23.

Romance Completed 52551

"Gila! Macam mana benda ni melekat dalam ni?! Apa yang aku nak buat ni?! Hah gila! Habislah kalau mak ayah aku tahu! Matilah aku!", kata Damia yang mundar-mandir.

Ia mengigit kuku bagi menghilangkan rasa resahnya itu."Apa aku nak buat ni?! Perlu ke aku buang benda ni? Tapi, aku takut!"

Damia terus berfikir."Aku perlu panggil Zak datang sini! Aku nak dia bertanggungjawap! Budak ni anak dia!"

Damia mengambil telefon miliknya.Ia mendail nombor Zak.

"Ada apa u suruh i datang? U tahukan i tengah busy sekarang!"

"I nak u bertanggungjawap keatas i"

"Tanggungjawap apa? Apa yang maksudkan ni?"

"I nak u kahwin dengan i.I tengah mengandungkan anak u!"

"U dah gila ke?! Sejak bila budak ni jadi anak i? Ke budak ni anak lelaki mana yang u buat tu?!"

"I memang pernah sentuh lelaki lain! Tapi sejak akhir-akhir ni, i selalu buat tu dengan u! Jadi budak ni mesti anak u"

"Kau dah gila?! Aku tak nak budak tu! Ak nak kau bunuh budak tu! Bunuh budak tu sekarang!"

"I tak sanggup nak bunuh budak ni! Dia tak bersalah!"

"Aku tak kira.Kau mesti bunuh dia.Aku tak nak kau rosakkan rancangan aku!", marah Zakrul.Ia pergi dari situ.

"Zak!! Please jangan tinggalkan i! please! Bertanggungjawap atas apa yang u lakukan ni! Please Zak!"

"Baik kau cari lelaki lain.Kalau tak aku akan bunuh kau kalau kau rosakkan rancangan aku!"

Damia terdiam.Perlahan tangannya terlepas.

Zakrul yang melihat tangannya terlepas itu cuba pergi dari situ. Tak guna punya perempuan! Apa susah sangat?! Bunuh je lah budak tu! Ni tak boleh jadi! Aku akan bunuh dia tak kira apa pun!"

"Perlu ke aku minta tolong dengan Luth? Perlu ke aku menyerah? Adakah mereka terima kemaafan aku selepas apa yang aku lakukan?", kata Damia yang membelek telefon.

Tiba-tiba ia terdengar laungan azan solat zuhur.Terbitlah rasa insaf dalam dirinya."Ya Allah, ampuni hamba-Mu ini"

Adakah DIA terima doa seorang pendosa macam aku? Adakah aku dimaafkan?, desis hati Damia.

Petang yang amat membosankan bagi Nisa.Ia tidak tahu apa yang harus ia lakukan pada petang ini.

Ia baring diatas sofa.Ia hampir mahu mati kerana kebosanan.

Luth yang baru sahaja turun.Ia tersenyum melihat Nisa yang memandang siling rumah itu."Haih sayang.Bosan ke?"

Nisa terkejut."Bosan sangat abang.Nisa tak tahu nak buat apa?"

"Jom kita pergi jalan-jalan naik motor", pelawa Luth.

"Abang ada motor ke? Sejak bila? Kenapa Nisa tak nampak motor abang?"

"Bukan motor abang, tapi yang Papa punya.Papa selalu naik motor apabila solat berjemaah di masjid.Nak ke tak nak?"

"Mestilah nak! Abang tunggu jap.Nisa nak tukar baju dulu"

"Yalah"

Luth keluar dari rumah lalu menuju ke arah motor yang diparkir elok di sebalik dinding. Patutlah tak nampak, rupanya letak sebalik dinding.

Ia menghidupkan motor itu.Sebenarnya ia juga sudah lama tidak menaiki motor.Namun, ia masih tahu cara membawanya.

Damia berdiri di hadapan masjid.Ia mahu masuk tapi dalam hatinya masih takut.

"Assalamualaikum..kenapa tak masuk?", tanya seorang gadis perempuan yang muda dari Damia.

"Oh..saya rasa saya tak layak nak masuk ke tempat ni.Saya rasa diri saya murah.Lagi satu, saya sudah lama tidak solat"

"Ouh kak nak tahu yang masjid ini rumah Allah.Saya rasa semua orang layak masuk ke rumah Allah.Pasal solat tu tak apa, nanti saya akan ajarkan kak cara nak mengambil wuduk.Jom kita masuk"

Damia tersenyum.Ia berjalan seiring dengan gadis itu.

"Terima kasih dik sebab dah ajar kak cara nak ambil wuduk dan solat.Akak dah lama tak rasa tenang seperti ini"

"Sama-sama kak.Akak dah macam kakak saya.Hrmm..akak? Kalau tak keberatan boleh akak ceritakan kepada saya kenapa akak sudah lama tidak solat?"

"Damia menarik nafas."Akak dah lama berada di dalam dunia yang penuh dengan dosa.Akak selalu buat maksiat dengan mana-mana lelaki.Akak sanggup rosakkan hubungan rumah tangga orang.Sekarang akak dah mengandungkan anak luar nikah", cerita Damia sambil menangis.

Aminah terkejut.Ia memeluk Damia bagi menenangkannya.

"Akak rasa diri akak dah tak layak nak dimaafkan.Akak rasa berdosa sangat"

"Akak..setiap manusia lakukan kesalahan dalam hidup.Tiada satu pun manusia yang terlepas.Apabila dalam diri akak dah timbul rasa insaf, sebaiknya akak berubah untuk menjadi yang lebih baik.Akak kena berubah untuk diri akak dan anak dalam kandungan akak ni.Saya akan cuba bantu akak"

"Terima kasih dik.Akak bersyukur sangat sebab ditemuikan dengan dik"

"Sama-sama akak.Allah dah hantarkan saya kepada akak untuk berubah menjadi yang terbaik"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience