33.

Romance Completed 52551

Seminggu telah pun berakhir. Tanpa adanya gangguan daripada Zakrul. Luth tahu bila-bila masa sahaja Zakrul boleh muncul di hadapan mereka.

Sejak keluarnya Luth dari hospital, satu perubahan besar bagi mereka. Kemana sahaja mereka pergi mesti berdua. Nisa masih takut dengan apa yang berlaku.

Menurut siasatan polis, mereka menyatakan Zakrul hilang bagai ditelan bumi. Luth tahu. Zakrul juga anak Dato. Mesti ia dapat bersembunyi dengan wang yang melimpah ruah.

Matanya melihat Nisa yang sedang membaiki tudung. Mereka akan pergi melawat Damia. Ia kata ada sesuatu yang nak dibincangkan.

Nisa yang nampak Luth asyik memandangnya cuba memberikan senyuman manis. Luth membalas senyuman itu.

Akhirnya mereka sampai dirumah Damia. "Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam. Jemput masuk" Ujar Damia.

"Apa benda yang nak bagitahu tu? Nampak macam benda yang menarik akan berlaku?" Tanya Nisa. Melihat kearah Damia dan juga seorang lelaki yang baru sahaja ia kenal.

"Sebenarnya..Damia dan abang Khai dah berbincang nak berkahwin dalam bulan hadapan. Kami dah mencintai antara satu sama lain"

Kenyataan Damia membuatkan Nisa mahupun Luth terkejut. Luth bersyukur kerana ada orang yang sudi menerima Damia.

"Ya Allah! Betul ke? Macam tak percaya. Nisa ucapkan tahniah buat korang semua. Bila majlis tunangnya?"

"Kami hajat nak buat dalam minggu hadapan. Lagipun kami tak nak tangguh lama sangat tunang ni. Abang Khai dah tak sabar sangat ni"

Ketawa mereka semua mendengar ayat yang keluar dari mulut Damia. "Abang pula yang tak sabar. Bukan sayang ke yang tak sabar?"

Merah muka Damia menahan malu. Sekali lagi ruang tamu itu riuh dengan suara gelak ketawa mereka semua.

"Terima kasih sebab sudi terima Damia. Luth harap abang boleh jaga dia dengan baik"

"Jangan risau Luth. Abang akan jaga dan mencintai Damia dengan sepenuh jiwa dan raga abang. Dan terima kasih juga sebab sudi nak hulurkan duit untuk majlis kami. Abang boleh sahaja tampung semua kos tu. Tapi Luth yang nak belanja jadi abang terpaksa menerima"

"Luth ikhlas nak bayar semua kos tu. Lagipun abang dan Damia kawan baik Luth"

"Macam susahkan Luth pula"

"Haha mana adalah abang. Luth ikhlas"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience