51.

Romance Completed 52551

Bruk. "HOI! BERANI KAU SENTUH BINI AKU! BINATANG!" Jerit Luth. Pintu bilik ruangan itu dibuka dengan kasar. Belakang badan Zakrul ditendang kuat.

Dia berjalan menuju kearah Zakrul. Perut lelaki itu ditendang kuat. "TAK GUNA! KAU DAH SAKITI ISTERI AKU! TAK GUNA!" bertalu Luth menendangnya.

Mulut Zakrul sudah dipenuhi darah. Habis seluruh badannya terasa sakit. Kepalanya berpinar. Hatinya terasa membara apabila dicabar seperti itu.

Luth melihat Zakrul lemah terus berlari menuju kearah Nisa. Tubuh Nisa dipeluk erat. "Abang..hiks.."

"Hush..Abang ada dekat sini. Sayang tak apa-apa? Dekat mana sakit?"

"Sayang tak apa-apa. Abang, Laila macam mana?"

"Abang Khai dah selamatkan Laila. Jangan risau. Sekarang jom kita pergi dari sini"

Dorr. Baru sahaja mereka mahu melangkah pergi. Kedengaran bunyi pistol. Mereka melihat Zakrul memegang pistol sambil tersenyum sinis. "JANGAN HARAP KAU DAPAT KELUAR DARI SINI DENGAN SELAMAT! HAHA! NYAWA KAU DALAM TANGAN AKU!" Zakrul dengan laju menarik Nisa daripada Luth.

"ZAK! AKU TAHU KAU BERDENDAM DENGAN AKU! TAPI TOLONG LEPASKAN NISA PERGI! JANGAN BUAT DIA MACAM NI!" Ujar Luth. Ia tidak tahan melihat Nisa dalam pegangan Zakrul. Bila-bila masa sahaja Zakrul boleh membunuh isterinya.

"HAHA! SENANG KAU SURUH AKU LEPASKAN DIA! HUTANG AKU BELUM TERLUNAS! BAIK KAU JANGAN DATANG DEKAT! KALAU TAK, AKU TEMBAK DIA!" Ujar Zakrul. Ia melihat Luth berjalan perlahan kearah dirinya.

Perbuatan Luth terhenti apabila pistol diletakkan di kepala Nisa. Ya Allah, bantulah hamba-Mu. Dia buntu. Nyawa Nisa dalam bahaya.

Di bawah, pihak polis sedia menunggu. Mereka bersedia untuk menempuh masuk dalam bangunan terbiar itu.

Mereka tahu situasi diatas bahaya sekarang. Bunyi pistol mengejutkan mereka.

"ZAK! BAIK KAU LEPASKAN BINI AKU! KAU AMBIL AKU! PLEASE..JANGAN BUAT NISA TAKUT. TOLONG LEPASKAN DIA!"

"HAHA! SENANG KAU CAKAP. KAU DAH RAMPAS NISA DARI AKU! KAU RAMPAS DIA! AKU CINTAKAN DIA TAPI DIA CINTAKAN KAU! KENAPA KAU BUAT AKU MACAM NI, NISA? KENAPA? APA KAU CAKAP TADI? LEPASKAN NISA? JANGAN HARAP. DIA MILIK AKU. SELAMANYA MILIK AKU!"

"JANGAN BERGERAK! KAMI POLIS!" Serbu sekumpulan polis.

Zakrul kalut. "TAK SANGKA KAU PENGECUT, LUTH. KAU PANGGIL POLIS. HAHA AKU TAK SANGKA. KAU-"

Tanpa sempat Zakrul menghabiskan ayat. Dia rebah. Dada kirinya berlumuran darah. Salah seorang polis telah menembak dirinya.

Nisa terus berlari kearah Luth. Mereka berpelukan.

Khai berlari kearah pasangan suami isteri tersebut. Namun, satu pergerakan tubuh seseorang menarik perhatiannya. Tanpa menunggu lama dia menjerit. "LUTH!!"

YA ALLAH! Luth nampak Zakrul cuba menembak Nisa. Tanpa berfikir panjang, ia menolak Nisa sekuat hatinya.

Dorrr.

"Abang!!"

Dorrr. Sekali lagi polis tersebut menembak Zakrul. Akhirnya, Zakrul tewas. Rebah disitu tidak bernyawa.

SELAMAT MEMBACA ^-^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience