44.

Romance Completed 52551

"Laila, please. Tolong bagitahu Nisa dekat mana? Please jangan buat i menderita. Please, Laila. U satunya orang yang boleh tolong i pujuk Nisa balik. Please. I need Nisa now. I can't go on living without she by my side. Please, Laila. Please persuade me Nisa" rayu Luth.

"Maafkan saya, Luth. Saya sudah berjanji dengan Nisa. Sebagai kawan baik Nisa, saya tidak mahu lukai hati dia lagi. Please bagi dia masa. Kehilangan anak dan berita pasal u buatkan dia dalam emosi yang tidak stabil. Saya harap u faham" terang Laila.

Luth diam. Dia mengusap air mata yang mengalir.

Semalam ia berniat untuk melawat dan memujuk Nisa. Tetapi, ia diberitahu Nisa sudah pergi. Mahu luruh jantungnya. Namun, ia cuba bersikap tenang. Ia tahu Nisa perlukan masa. Tetapi, sampai bila?

Akhirnya Luth menelefon Laila untuk memberitahu dimana Nisa berada. Hanya Laila sahaja yang tahu kemana Nisa.

Namun, ia kecewa. Laila sudah bersepakat dengan Nisa untuk menutup mulut.

Maafkan aku, Luth. Aku terpaksa. Kalau boleh, aku mahu kalian berdua berbincang dan baiki hubungan korang. Tetapi, dalam masa yang sama aku tak mahu hati Nisa terluka. Bisik hati Laila.

"Laila, aku nak minta tolong kau"

"Tolong apa?"

"Aku nak minta tolong kau. Jangan bagitahu Luth dekat mana aku tinggal nanti. Aku nak tenangkan hati aku. Aku tak nak tengok muka dia lagi. Please, lakukan ini demi aku. Please"

Nafas Laila dihembus. "Hmm..baiklah. Kau jangab risau. Aku takkan bagitahu Luth. Tapi, sampai bila kau nak lari daripada dia? Kau masih isteri dia"

"Aku tak pasti sampai bila. Mungkin sampai hati aku boleh terima dia lagi. Aku sayangkan Luth. Tapi, Luth jahat. Dia ada perempuan lain belakang aku. Anak aku! Anak aku dah tiada. Semua salah lelaki itu"

"Sudahlah..Jangan sedih lagi tau. Teruskan kehidupan baharu kau tu. Kalau kau perlukan tempat bercerita, kau panggil je aku. Aku akan sentiasa ada disisi kau. Sudahlah menangis. Nanti kau sakit lagi" pujuk Laila. Bahu Nisa diusap pelan.

"Alhamdulillah, sampai juga rumah baru aku ni" Nisa memerhati ruang tamu rumah banglo itu. Rumah yang dibeli menggunakan duit Luth. Semuanya hanya kerana nak mengelak diri daripada berjumpa dengan Luth.

Nisa harap Abang berbahagia dengan perempuan itu. Nisa akan sentiasa doakan Abang walaupun dimana Abang berada dan apa yang Abang lakukan. Nisa ikhlas pergi dari hidup Abang.

"Luth..Mama sudah berbincang dengan keluarga Yana. Mama harap Luth boleh terima keputusan ini. Mama harap Luth boleh terima Yana sebagai isteri Luth. Mama nak anak Mama bertanggungjawap atas apa yang berlaku"

"Bertanggungjawap. Cish, Kenapa aku yang kena bertanggungjawap? Aku tak sentuh perempuan jijik walau sedikit pun. So, kenapa mesti aku? Kenapa? Ouh, ke sebab korang kasihan dekat perempuan murahan tu?"

"Luth!!"

"Haha, sampai bila-bila aku tak akan terima perempuan itu. Walaupun dia sudah menjadi isteri aku tetapi jangan harap aku nak bahagiakan dia" kata Luth. Tanpa melihat kearah Yana dan keluarganya, dia terus masuk kedalam bilik.

Pintu bilik dihempas kuat. Luth menuju kearah katil. Baring.

Dia menangis. "Sayang..Abang rindukan Sayang"

"Maafkan anak saya. Emosi dia masih tak stabil. So, Yana nak tidur dekat sini ke nak balik rumah dulu. Kemas apa yang patut?"

"Yana nak balik rumah dulu lah auntie. Yana nak kemas barang sebelum berpindah rumah dengan Abang Luth" kata Yana malu.

"Baiklah kalau macam tu"

"Erggh" bangun Luth. Dia membetulkan sendi. "Sayang bangun, jom kita solat Subuh" kata Luth. "Sayang?" panggil Luth apabila tidak mendapat sahutan. Dia melihat sebelahnya yang kosong itu. Matanya terasa berair. "Sayang..please kembali pada Abang"

Macam mana Abang nak teruskan hidup kalau Sayang tak ada disisi Abang? Abang tak mampu Sayang. I really miss you so much.

"Good morning Abang" kata Nisa. Ia membuka mata. Diam. Hanya memandang katil yang kosong. "Abang.."

Buat apa aku masih ingatkan dia? Aku perlu buang dia dari kehidupan aku. Aku perlu lakukannya sekarang. Kau boleh, Nisa.

"Heh Luth! Mari makan dulu. Kita sarapan bersama. Hari ni Luth perlu pindah rumah baru dengan Yana. Yana pun nampak tak sabar nak tengok rumah baru kalian"

Luth tersenyum sinis. "Okay" sepatah dijawap. "I pun tak sabar nak tengok rumah baharu tu"

Hati Yana kegembiraan. Yes, dia setuju juga. Dia menghadiahkan senyuman manis kepada Luth.

SELAMAT MEMBACA ^-^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience