luth.Aku nak jumpa kau sebab aku ada sesuatu yang aku nak sampaikan kepada kau.Aku nak tunjukkan bagaimana perangai Luth yang sebenar"

Nisa diam. Perlu ke aku jumpa dia? Perangai macam mana yang dia nak sampaikan itu?, desis hati Nisa sekali lagi.Ia memandang ke arah bilik Luth yang sunyi kerana Luth pergi keluar meeting.

"Baiklah, saya akan berjumpa dengan Cik"

"Cepat sikit! Aku tunggu!", kata Damia lalu menutup panggilan itu.

Nisa terus mengemas dan pergi ke kafe.Ia tidak mahu membuatkan perempuan itu menunggunya lama.

"Silakan duduk!", kata Damia.

Nisa menarik kerusi lalu duduk.Ia memandang wajah Damia untuk memberitahu perkara sebenar.

"Aku nak cakap yang Luth itu selalu habiskan masa bersama perempuan lain.Dan aku salah orang daripadanya.Aku nak cakap yang Luth tak sesuai untuk gadis ayu macam kau ni.Lebih baik kau tinggalkan dia"

"Aku tak percaya yang Luth lelaki macam itu.Apa buktinya? Kau jangan nak reka cerita!", marah Nisa yang tidak percaya akan cerita Damia.

Damia tersenyum sinis. Perempuan ni sudah mahu masuk perangkap aku, desis hati Damia.Ia mengeluarkan sebuah foto dari handbag miliknya lalu memberikan kepada Nisa.

Nisa mengambil.Tangannya menggelentar apabila melihat foto yang dimana Luth sedang tidur bersama Damia.Ia memandang Damia sambil air mata yang mengalir di pipi.

Nisa menggelengkan kepalanya."Tak! Ni bukan Luth! Kau pasti tipu aku kan!"

"Tu buktinya.Kalau tak percaya, sudah.Aku malas nak cerita panjang dengan kau", kata Damia. Bodoh perempuan ni.Takkan dia tak tahu yang gambar tu diedit, desis hati Damia sambil tersenyum kemenangan melihat air mata Nisa.

Damia terus meninggalkan Nisa yang masih menangis.Ia menuju ke arah lelaki yang sedari dari tadi menunggu peluangnya.

"Sekarang peluang kau, Zak", kata Damia lalu menuju kearah kereta untuk pulang ke apartermnet miliknya.

Zakrul berjalan kearah Nisa.

"Heh Nisa!, kenapa awak menangis ni? Apa yang sudah terjadi?", tanya Zakrul yang memulakan lakonannya.

"Oh Zak!, Tak ada apa lah.Mata masuk habuk", elak Nisa.

Zakrul mengambil tempat di hadapan Nisa."Jangan nak tipu saya lah Nisa.Saya dah kenal awak dah lama.Dari zaman sekolah lagi.Cuba cerita apa yang berlaku?"

Nisa menarik nafas dengan perlahan."Luth...dia curang dengan saya"

"Macam mana awak tahu dia curang dengan awak?"

"Nisa mengambil foto itu lalu memberikan kepada Zakrul."Tadi ex tunang Luth bagi ni dekat saya.Dia kata Luth selalu tidur dengan perempuan termasuklah ex dia"

"Apa yang awak nak lakukan?"

"Entahlah Zak.Saya rasa nak putuskan pertunangan dengan dia.Tapi, saya masih perlukan masa untuk semua ini"

"Awak fikir lah dengan betul.Saya takut dia lelaki yang tidak sesuai untuk awak.Lebih baik awak lepaskan dia"

Nisa hanya diam.Ia termenung. Ya Allah, apa yang patut hamba-Mu lakukan?, desis hati Nisa yang sedih.

Luth mencari Nisa.Ia pulang dari meeting, namun ia tidak nampak kelibat Nisa di penjabat.Ia menelefon Nisa."Assalamualaikum, sayang dekat mana ni? Abang cari sayang dekat penjabat tapi tak jumpa?"

"Aku dekat taman titiwangsa"

"Sayang buat apa dekat sana? Okey lah, abang otw", kata Luth lalu menutup panggilan tersebut.

Nisa termenung.Ia mahu pulang ke penjabat, namun pada masa yang sama ia tidak mahu berjumpa dengan Luth.

"Sayang!!", jerit suara itu.

Nisa memandang wajah Luth dengan tatapan tajam lalu menampar wajah Luth.

Luth terpegun."Sayang! Kenapa ni? Apa yang sudah terjadi?"

Nisa mengambil foto itu lalu mencampak ke muka Luth.Luth mengutip.Ia terkejut melihat wajahnya bersama Damia.

"Jelaskan dekat aku.Apa benda ni? Sejak bila kau dah buat semua ni belakang aku?"

"Sayang...gambar ni bukan abang.Semua ni tipu! Abang tak pernah sentuh Damia!"

"Bukan abang? Habistu kenapa ada muka abang? Damia sendiri yang bagitahu saya yang awak dah tidur dengan dia.Oh..bukan dia sahaja! Tapi perempuan lain juga!"

"Sayang!..Sumpah abang tak pernah sentuh langsung perempuan itu!! Entah, gambar ni tipu tau!! Tapi, sayang..abang tak pernah buat benda jijik ni!"

"Sudahlah Luth!! Hati saya dah sakit bila tengok gambar tu! Saya nak balik sekarang!", kata Nisa lalu meninggalkan Luth.

"Sayang!!", jerit Luth.Kakinya sudah tidak mampu bergerak untuk mengejar Nisa.Ia menatap gambar itu dengan amarah yang tinggi.

"Tak guna punya perempuan.Aku akan mencari keaslian foto ni", marah Luth.

Ia menatap belakang Nisa yang jauh meninggalkannya.

"Macam mana Riel?"

"Gambar ini di edit.Kau tak perlu nak risau lah"

"Nisa, dia dah marah dengan aku sebab gambar ni.Kau boleh tolong ikut aku jumpa dia dan bagitahu tentang gambar ni"

"Boleh je.Tapi make sure kau belanja aku makan pada hari lain"

"Ya, nanti aku belanja kau makan"

"Assalamualaikum, sayang boleh kita berjumpa?"

"Hmm..dekat mana?"

"Dekat taman titiwangsa"

"Hmm"

Luth sudah merindui Nisa.Sudah 2 hari Nisa mengelak daripada berjumpa dengannya.

"Cepatlah, kau nak cakap pasal apa?"

"Abang nak jelaskan pasal foto itu.Sayang boleg tanya kawan abang tentang foto itu", kata Luth.

Nisa memandang lelaki yang duduk di sebelah Luth.

"Sebenarnya, foto ni sudah di edit oleh orang yang pro dalam bidang ni.Jadi, Luth sama sekali tidak bersalah.Dia menjadi mangsa keadaan"

Nisa memandang foto itu tanpa berniat melihat wajah tunangnya itu.

"Bro, aku balik dululah", kata Riel yang bangun.Ia menepuk bahu Luth.

"Terima kasih"

"Sama-sama"

Luth kembali memandang wajah Nisa."Sayang..."

"Abang..maafkan sayang.Sayang tak tahu yang gambar ni di edit", kata Nisa yang menitis air mata.

"Sudahlah, abang tak marah sayang pun.Abang tahu sayang pasti tidak percaya dengan semua ni"

Nisa mengangkat kepalanya dan menghadiahkan senyuman manis kepada Luth.

Luth terpegun melihat senyuman manis itu.Jantungnya berdegup dengan cepat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience