49.

Romance Completed 52551

Sebulan kemudian. "Apa khabar Luth? Aku dapat tahu yang kau dan Nisa dah berbaik. Wow tak sangka! Kau dah rampas Nisa dari aku. Sekarang masa untuk aku muncul di hadapan korang setelah sekian lama. Tangan aku rasa tak sabar nak bunuh kau, Luth" Bisik Zakrul sendirian. Gambar Luth dan Nisa dikoyak.

"Abang nak pergi kerja ke? Pukul berapa nak balik tu?"

"Entahlah Sayang. Abang terpaksa. Abang ada meeting. Sayang duduk rumah tau. Jangan nak keluar pergi mana-mana. Abang takut Sayang hilang"

"Jangan risau, Abang. Hari ini, saya tak pergi mana-mana. Kalau ada apa-apa, Sayang akan call Abang"

"Okay Sayang. Abang pergi dulu. Nanti lewat pula nak masuk meeting"

Nisa bersalaman dengan Luth. Luth sempat meminta Nisa untuk mencium bibirnya. Awalnya Nisa malu, namun ia melakukan juga. Berdosa menolak permintaan suami. Amboi Nisa, selama ni lari rumah tak berdosa pula.

"Awak, jom teman saya pergi makan. Saya belanja" Ajak Arif. Sejak pertemuan dia dengan Yana membuatkan dia mampu melupakan gadis yang tinggalkannya.

Yana setia menemani ia. Setia mendengar segala keluhan ia. Ia bersyukur dapat mengenali Yana. Yana seorang sahabat yang baik hati.

"Baiklah. Asal ada orang belanja saya, saya on je"

Arif ketawa. Haih, nasib baik sayang.

"Awak, sebenarnya saya ada sesuatu yang nak beritahu awak. Saya harap awak boleh terima"

"Apa dia?" Tanya Yana. Hairan.

"Saya sukakan awak. Sejak saya berkenalan dengan awak, saya dah jatuh cinta dekat awak. Saya tahu, kita kenal baru sahaja sebulan. Tapi, kalau awak tak terima semua ini, saya faham. Saya pun tak nak memaksa awak. Saya tak tahu kalau awak ni milik orang atau tak. Saya luahkan kerana tak mahu perasaan saya menjadi semakin teruk. Semakin cintakan awak sehingga susah nak lepaskan awak"

Lama mereka menyepi. Melihat keadaan seperti ini membuatkan Yana membuka mulut. Ia menarik nafas perlahan.

"Saya pun sukakan awak. Tapi, saya takut nak luahkan sebab takut awak tak ada perasaan terhadap saya. Saya takut awak hanya anggap saya sebagai seorang kawan. Tidak lebih daripada itu. So, saya sukakan awak"

Mata mereka bertembung. Bisikan cinta mulai bermain didalam hati.

"Kalau macam tu, izikan saya untuk melamar awak" Tanya Arif. Ia melutut dihadapan Yana. Kotak cincin dikeluarkan. "Will you marry me? Sudikah awak menjadi suri hati saya dan ibu kepada anak-anak saya?"

Yana terkejut. Ia tidak sangka secepat ini Arif melamar dirinya. Air mata berlinangan. Baru kali ini, ia merasakan cinta yang sesungguhnya.

"Yes" Tangannya dihulurkan.

Arif tersenyum. Ia mengambil cincin lalu menyarungkan di jari Yana. "Terima kasih sebab terima saya sebagai iman awak. Saya janji akan menjaga awak dengan sepenuh hati saya. Love you"

"Love you too"

"Assalamualaikum"

Siapa pula yang datang ni? Aku ada ajak orang datang ke? Hish, tak ingat pula aku ni. Mungkin Luth ada beli barang dalam online tak? Baik aku pergi tengok.

"Waalaikumussalam. Eh Laila! Kau buat apa dekat sini? Jemput masuk"

"Luth minta aku temankan kau. Dia takut apa-apa terjadi dekat kau. So, sebab tu aku datang dekat sini. Temankan kau. Btw, aku pun rindukan kau"

"Aku pun rindukan kawan baik aku ni. Dah lama tak keluar jalan dengan kau"

Prang. Bunyi dentingan kaca memenuhi ruang biliknya. Gelas ditangan jatuh tanpa sengaja.

"Ya Allah, perasaan apa ni? Kenapa aku rasa tak sedap hati?" Laju tangan dia mengambil telefon. Mendail nombor isteri kesayangan.

Sayang, jawablah. Jangan buat Abang takut. Kalut Luth menelefon Nisa. Namun, panggilan itu tidak kunjung diangkat. Hatinya semakin resah.

Aku membuka mata. Cahaya terang menyakiti mata aku. Aku berkedip bagi menghilangkan rasa sakit itu. Aku mendongak kepala. Melihat ruang gelap yang menutupi semua ruang bilik. Terasa seram.

Aku cuba meronta bagi melepaskan ikatan tali. Habis merah tangan kerana aku cuba bergerak banyak kali. Ia tidak kisah. Apa yang dia mahu ialah pergi dari tempat ini.

Tiba sahaja, mata aku ternampak sekujur tubuh yang berada disamping aku. Tangannya diikat seperti diriku. Ia masih belum sedarkan diri.

"Laila..." panggil aku. Laila masih belum sedarkan diri. Aku sekali lagi cuba bergerak.

Tak lama kemudian, Laila membuka mata. "Nisa..kita dekat mana ni? Aku nak balik. Aku takut" Kata Laila yang ketakutan. Ia cuba meronta sehabis sebaik. Namun gagal.

"Laila, kau tak apa-apa kan? Aku pun tak tahu kita dekat mana. Jangan risau, aku ada dekat sini. Aku akan pastikan mereka tak akan apakan kau. Aku pasti"

Lama Nisa diam. Ia cuba mengingati apa yang sudah berlaku? Kenapa mereka berada ditempat ini?

Ingatan Nisa kembali mengingati kejadian yang berlaku. Semasa Laila datang ke rumahnya, Ia terdengar bunyi kaca yang pecah semasa ia sedang sibuk sediakan air buat Laila.

Ia melihat Laila sudah dicekup oleh seorang lelaki. Baru sahaja ia mahu menelefon polis, dirinya sudah dicekup sehingga ia pengsan. Ia sempat melihat dua orang lelaki itu sedang mengangkat dirinya dan juga Laila.

Mengingati semua itu membuatkan ia mahu menangis. Abang, tolong selamatkan Sayang. Sayang takut. Doa Nisa memanggil suaminya.

Bruk. Lamuman Nisa terhenti. Pintu ruang bilik itu dibuka dengan kasar. Seorang lelaki berjalan menuju kearah dirinya dan Laila.

"Apa khabar Sayang? Dah lama Abang tak jumpa Sayang. Sayang tak rindu dekat Abang ke?" Tanya lelaki itu sambil smirk kepada mereka berdua.

Zakrul!!!?

Nisa mahupun Laila terkejut melihat siapa gerangan itu. Muka mereka berdua semakin memuncat. Nampaknya lelaki iblis bakal membuatkan nyawa mereka dalam bahaya.

SELAMAT MEMBACA ^-^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience