2.

Romance Completed 52555

"Luth ceritakan dekat Mama, kenapa Luth putuskan pertunangan dengan Damia? Apa salah Damia?" tanya Datin Maria yang memandang tajam anak mata Luth.

Luth menarik nafasnya."Ma, perempuan tu dah serahkan badan dia dekat lelaki lain Ma.Luth taknak perempuan yang sudah serahkan badan dia" kata Luth yang memandang tajam kearah kedua ibu bapanya.Ia tahu Datin Maria dan Dato Luqman kecewa dengan keputusannya.

Namun, itu dirinya Luth.Sekali ia disakiti, selamanya ia akan ingat perkara itu.

"Ya Allah, apa semua ini betul Luth? Takkan Damia sanggup buat perkara macam ni? Damia kan budaknya sopan dan baik"

"Ya Mama, kalau Mama nak Luth kahwin juga dengan dia, Luth akan pergi dari sini.Mama dah tertipu dengan topeng yang dia pakai.Sudahlah, Luth nak naik atas"

Datin Maria dan Dato Luqman memandang Luth dengan tatapan sedih.Ia tahu Luth mesti kecewa dengan apa yang berlaku.

"Abang, kita nak buat macam mana ni? Saya taknak Luth keluar dari rumah ni.Lagipun saya kesian tengok Luth tu.Dia dah cintakan perempuan itu sepenuh jiwa dia"

"Kita ikut apa yang Luth katakan.Hanya dia sahaja yang tahu apa yang berlaku.Kalau kawan awak itu minta sambung balik, kita tolak.Saya taknak Luth kecewa buat selamanya"

Sedang ralit mereka berbual, tiba-tiba telefon Datin Maria berbunyi. "Panjang umur dia", bisik hati Datin Maria.

"Assalamualaikum, ada apa Datin Suraya?"

"Kenapa anak kamu nak putuskan pertunangan dengan anak aku?!"

"Kamu tanya anak kamu? Apa dia buat di belakang anak saya?"

"Damia kata dia kena paksa dengan lelaki itu.Dia tidak ada niat nak buat macam tu"

"Sudahlah, sa-"

"Helo, Datin.Saya tetap akan putuskan pertunangan saya dengan perempun jijik itu.Suruh dia berkahwin dengan lelaki itu.Bye" kata Luth lalu mencampak telefon Datin Maria di atas meja.

"Sekarang kalau mereka datang lagi, Mama jangan layan mereka" kata Luth lalu pergi masuk ke dalam bilik dia.

Datin Maria dan Dato Luqman terkejut dengan perubahan anak mereka."Bang, anak kita dah marah.Mana sifat penyabar dia?" tanya Datin Maria yang memandang suaminya yang mendiamkan diri dari tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience