48.

Romance Completed 52551

"Abang nak bawa Sayang pergi mana ni?" Tanya Nisa pelik. Hotel! Dia nak buat apa dekat sini? Jangan-Jangan! Hish kau ni, dia kan suami kau.

"Abang nak Sayang tidur sini dengan Abang. Dah lama Abang tak sentuh Sayang. Abang rindu sangat"

Gulp. Terasa pahit air liur yang ditelan. Hah sudah? Seram ni! Mak!!! Nak balik rumah sekarang!! Merah muka Nisa menahan malu.

Luth ketawa sebaik sahaja melihat perubahan wajah Nisa. Sayang, takkanlah tak pernah buat kut? Haih! Comel je muka dia!

Nisa baru sahaja sudah mandi terkejut melihat Luth hanya memakai tuala. Ia kembali menilik tubuh badannya yang hanya ditutupi oleh tuala. Macam mana aku boleh lupa nak bawa baju sekali? Aduhlah.

Luth menilik Nisa dari atas ke bawah. Ia bangun dengan perlahan menuju kearah Nisa. Tubuh kecil Nisa ditolak merapati dinding.

Matanya melihat bibir pink Nisa. Terlihat sexy. Tangan bermain dibibir tersebut. Kepala ditunduk dan diletakkan dibahu Nisa. Wangi.

Ia mencium tekak Nisa. Meninggalkan tanda merah. Ia mengangkat kepala Nisa yang sedari dari tadi tunduk. Menunduk dan mencium bibir pink tersebut. Dengan rakus sehingga nafas Nisa menjadi berat. Manis. Masih sama seperti dulu.

Tubuh Nisa didukung. Diletakkan perlahan diatas katil. Ciuman masih belum dilepaskan. Nisa hanyut dengan semua ini.

Tangan Luth menutup suis lampu katil. Gelap. Luth membaca doa. Mereka melakukan hubungan suami isteri setelah sekian lama.

Tok Tok. Pintu bilik Luth diketuk. Haish, siapa yang kacau ni? Luth bangun. Lampu katil dibuka.

"Siapa?" Tanya Luth. Pintu dibuka.

"Assalamualaikum. Maafkan kami. Kami mendapati ada hubungan haram disini? Boleh kami tengok buku nikah Encik dan Puan?"

"Waalaikumussalam. Sekejap ye" Kata Luth. Ia menuju kearah bagasi pakaiannya.

"Siapa tu Bang?"

"Pencegah Maksiat"

Haa sudah. Aku tak bawa. Macam mana ni? Takkan kena nikah free kut?

Luth mengeluarkan buku tersebut. Ia berjalan menuju kearah pintu. "Ini" Buku dihulurkan.

"Baiklah. Maafkan kami kerana telah menganggu Encik dan Puan. Kami minta diri dulu ya. Assalamualaikum" Kata pencegah maksiat itu sebaik sahaja sudah memeriksa.

"Waalaikumussalam"

"Abang bawa buku nikah kita? Sayang lupa nak bawa"

"Abang selalu bawa ke mana Abang pergi. Andai kita kena tangkap masa bersama, tak perlu pening nak fikir untuk jawap apa. Tak perlu kita nikah lagi. Free pulak tu" Kata Luth sambil mengangkat kening.

"Jom kita sambung kerja yang tertangguh tadi" Senyuman smirk Luth kepada Nisa. Ia terus memeluk Nisa.

"Good morning Sayang" Ucap Luth sebaik sahaja melihat mata Nisa terbuka. Suara serak basah mampu mencairkan hati Nisa.

"Good morning Abang"

Luth merapatkan dirinya kepada Nisa. Bibir mereka bertaut. Lama.

"Abang, kita nak balik KL ke?" Nisa bertanya. Sudah sahaja solat subuh, ia pelik melihat Luth mengemas bagasi.

"Ya Sayang. Kita balik jumpa Mama dan Daddy. Kita balik ke istana kita. Abang rindu nak luangkan masa dengan Sayang" Dahi Nisa dikucup. Ia memeluk isteri kesayangan erat.

Bukk. Beberapa buah novel terlepas daripada tangan Yana. Yana menunduk mengutip novel tersebut. Adoi, malang sungguh nasib hari ini. Terlanggar orang pula.

"Maafkan saya, Cik. Saya tak sengaja. Saya nak cepat tadi" Satu suara lelaki yang memecahkan suasana.

Yana mengangkat kepala. Wajah lelaki yang dilanggar ditatap. Ya Allah, handsome nya. Sempat lagi kau puji. Amboi, nampak sangat gatal dia tu.

"Tak apa. Maafkan saya juga sebab jalan tak tengok depan" Ia bangun sesudah mengutip novel. Tersenyum manis kepada lelaki itu.

"Maafkan saya sekali lagi. Saya pergi dulu ya. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam" Dada diurut bagi menghilangkan debaran. Dah kenapa dengan aku ni? Takkan dah jatuh cinta kut?

"Ya Allah, anak Mama. Dah balik pun. Mama rindu Nisa. Mana Nisa pergi selama ini? Puas kami cari Nisa tapi tak jumpa"

"Ada je Mama. Menantu kesayangan Mama ni merajuk sampai ke Terengganu. Nasib baik Luth jumpa menantu Mama ni"

Amboi..sedap je duk mengata aku. Tajam mata Nisa menatap wajah Luth. Jaga lah, nasib baik kita dekat rumah Mama. Kalau tak dah lama Abang kena cubit dengan Sayang.

"Argghh!!" Jerit ia kecewa. Kecewa ia dipermainkan oleh seorang perempuan. Mananya tidak, bercinta hampir 7 tahun tetapi diputuskan begitu sahaja apabila perempuan yang disayangi sudah menjadi tunang orang lain.

Ramai orang memandang ia pelik, namun ia tidak kisah semua itu. Hatinya sakit saat ini. Sakit yang teramat sangat. Ia terduduk menangis dihadapan pantai. Meluahkan rasa sakit melalui air mata.

Satu air botol mineral dihulurkan. Ia mengangkat kepala melihat siapakah gerangan yang baik hati ini? Seorang perempuan yang tersenyum manis kepadanya.

"Thanks" Botol mineral diambil dari tangan wanita itu.

"Most welcome. Boleh saya duduk dekat sini?"

"Boleh" Dingin. Tiada rasa mahu membalas pertanyaan wanita itu.

"Saya tak kisah kalau awak tak nak kongsi apa masalah awak. Tapi, kalau awak perlukan pendengar, saya sudi mendengar" Ikhlas wanita itu berkata.

"Kenapa dia buat saya macam ni? Apa salah saya? Saya dah sayang dia sepenuh jiwa saya. Tapi rupanya dia sudah menjadi tunang orang lain. Kenapa? Sakit hati saya bila dipermainkan seperti ini. Sakit sangat"

"Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang penentu segalanya. Saya tahu awak sayangkan dia. Saya dapat rasakan. Tetapi, Allah mungkin dah tentukan jodoh awak dengan orang lain. Mungkin awak dengan dia tiada jodoh. Saya bukan nak gelakkan awak sebab susah nak lupakan dia. Semua manusia memang susah nak lupakan orang yang ia paling sayang. Tapi, awak perlu teruskan hidup tanpa dia. Cuba terima yang dia bukan untuk awak. Saya harap awak terus bertabah"

Laju kepala Arif memandang wajah Yana. Ia seakan setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yana.

"Cuba lupakan dia. Jangan terus bersedih sehingga awak tidak menerima orang baharu dalam kehidupan awak. Awak berhak bahagia. Saya doakan awak dapat jodoh yang lebih baik"

"Thanks atas nasihat tadi. Saya akan cuba lupakan dia. Thanks sebab tenangkan hati saya yang sakit ni"

"Most welcome. Saya hanya memberi nasihat je. Sekarang macam mana? Awak dah okay?"

"Arif menarik nafas. "Alhamdulillah. Dah okay"

"Baguslah kalau macam tu. Saya minta diri dulu ya. Saya ada hal" Yana bangun.

Baru sahaja ia mahu pergi, dirinya dipanggil.

"Awak? Nama awak apa?"

Yana tersenyum. "Yana. Panggil Yana sahaja. Nama panjang tak boleh tahu" Ujar Yana sambil membuat lawak.

"Oh Yana. Saya Arif. Gembira dapat berjumpa dengan awak"

"Saya juga. Saya pergi dulu ya. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

SELAMAT MEMBACA ^-^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience