12.

Romance Completed 52551

Sebulan telah pun berlalu, majlis perkahwinan Luth dan Nisa dijalankan dengan meriah sekali.

"Tahniah beb! Tak sangka kau jadi bini orang", kata Laila yang berjumpa dengan Nisa sebaik sahaja tamat angkat nikah.

Mereka saat ni menjamu selera.Damia dan Zakrul juga hadir.Mereka berpura-pura memberi ucapan selamat.

Sejak kes foto Luth, Damia diugut oleh Luth.Luth berkata kepada Damia bahawa ia akan melaporkan kepada pihak tertentu.

Damia terpaksa bertahan buat sementara waktu. Tak apa buat masa ni, aku diam.Tapi nanti aku akan hancurkan hubungan kalian, desis hati Damia sambil melihat tajam pasangan pengantin itu.

Zakrul, ia masih belum berpuas hati untuk merebut hati Nisa walaupun Nisa sudah sah menjadi isteri Luth.Ia akan sentiasa cuba membuatkan mereka bergaduh antara satu sama lain.

Ia mahu Luth ceraikan Nisa, dan mengambil Nisa sebagai haknya.

Mereka pergi dari situ dengan perasaan yang marah dan dendam.

Malam pertama sebagai seorang isteri membuatkan Nisa menjadi tidak keruan.Saat ini ia berada di ruang tamu bagi meluangkan masa bersama mertuanya sebelum masuk tidur.

"Sayang, jom masuk tidur", pujuk Luth mengajak Nisa.Tidak lupa, ia juga menarik tangan Nisa.

Ahh sudah, desis hati Nisa.Ia tersenyum kepada mertuanya lalu mengikut langkah Luth.

Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk, dia terdengar apa yang Luth katakan sehingga membuatkan hati dia berdetak dengan laju."Sayang, jangan lupa kunci pintu tu"

Ya Allah, dia ni buat aku takut, desis hati Nisa.Ia cuba mengosok dadanya bagi mengurangkan rasa resah dan takut.

Luth menarik Nisa ke katil dan menyuruh Nisa untuk baring.Mereka akhirnya memulakan bahtera cinta pada malam pertama.

"Tak guna!! Aku benci kau perempuan!!", jerit Damia.

"Sudahlah, nanti kita fikirkan apa yang kita harus lakukan.Sekarang aku nak kau luahkan masa bersama dengan aku malam ni", Zakrul menolak tubuh Damia baring diatas katil.

Damia dengan rela menyerahkan badan kepada Zakrul.Mereka mulai melakukan perkara jijik itu.

"Selamat pagi bakal pengantin", Kata Datin Maria apabila melihat anaknya dan juga menantu kesayangan turun.

"Selamat pagi Mama", kata Nisa dan Luth.

Damia bangun dari tidurnya.Ia terkejut melihat dirinya tidak memakai sebarang pakaian.Tambahan lagi di sebelah terdapat sekujur tubuh yang masih enak dibuai mimpi.

"Eh! Bangun!", kata Damia yang membangunkan Zakrul.

"Hmmm...kau ni kacau lah.Aku mengantuk lagi ni"

"Bangunlah! Aku taknak family aku datang sini dan nampak semua ni!", marah Damia.

"Sayang, kita nak honeymoon dekat mana?", tanya Luth.

"Sayang ikut abang je.Abang nak pergi mana?"

"Abang nak kita pergi honeymoon dekat Paris.Sayang setuju ke tak?"

"Paris?! Wow! Tu tempat yang sayang dah lama nak pergi.Macam tahu je abang ni"

"Kalau macam tu..lusa kita pergi sana nak?!"

"Nak! Terima kasih abang!", jerit Nisa yang gembira.Ia terus memeluk Luth.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience