32.

Romance Completed 52551

Luth mengedip matanya beberapa kali. Ia baru sahaja sedar. Ia bangun dari pembaringan namun sakit itu menyerang. Ya Allah, sakitnya. Sekujur tubuh yang enak baring di atas sofa membuatkan hatinya merasakan sedih.

Turun dari katil lalu menuju kearah Nisa. Sayang mesti lenguhkan tidur atas ni. Maafkan abang sebab dah susahkan sayang. Ia mengangkat tubuh kecil Nisa. Membawa ke katil lalu membaringkan.

Haih, Luth melepaskan rasa sakit. Berkerut mukanya menahan kesakitan. Melihat wajah Nisa yang enak tidur. Sebuah senyuman kecil yang terhasil. "Sayang..abang minta maaf sebab tak mampu nak jaga sayang daripada Zak. Tapi abang akan sentiasa pastikan sayang selamat disisi abang buat selamanya. Sampai bila-bila. Abang tak akan biarkan Zak sentuh sayang walau sedikit pun" Guman Luth sendirian.

Ia mengucup dahi Nisa dengan penuh kasih sayang. Ya Allah, kau lindungi isteri aku daripada segala kejahatan yang akan berlaku.

Matanya kembali mengantuk. Akhirnya ia terlelap. "Selamat malam sayang"

"Mak..Khai ada sesuatu yang nak bagitahu Mak" ujar Khairil kepada yang sedang menonton televisyen.

"Ada apa? Kamu dah jumpa bakal isteri ke?" tanya Mak dengan penuh kegembiraan.

"Boleh dikatakan macam itu. Tapi, Khai takut Mak tak terima siapa dia"

"Kenapa? Kamu dah jatuh cinta dekat Damia?"

"Macam mana Mak tahu?"

"Khai, Mak dah lama berkahwin dengan ayah kamu. Mak boleh tahu walaupun Khai tak pernah bagitahu Mak. Jangan risau, Mak setuju dengan pilihan anak Mak. Kamu yang berhak pilih siapa yang kamu mahukan. Bukan Mak"

"Mak..ini yang buat Khai sayang dekat Mak ni" ujar Khairil. Dengan laju ia memeluk Mak. "Terima kasih Mak sebab terima pilihan Khai"

"Sama-sama. Bila Khai nak melamar Damia? Kalau boleh Mak nak cepat sikit tahu. Boleh Mak main dengan cucu Mak tu. Haih, tak sabarnya!"

"Sabar dulu Mak. Khai hajat nak melamar Damia dalam minggu ni"

"Jangan tangguh lama sangat. Damia tu cantik samgat. Nanti melepas pula kamu. Masa tu Mak tak boleh nak buat apa dah. Menangis air mata darah tu"

"Yalah Mak. Mana ada Khai nangis sampai macam tu. Mak ni, jangan buat Khai malu"

Nisa membuka matanya. Ia melihat kearah tingkap. "Goodmorning sayang"

Nisa terus berpaling. Ia terkejut melihat Luth yang duduk diatas kerusi. "Ya Allah Abang! Kenapa abang tukar tempat tidur ni? Abang tak apa-apa? Dah lama ke abang sedar? Macam mana dengan luka abang? Dah okay?" Tanya Nisa dengan kalut. Laju sahaja ia turun dari katil.

Ia menarik Luth untuk baring diatas katil semula.
"Sayang...abang dah okay. Jangan risau. Luka ni sakit sikit je. Abang tukar tempat tidur tadi sebab abang tengok sayang macam letih je. Mesti lenguhkan sayang tidur atas sofa tu"

"Abang..sayang tak akan pernah lenguh tidur atas sofa. Sayang cuma nak abang sihat sahaja. Sayang tak kisah dimana sayang tidur asalkan sayang boleh teman abang"

"Sayang..abang minta maaf sebab lambat sampai rumah malam tu. Abang rasa bersalah sangat"

"Hush..Jangan cakap macam tu lagi. Abang dah cedera diri abang semata nak selamatkan. Sayang rasa berterima kasih sangat. Terima kasih abang sebab dah bahaya nyawa abang. I love you so much"

"I love you too"

Mereka hanyut dengan pandangan cinta yang diberikan. Pagi yang begitu indah bagi mereka.

"Selamat pagi kak Damia. Jom kita sarapan sekarang"

"Selamat pagi juga. Aminah masak apa hari ini?"

"Aminah masak mee gorang je pagi ni"

"Ya Allah! Sedapnya"

"Kak, aminah nak tanya? Kak suka abang Khai tak?" Tanya Aminah sebaik sahaja mereka makan.

"Mana adalah. Kak dengan abang Khai tu kawan je" Kata Damia yang menutup rasa malunya. Sejak kehadiran Khai, hatinya bagaikan diketuk dengan tanggungjawap dan kesetiaan daripada lelaki itu. Ia sedar bahawa Khai tidak seperti lelaki lain diluar sana.

"Eleh! Jangan nak tipu Aminah okay. Aminah tahu Kak suka Abang Khai. Kalau Kak kahwin dengan Abang Khai kan bagus juga. Dia boleh jadi suami yang paling bertanggungjawap buat Kak. Aminah kenal abang Khai tu macam mana apabila dia berkahwin nanti"

Damia hanya diam mendengar nasihat Aminah. Ada benarnya juga kata Aminah. Ia juga mampu melihat bagaimana Khai menjaganya.

"Siapalah nak anak haram ni kan? Tak Nak lah. Nanti apa pula kata orang lain? Kesian abang Khai kena tanggung kata cacian daripada orang lain"

"Akak jangan risau. Dengan berkahwinnya akak dengan abang Khai. Maka anak ini akan punya seorang ayah walaupun bukan darah dagingnya sendiri. Semua ini akan tutup mulut orang dekat luar sana"

Lama Damia melihat wajah Aminah. "Bagi akak masa untuk berfikir semua ini"

"Abang mari kita makan sekarang"

"Abang nak sayang suapkan. Abang rasa tangan abang lenguhlah" Manja Luth.

"Hish.."

"Haa..dah berani lawan cakap suami. Berdosa tu sayang. Sayang dah lupa ke bahawa dosa dan pahala isteri terletak pada suami. Tadi sayang dah buat dosa dengan abang"

"Abang ni. Sayang nak pergi mandi pun tak boleh. Yalah mari sayang suapkan"

"Abang nak sayang makan juga. Abang tak nak isteri abang lapar. Kesian abang tengok sayang penat jaga abang"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience