41.

Romance Completed 52551

"Aku nak kau hancurkan hubungan mereka. Kalau boleh biar si Luth tunduk kepada kamu. Senang sikit aku nak ambil Nisa. Hahaha.."

"Baiklah. Aku akan buat apa yang kau suruh. Aku sudah lama pendamkan cinta terhadap Luth. Banyak yang aku buat supaya Luth jatuh cinta dengan aku tapi satu pun dia tak pandang. Perempuan tu juga yang dapat"

"Sayang..abang pergi dulu ya. Sayang jangan lupa kunci pintu rumah. Bahaya." menghulurkan tangan untuk bersalaman. Dia juga tidak lupa mengucup dahi isterinya.

"Baiklah Abang" Nisa menyambut huluran salam Luth.

"Tuan..Kita ada pekerja baru hari ini. Dia akan bertugas sebagai PA Tuan sementara isteri Tuan masuk kerja. Nanti dia akan dipindahkan ke bahagian akautan sebaik sahaja isteri Tuan masuk" terang Yana selaku pembantu Luth.

"Baiklah Yana. Terima kasih untuk info ini" Luth memberikan senyuman manis kepada pembantu yang sudah lama berkhidmat di syarikat miliknya.

"Sama-sama Tuan"

"Sayang, Abang pulang lambat sikit hari ni. Mungkin sampai lewat malam. Abang ada banyak dokumen yang perlu disiapkan. Sayang jangan tunggu Abang tau. Maafkan Abang"

"Tak apa, Sayang faham Abang busy. Abang jangan risau. Ada superman yang jaga Sayang dekat sini. Baiklah Abang."

"Superman?"

"Ya, anak kita. Abang jangan risau lah. Sayang okay je"

"Betul ni Sayang okay duduk rumah sorang? Abang risau ni"

"Tak apa. Sayang okay je lah. Abang jangan risau okay"

Luth menarik nafas pelan. "Baiklah".

Tup. Panggilan ditutup. Luth tersenyum apabila melihat gambar perkahwinan mereka.

"Eh Yana? U tak balik lagi ke? Dah lewat malam ni"

"Tak Tuan. Saya baru sahaja siapkan dokumen. Esok saya perlu tunjukkan kepada Tuan"

"Yana..boleh awak sediakan air kopi untuk saya?" tanya Luth.

Sebolehnya dia tidak mahu minum kopi namun ia mengantuk. Dia masih mempunyai banyak dokumen yang perlu disiapkan. Dia tidak mahu menunjukkan contoh yang tidak baik kepada pekerja bawahan.

"Baik Tuan"

Lama Luth menunggu. Sehinggakan ketukan pintu kedengaran " Silakan masuk" arah Luth.

"Ini Tuan..airnya. Ada apa-apa lagi ke yang Tuan mahukan? Saya boleh tolong buatkan"

"Oh. Sudah tak ada. Btw terima kasih untuk kopi ini"

"Sama-sama Tuan"

Baru beberapa saat Luth menghirup kopi itu. Kepalanya sudah terasa pening. "Yana.." panggil Luth. Ia mengedip matanya beberapa kali. Akhirnya rasa mengantuk tidak dapat ditahan. Luth tertidur.

"Nampaknya rancangan aku nak dapatkan kau akan berjaya tak lama lagi" Yana tersenyum sinis.

"Eh kau! Tolong aku angkat dia! Berat ni!"

"Hish kau ni! Aku perempuan! Kau yang lelaki kena angkat dia! Buat apa i angkat dia? Ini kan u punya idea"

"I tahu ni i punya idea. U pun nak dia juga kan? So tolong i cepat!"

"Yalah"

Tubuh Luth diangkat dan diletakkan diatas katil. Butang baju dibuka sehingga menampakkan dada.

Yana tersenyum sinis. "Aku nak kau lakukan sekarang. Kau panggil pencegah maksiat. Tak lama lagi, kita akan dapat apa yang kita mahukan" Yana membuka baju miliknya. Ia mendekati Luth.

Zakrul tersenyum bahagia. Sayang jangan risau. Abang akan sentiasa berusaha untuk dapatkan Sayang.

Ia mengambil kamera. Click. Sebuah foto berjaya ditangkap. Ini akan menjadi bukti buat kau, Luth! Haha!

SELAMAT MEMBACA ^-^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience