31.

Romance Completed 52551

"Sayang..sayang dekat mana tu? Marilah keluar. Abang rindu ni. Sayang jangan takut. Abang tak buat apa-apa pun"

Nisa menutup mulutnya. Ia menyorok di dalam almari. "Ya Allah, dugaan apa lagi ni? Hamba-Mu takut sekali. Bantulah hamba-Mu"

Telinga Nisa terdengar pintu bilik tidurnya dibuka. Ia terus diam.

"Sayang jangan buat abang macam ni tau. Abang penat tau datang dari jauh sebab nak jumpa sayang. Abang rindu ni. Dah lama abang nak rasa badan sayang. Marilah keluar"

Nisa menangis. Badannya menggeletar. "Abang baliklah cepat. Sayang takut ni", guman hati Nisa.

Brakk.. pintu almari dibuka dengan kasar. Nisa terkejut. Zakrul tersenyum sinis. Fikiran syaitan miliknya sudah mulai membinasa.

Nisa cuba berlari keluar dari almari itu. Ia menendang tubuh Zakrul sehingga jatuh. Melihat peluang di hadapan mata membuatkan Nisa mengangkat kedua kaki.

Namun, tubuhnya ditahan. Zakrul memeluknya dengan erat. "Lepaskan aku syaitan!"

"Hush sayang..jangan menjerit. Abang tak suka"

"Abang kepala otak kau! Kau lelaki gila! Kau psiko!"

Pang! Pipi mulus Nisa ditampar. Bibirnya sudah terkoyak sehingga mengeluarkan sedikit darah. "Sayang! Maafkan abang tau. Abang tak berniat nak pukul sayang"

"Kau jangan nak sentuh aku! Jijik! Kau binatang! Psiko!"

Amarah Zakrul sudah tidak tahan. Ia mengangkat tubuh badan Nisa ke atas katil. Habis baju dikoyak oleh Zakrul.

"Lepaskan aku! Binatang!"

Baru sahaja bibir Zakrul mahu mencium bibir Nisa. Tubuhnya ditarik. "Tak guna punya binatang!" Pipi Zakrul ditumbuk. Ia terus memukul Zakrul sehingga lemas disitu.

Setelah melihat Zakrul lemas, tanpa membuangkan masa ia terus menuju kearah Nisa. Tubuh kecil Nisa dipeluk. "Sayang maafkan abang sebab tinggalkan sayang dekat sini"

"Abang..Nisa takut" Pelukan terus dierat.

"Hush..jangan risau. Abang ada dekat sini"

Tanpa mereka sedar, musuh mereka bangkit dari baring. Dengan lemas ia menuju kearah pasangan suami isteri itu. Mata Nisa ternampak, ia tahu bahaya akan datang. "Abang!!"

Luth berpusing. Ia terkejut melihat Zakrul mangangkat tinggi pisau. Ia terus menolak tubuh Zakrul ke dinding. Ia berpaling semula kearah isterinya. "Sayang pergi dari sini. Pergi minta bantuan polis cepat!", arah Luth.

Nisa terus berlari keluar. Setelah melihat Nisa keluar. Luth terus memerhati wajah Zakrul dengan bengis. "Apa lagi yang kau nak? Kau dah gila Zak!"

"Aku nak kau mati! Aku nak hak aku! Kau dah rampas dia daripada aku! Dia hak aku buat selamanya!"

"Mengucap Zak. Belum terlambat kau nak bertaubat. Ni bukan Zak yang aku kenal. Mana Zak yang sebenar? Dan Nisa tu jodoh aku. Dia bukan jodoh kau"

"Kedengaran bunyi siren polis mengejutkan Zakrul. Tanpa membuang masa, ia terus menendang perut Luth yang sejak dari tadi sakit. Luth menunduk menahan kesakitan.

"Akh..", lirih Luth. Ia melihat perutnya yang berdarah di bahagian kiri. Ia rebah.

Zakrul yang sedar akan perbuatan terus berlari pergi dari situ.

Luth sedaya upaya menahan rasa sakit itu. Kepalanya berpusing. Akhirnya gelap menyambut dirinya.

Nisa menangis. Ia terus memukul kepalanya. Saat ini ia menunggu keputusan daripada doktor. Namun, sudah hampir 2 jam ia menunggu, satu berita belum ia tahu tentang keadaan Luth.

Ia mengimbas kembali.peristiwa ia melihat Luth pengsan dengan darah di bahagian perut. Ia teringat ayat yang dikatakan kepada Luth.

"Abang bangun. Jangan tinggalkan sayang. Sayang masih perlukan abang. Bangunlah abang. Jangan buat sayang takut. Abang segalanya bagi sayang. Please abang. Buka matamu itu"

"Abang please bangun. Sayang masih perlukan dirimu abang", guman hati Nisa.

Tanpa ia sengaja matanya terlihat seorang doktor lelaki yang menuju kearahnya. "Cik ni isteri pesakit ke?"

"Ya saya. Macam mana dengan keadaan suami saya?"

"Encik Luth sudah melepasi tahap kritikal. Buat masa ini dia masih belum sedarkan diri. Cik jangan risau. Dia baik-baik sahaja. Dia kuat walaupun luka tikaman itu dalam"

"Alhamdulillah. Bila saya.boleh jumpa dia?"

"Cik boleh jumpa suami cik bila kami dah pindahkan dekat wad biasa"

"Terima kasih Dok"

Doktor lelaki itu hanya mengganguk dan tersenyum manis kepada Nisa. Nisa menarik nafas lega. Ya Allah, terima kasih. Aku bersyukur kepada-Mu.

"Awak terima kasih sebab teman dan belanja saya barang untuk anak saya"

"Alaa awak ni. Perkara kecil je. Lagipun saya dah tak sabar nak main dengan budak"

Damia ketawa. "Apalah awak ni. Jom kita balik sekarang. Nanti Mak marah kita pula"

"Jom". Mereka berjalan sambil bergelak senda. Sejak kedatangan Khairil di dalam kehidupannya membuatkan Damia menjadi lebih ceria. Ia bersyukur Khairil tidak seperti lelaki lain.

"Wah, pasangan yang sangat sweet!"

Langkah Damia terhenti. Suara itu? Zak?!. Ia terus berpaling. Wajahnya pucat. Ia bersembunyi di belakang Khairil.

"Hai Damia. U sihat? I dah lama tak nampak u"

"Encik ni siapa?", tanya Khairil.

"Oh! Damia tak bagitahu ke u ke yang aku ni ayah kepada budak yang dia kandungkan tu. Damia sampai hati u tak bagitahu status i dengan budak tu. Kesian dia. Dia rindu dekat daddy dia"

"Kau jangan nak buat aku rasa bersalah. Dulu kau kata kau tak nak budak ni dan nak bunuh budak ni kan? Sekarang? Kau nak Khairil tahu apa status kau dengan budak ni!"

"Encik, bagi encik pergi sebelum saya mengamuk. Encik dah kacau isteri saya. Sekarang baik encik pergi"

"Wow sabar. Baik aku akan pergi. Damia, jangan lupa yang i akan jumpa u lagi. Kita jumpa lagi tau. Love you"

Khairil mahupun Damia melihat Zakrul. Damia hampir sahaja mahu menitiskan air matanya. Sumpah! Ia takut! Takut dengan Zakrul yang semakin bahaya!

Pintu bilik wad Luth dibuka. Kelihatan kedua ibu bapa Luth. "Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

"Macam mana dengan Luth? Dia tak apa-apa? Nisa okay ke tak?"

"Alhamdulillah, luka dekat bahagian perut dah baik. Walaupun lukanya dalam tapi Luth tak apa-apa. Nisa okay je Mama"

"Siapa dia? Betul ke dia ayah kepada anak awak?"

Saat ini mereka berada di sebuah taman. Khairil bercadang nak tenangkan hati Damia. Ia tahu Damia masih terkejut dan takut.

"Dia Zakrul. Bekas kawan saya. Ya dia ayah kepada anak saya"

"Apa maksud awak yang dia tak nak anak tu? Kenapa sekarang dia nak anak tu balik?"

"Dia nak anak ni mati sebab tak nak rancangan dia gagal. Dia nak rampas isteri kepada kawannya sendiri. Yang mana lelaki tu bekas tunang saya. Kami dah putus. Saya dengan Zakrul bekerjasama nak hancurkan hubungan mereka. Tapi selepas Zakrul dah sedapkan saya. Dan bila dia dapat tahu saya mengandung terus dia lari"

"Saya takut dia datang dekat saya semata nak bunuh anak yang tak bersalah ni. Saya takut", ujar Damia menangis.

Maafkan Author kalau ceritanya kurang memuaskan(;´༎ຶٹ༎ຶ`). Dan maafkan juga kerana jarang update. Author cuba yang terbaik untuk peminat Author. Author harap kalian semua terus menyokong Author( ˘ ³˘)♥︎.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience