45.

Romance Completed 52551

Satu tahun. Bukankah ia masa yang agak lama? Kenapa hati Nisa masih belum menerima Luth? Adakah cinta ia kepada Luth sudah lama mati?

Terengganu. Menjadi tempat baharu buat Nisa. Selama setahun ia tinggal di rumah banglo yang dibeli olehnya.

Menjauh diri daripada lelaki yang bergelar suami terkadang gembira, ada masanya bertukar menjadi sedih.

Mengingati apa yang dilakukan oleh Luth membuatkan hatinya menjadi sakit. Teramat sakit.

Adakah berdosa isteri tinggal berjauhan daripada suami selama sebulan? Lagi-lagi tanpa izin. Itu yang sentiasa bermain difikiran Nisa. Ia tidak mahu dirinya ditambahi dosa oleh kerana Luth.

Angin pantai mampu membuatkan hati Nisa berasa tenang. Petang yang indah. Berada di pantai pada waktu seperti ini adalah pilihan yang bagus. Fikiran yang serabut dapat hilang.

Prang. Bunyi pecah memenuhi ruang dapur. "Kau masak apa ni?! Tak sedap langsung! Kau nak bunuh aku ke apa?!" jerit Luth. Rambut Yana ditarik kuat.

"Arggh..Abang. Tolong lepaskan. Sakit"

"Tahu pun sakit. Tapi semua ini tak mampu hilangkan rasa sakit dalam hati aku lepas apa yang kau lakukan! Kau nak kahwin dengan aku sangat kan! So, ini perangai aku yang sebenar!"

Kepala Yana ditolak. Luth pergi dari situ. Hatinya masih membara menahan marah.

"Hiks"

Itulah yang berlaku hampir setiap hari. Didera. Dipukul. Dan sebagainya. Ia ingat Luth sudah terima ia sebagai isteri namun sikap panas baran Luth yang muncul.

Ia tidak mampu memberitahu hal ini kepada kedua orang tua nya. Luth mengugut ia bahawa Luth akan membunuh dirinya jika ia buka mulut.

Ia hanya mampu diam. Melanggar perintah Luth akan membuatkan dia dalam bahaya. Apa dia mampu lakukan hanya menangis. Menyesal berkahwin dengan Luth.

"Nisa!"

Nisa berpaling. "Oh Laila! Kau buat apa dekat sini? Aku rindu kau lah" tanya Nisa. Tubuh Laila dipeluk erat. Sudah lama ia tidak berjumpa dengan Laila.

"Aku cuti minggu ni. So aku datang sini nak melawat kawan baik aku ni. Nisa, jom esok kita pergi pusing satu Terengganu. Dah lama aku tak keluar dengan kau"

"Boleh juga"

"Nisa..aku nak tanya kau sesuatu" tanya Laila. raut wajah gembira bertukar serius.

"Kau masih tak boleh nak terima dia ke? Dah berapa lama ni? Kau tahu kan apa hukum isteri bila keluar rumah tanpa izin suami?" Kau tahu kan?"

"Ya, aku tahu. Tapi hati aku tak boleh nak terima dia. Kadang aku rindu dia tapi dalam masa yang sama aku benci dia. Aku benci nak tengok muka dia"

"Kau masih cintakan dia?"

"A-aku..masih cintakan dia. Tetapi, dengan apa yang berlaku? Kau tahu kan macam mana?"

"Ya aku tahu. Tapi kau yang ego tinggi sangat. Kau tak bagi dia peluang untuk beritahu hal sebenar. Kau lari tinggalkan dia macam tu je"

"Perlukah aku dengar hal sebenar? Perlu?"

"Tapi Nisa.."

"Sudahlah. Kalau kau masih nak pujuk aku untuk kembali dekat dia, baik kau balik KL. Jangan nak jumpa aku lagi lepas ni"

"Yalah. Maafkan aku. Aku janji tak akan cakap pasal dia lagi. Aku janji. Alaa, takkan nak halau aku balik KL kut. Bagi aku luangkan masa dengan kau"

"So, apa jadual aku untuk esok?" dingin. Tatapan tajam ditujukan kepada PA baharunya.

"Esok Tuan akan ke Terengganu untuk melawat tapak projek baharu kita itu. Hanya itu sahaja" Takut. Tatapan tajam Luth mampu menggerunkan para pekerja lain.

Sejak kepergian Nisa, segalanya berubah. Tiada lagi sikap penyayang dan sweet. Semuanya bertukar menjadi ais.

Senyuman yang sentiasa dihadiahkan kepada para pekerja sudah lama hilang. Semuanya kerana Nisa. Nisa membawa pergi diri Luth yang baik dan segalanya. Dan bertukar kepada diri Luth yang lama.

"Abang, mari kita makan"

"Aku tak nak"

"Tapi.."

"Kau faham tak! Aku kata aku tak nak! Aku tak nak lah! Takkan itu pun kau tak faham! Sekarang kau keluar dari bilik aku!" Marah Luth. Dia menolak Yana keluar dari bilik kerja.

Yana jatuh. "Hiks" Menangis.

Pantai Batu Buruk. Satu destinasi yang amat popular bagi sesiapa sahaja datang ke Terengganu.

Menjadi destinasi Luth melepaskan rasa rindu kepada Nisa. "Sayang..Apa khabar Sayang dekat sana? Sayang bahagia? Maafkan Abang kerana lama mengambil masa untuk mencari Sayang. Sayang baliklah. Abang tak mampu nak teruskan hidup. Sayang ialah nyawa Abang sehingga akhir hayat" bisik hati kecil Luth.

Telefon dikeluarkan. Gambar Nisa sebagai wallpaper tidak pernah diganti sehingga sekarang. "I miss you so much"

Akhirnya Luth bangun dari situ. Ia perlu menuju ke hotel sekarang. Badannya terasa amat letih. Apa yang dia mahu ialah solat dan berehat.

"Nisa, tolong hantar makanan ini ke meja nombor 13. Akak nak ke dapur sekejap. Ada hal yang nak diselesaikan"

"Baiklah akak"

Nisa menuju kearah meja nombor 13. "Encik ini makanan Encik. Sila nikmati"

"Thanks"

"Wc" kata Nisa pergi dari situ dengan pantas.

Sekejap. Suara itu. Luth berpaling. Nisa! Sayang, awak ke tu? Matanya meliar mencari pemilik suara itu namun tidak jumpa.

Nisa berlari menuju kearah tandas. Air mata ditahan sebolehnya. Click. Pintu tandas dikunci. Nisa menangis. "Kenapa? Kenapa mesti sekarang dia muncul?"

"Haih" kepala diurut. Pening. Sedari dari tadi lagi dia menghadap laptop. Memeriksa data kemasukan wang syarikat amat memeningkan.

Tiba ingatan dia mengingati suara perempuan tadi. "Tak mungkin itu Nisa? Mana tahu suara sama tapi muka lain? Ya Allah, engkau bantulah hamba-Mu mencari isteri yang hamba cintai sangat. Engkau pertemukan kami berdua. Engkau lembutkan hati dia untuk menerima diriku seadanya"

Kring. Lamunan Luth termati. Telefon daripada pembantu peribadi nya membuatkan Luth mengangkat dengan pantas.

"Hello"

"Tuan, kami sudah jumpa bukti"

"Macam mana?"

"Kami mendapati Yana dan seseorang lelaki telah memerangkap Tuan di Hotel tersebut"

"Seseorang lelaki?"

"Ya, nama dia ialah Zakrul"

Berderu darah Luth. Tak guna! Rupanya kau dalangnya. Kau dah buat hubungan aku dan Nisa hancur. Bisik hati Luth. Marah.

"Baiklah terima kasih atas info yang kau berikan"

"Sama-sama Tuan"

Tup. Panggilan dimatikan. Tak guna Yana dan Zak. Kau dah berjaya melakukannya. Namun, kau jangan ingat aku lemah. Aku akan buat hidup korang menderita. Korang tunggu.

"Eh Nisa, asal sedih je muka kau hari ni? Ada apa-apa masalah ke?"

"Aku tak apa-apa. Cuma penat je"

"Hmm..Nisa. Aku dah kenal lama. Aku tahu kau ada masalah. Kau boleh kongsi dengan aku"

"A-aku jumpa Luth"

Luth? "Macam mana kau jumpa dia? Dia nampak kau tak? Dia buat apa-apa dekat kau ke?"

"Aku tak mampu nak tatap muka dia. Hati aku sakit" menangis Nisa.

Laila memeluk erat tubuh Nisa. "Sudahlah..buat masa ni, kau cuba lupakan dia. Tak payah nak ingat dia lagi. Kau kan dah bahagia dengan hidup kau sekarang. Sudahlah. Aku benci tengok kau sedih. Nanti aku pula yang menangis. Senyum sikit. Baru comel"

Nisa tersenyum. Laila pandai mengambil hati dia. Dia bersyukur mempunyai Laila disamping dirinya.

SELAMAT MEMBACA ^-^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience